Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Oktober 2010

Benarkah pendapat ibubapa semuanya betul?

Berdasarkan kenyataan itu, anak-anak tidak diberi hak untuk membuat keputusan sendiri.  Alasannya??


* ibubapa terlebih dahulu makan garam sampai kena darah tinggi


* tanpa restu ibubapa, anak-anak tidak akan bahagia sampai masuk hospital bahagia


* syurga itu di telapak kaki ibu - kalau derhaka nanti tidak cium bau syurga (kenyataan ini tidak boleh disangkal kecuali ibu menyuruh anak-anak berbuat maksiat walaupun Sekolah Harapan telah disediakan)


Tapi .....  benarkah anak-anak tiada hak untuk membuat keputusan sendiri walaupun ternyata keputusan itu tidak menyalahi hukum agama dan akan membawa kebaikan?


Bagaimana jika ibubapa tidak pernah akur dengan perintah dan kehendak agama?  Salah jugakah jika anak-anak hendak menjadi baik sedangkan ibubapa enggan berubah?






15 ulasan:

  1. kalau org tua tu bagi nasihat yg betul & boleh diikut, insyaAllah yg muda takde msalah nak folo

    tp kalau org tua tu mcm mengajar ketam mengajar anak berjalan,lu pikirlah sendiri..haha!

    BalasPadam
  2. zaman dah berubah..
    cara didik anak pun kena berubah tapi tetap tegas dan sentiasa dalam kawalan dan pemerhatian kita...
    ngeri bila fikirkan besarkan anak2 dalam zaman serba-jadi-macam2-kes ni....kan kak

    BalasPadam
  3. kak cik
    mungkin ada yg betul dan ada yg sebaliknya
    kerana itu kita diberi akal yg cukup sempurna untuk berfikir
    dan boleh di genakan untuk membuat tindakan sewajarnya
    asalkan kita tidak menyakiti dan menguris hati kedua ibubapa kita kan?

    BalasPadam
  4. Pro kontra di sini.
    Ada perkara-perkara yang anak-anak lebih bijak menangani sendiri.

    Ada juga perkara yang perlukan nasihat/panduan dan pantauan ibu bapa.

    Kita kenal anak kita sepertimana anak kita mengenali kita sebagaimana.

    Yang penting sama-sama bahagiaaaaa...

    BalasPadam
  5. salam kak cik..

    dalam hal ini ..bagi saya..kata2/pendapat ibu bapa harus dan wajib didengar dahulu..analisis dan barulah dibicarakan..jika ada sedikit tidak betul..anak2 bolehlah cakap elok2 tanpa menguris hati ibu bapa...sama2 dgr dan berbincang..hehe

    kalau dibincang dan dimusyawarah dgn aman damai..xde halkan..

    ibu bapa tetap nombor satu..tanpa ibu bapa..tiadalah kita..

    BalasPadam
  6. GB rasa mak GB anggap kite cam budak lagi. pendapat selalu bercanggah. tapi sebab sama2 pompuan..so boleh lagi faham..

    BalasPadam
  7. Salam Firuz...

    kalau jadi ketam - buat masak lomak cili api sodap tu! melotup! :)

    BalasPadam
  8. Salam Mimi...

    untuk mendekati anak-anak sekarang, kita mungkin kena menjadi kawan mereka. Dengan itu mungkin mereka lebih mudah bercerita segala masalah dan kita pun mudah untuk membentuk mereka (jangan silap gaya, kita pulak jadi lebih 'budak' dari anak2 sendiri!)

    BalasPadam
  9. Salam Sya...

    Kita memang tidak boleh berkasar dengan orang tua kita. Tapi, andai ada perbuatan mereka 'yang tidak betul' kita boleh menegur mereka dengan cara yang paling berhemah dan sesuai serta tidak membuatkan mereka menganggap kita sebagai anak durhaka.

    BalasPadam
  10. Salam Azie...

    anak-anak melihat apa yang kita buat. Anak2 juga punya pendapat dan pandangan mereka yang perlu kita nilai dan bukan terus dihumban dengan alasan apa yang kita kata itu yang terbaik dan betul, kan?

    BalasPadam
  11. Salam Sarah...

    ibubapa juga kena mengambilkira dan mendengar dahulu apa yang ingin diperkatakan oleh anak2. Dibimbangi jika 'suara' mereka tidak didengar oleh ibubapa, maka mereka lebih selesa meluahkan rasa hati ke tempat yang tidak sewajarnya.

    BalasPadam
  12. Salam gB...

    bagi seorang ibu, sikapnya itu lebih kepada 'melindungi'.. kerana itulah para ibu sering menganggap anak-anaknya tidak pernah dewasa! :)

    BalasPadam
  13. dulu..hanya sebagai seorang anak..kini juga masih sebagai anak tetapi jua seorang ibu...

    ibu lebih kepada melindungi.. betul tu... kenyataan nya..tepuk dada tanya la diri...

    nak anak lebih sempurna hidup nya dari kita..atau sebaliknya...

    tak semesti nya ibu bapa sentiasa betull dan semesti nya anak itu sentiasa salah...

    kata orang makin dewasa harus makin matang untuk berfikir...jadi ikut la cara diri sendiri acuan sendiri.. kalau tak menjadi ..kita la jawab sendiri nanti di akhirat.. kan kak cik...

    BalasPadam
  14. p/s.. dan tak semesti nya anak sentiasa salah...

    BalasPadam
  15. Salam Ila...

    betul apa yang Ila titipkan itu. Kecil tak semesti punya pendapat yang lemah dan salah. Dewasa tak bererti punya pendapat yang kuat dan betul. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com