Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Oktober 2010

Ada masalah ke? Apa pendapat anda?





24 ulasan:

  1. abaikan je lah... ramai lagi kawan² yang tak kisah apa pun stail akak, mari kita beriang ria bersama :)

    BalasPadam
  2. salam pagi kak cik..

    sabar ajelah kak...ignore aje.kita buat ikut yg biasa kita buat..hepi2 blogging kak chik..

    BalasPadam
  3. Salam kak cik.
    ini negara demokrasi, kita bebas meyuarakan pendapat ikut apa yg kita selesa.

    BalasPadam
  4. apa kebendanya ni kakcik? tak faham,tak faham.

    BalasPadam
  5. kakcik,
    pedulikkan!
    sakit mental tu namanya. :D

    btw....kebanyakan yg pro ada cop ok kat gambar depa.

    :D

    BalasPadam
  6. ye ke yg pro takde cop eks? siap ada watermark lg beb. rasanya dia ada interntion nak curik gambar ni kut kikiki

    BalasPadam
  7. hikhik...pasal gambor ada chop pun jadi masalah ,..aduyai....

    BalasPadam
  8. Saya setuju..
    1. cam komen dari imanamani.
    2. cam komen dari Mila@Rimbun.
    komen saya...kalau berkenan. snap gambar sendiri...dikk..

    BalasPadam
  9. Salam kakcik,

    akak jawab cam ni AAK - Ada aku kesah.. hee,, biarkan kak.. Baru lepas kuar kot

    BalasPadam
  10. ala biase la ni, x de hal la, mak ekuiti owner :P tp try guna watermark la, lagi smart pix tu nnt

    BalasPadam
  11. tapi namenye 'aku pemalu'..
    hehehe.. ikut suke jari kakcik la kannn.. x suke kalu pi main jejauh!

    BalasPadam
  12. salam,

    sekali lagi Kakcik,
    jangan salahkan dia....
    cuma nak tumpang memeriahkan suasana,
    kita tak kesah,
    diapun x kisah juga...
    ...maafkan saya.

    BalasPadam
  13. uittt kenapa bahawanya macam tue yee isk2 sabar kak cik

    BalasPadam
  14. Salam semua...

    terima kasih kerana sudi memberikan pandangan dan pendapat. Macam kakcik jawab kat catatan sebelum ini.. kakcik pun ada 'musim' juga. Kadang2 cuitan yang sedikit boleh membuatkan kakcik melatah sedangkan pada masa yang lain, geletek setengah mati pun, kakcik tak merasa apa2! :)

    Suka hati kakciklah, kan? kakcik punya gambar, kakcik punya sukalah! hehehe...

    BalasPadam
  15. salam Kakcik......
    ini lumrah dunia maya, harus kita terima seadanya, tanpa sebarang prejudis saya menyokong pendapat ahmad humairi di atas - memeriahkan suasana.

    Kakcik, adablah kehidupan ini, tegur dan ditegur adalah asam-garam dan rempah-ratusnya, tiap sesuatu pasti ada hikmahnya, yang zahir mau pun tersembunyi, kadang-kadang ada baiknya bila kita ditegur oleh yang memusuhi kita, akan ada ruang untuk kita bermuhasabah diri.

    teringat saya kata guru suatu ketika dulu: untuk mengetahui baiknya kita, dengarlah apa kata rakan, untuk mengetahui buruknya kita, dengarlah apa kata musuh.

    sesungguhnya hidup ini tak pernah sempurna, mungkin setiap hari kita mewah dengan puji-pujian dari rakan, sekaligus kita akan berdepan juga dengan cacian musuh dan seteru, justeru itu, Kakcik maupun saya maupun rakan-rakan lain, seharusnya kita senantiasa bersedia untuk berdepan dengan pelbagai karenah manusia, memungkinkan kita berdepan dengan apa-apa saja yang diluar jangka......

    Kakcik sememangnya bertindak berani bila berblog, meluangkan untuk siapa saja melontarkan komen, saya amat setuju begitu, untuk menilai sejauh mana sempurnanya diri kita, biarlah orang lain yang menilai baik buruknya, lantas, kapan saja kita tersilap, bisa saja kita membetulkan diri......

    maafkan saya Kakcik kerana bertandang "menegur"

    salam bahagia salam sayang dari saya: Budi Rijali.

    BalasPadam
  16. Salam Budi Rijali...

    terima kasih kerana sudi singgah dan sudi 'menegur' dengan panjang lebar.

    Tak ada isu pun sebenarnya, cuma kakcik ingin bertanya dan berkongsi tentang komen yang kakcik terima itu kepada kawan2 yang sudi mengongsikan pandangan mereka.

    Kakcik pernah singgah di blog yang mana tuan punyanya marah2 bila gambar2 hakmiliknya di'kongsi' oleh orang lain tanpa meminta izin darinya.

    Banyak juga tuan punya blog yang meletakkan 'watermark' pada gambar2 milik mereka. Begitu juga kakcik, kakcik cuma meletakkan 'tanda' pada gambar2 yang kakcik ambil sendiri. Tetapi di mana gambar2 yang terdapat gambar kakcik atau ahli keluarga kakcik, sesetengahnya kakcik tidak letakkan 'tanda' kerana wajah itu sudah tertera sebagai 'tanda'.

    Iya, dalam menjalin sesuatu 'hubungan' kita kena sentiasa kena bersedia untk ditegur dan menegur biar sepahit manapun teguran itu kerana yang pahit itu biasanya akan menjadi ubat. Kakcik akur tentang itu.

    Terima kasih sekali lagi dan singgahlah selalu untuk berkongsi pendapat dan pandangan, ya? :)

    (Cuma kakcik tak dapat mengenali BR melalui blog anda, kenapa ya?)

    BalasPadam
  17. Alahai...apa masalah dia erk kak?kalau benda tu kita yang punya...biar la kita nak tempek aper pun kat kita punya gambar..kang ada lak yang tahu hak orang lain...

    BalasPadam
  18. Salam Iman...

    itu yang kakcik tak faham tu! :)

    BalasPadam
  19. Kakcik, sekali lagi singgah ke mari, maaf ya Kak, benar saya tak memiliki laman blog, maka itu saya terjah melewati Open ID, pun begitu, Kakcik boleh saja mengenali saya di Facebook, menggunakan nama: Wadakaro Nnéhéé

    BalasPadam
  20. Budi Rijali..

    terima kasih atas penerangan. nanti kakcik cari di FB, ya? :)

    BalasPadam
  21. saya pun suka letak watermark .. abaikan apa yg org nak kata ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com