Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 September 2010

Ngantuk...

Melayan Budak Sepet ni sampai pukul 3.30 pagi... nak makanlah... nak garulah... tengok dramalah....  Siap cakap pulak tu.. 'mak tidurlah.. nanti adik kejutkan mak pukul lima pagi'.  Tahu-tahu dia yang lena, bangcik yang tolong kejutkan mak dia walaupun mak dah terkebil-kebil tapi rasa 'liat' nak bangun!








10 ulasan:

  1. anak bongsu cam gitulah kakcik kan, banyak songel dan kerenahnya, manjakan diri sendiri walaupun kita tak memanjakannya...

    jangan-jangan kakcik lelap kat ofis hari ni ..

    BalasPadam
  2. Ibuintan...

    pejabat pun masih sunyi sepi.. ada harapanlah kakcik terlelap ni nanti!

    Memang betul - bukan kita manjakan sangat pun sibongsu.. mereka je yang suka bermanja2.. :)

    BalasPadam
  3. en_me...

    boy yang selalu buat mak dia geram!

    BalasPadam
  4. Baguslah macam tu kakcik...sementara boleh bermanja ni...nanti dah besar, dah tak nak kat kita lagi dah...

    BalasPadam
  5. geram tengok muka budak sepet tu .. tembam betul !

    bilakah agaknya dapat berjumpa ?

    BalasPadam
  6. Salam Shah...

    kakcik selalu teringat macamana Marina selalu membuatkan Shah geram.. agaknya samalah macam tu juga perasaan kakcik kat budak sepet tu... :)

    BalasPadam
  7. Kanda AL...

    tak beranilah saya nak berjanji! :(

    BalasPadam
  8. kak chik,
    seronok juga kerja time org beraya ye..
    bolehlah melelapkan mata..

    BalasPadam
  9. Mizah...

    setakat ini kakcik belum lagi melelapkan mata.. mungkin waktu rehat nanti.. tapiiiii... perut ni macam minta diisi pulak.. kafe belum bukak lagi! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com