Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 September 2010

Dah lama betul tak singgah di sini...


Sudah lebih 20 tahun rasanya tidak masuk ke jalan itu.  Apa agaknya perubahan yang ada kat dalam tu, ya?  Adakah masih seperti dulu - kalau dah bertanya, mesti beli.  Kalau tidak, nanti kena maki!





22 ulasan:

  1. saya penah ada pengalaman buruk dimaki sebab member kite dah tawar menawar tapi last-last tak beli. terus fobia nak masuk situ lagi!

    BalasPadam
  2. gadusBunga...

    banyak kakcik dengar kisah begitu. Kalau tak nak beli, eloklah jangan bertanya langsung. Tawar menawar bermakna kita berminat untuk membeli, kan? Tapi, kalau tak dapat harga yang kita hendak, tak mestinya kita kena beli juga, betul tak? :)

    BalasPadam
  3. Sekarang sudah selesa, kecuali time orang ramai berhimpit. Jalan sudah tidak becak sebab sudah bertar/bersimen, dan berbumbung sepenuhnya. Gerai pun banyak yang sudah elok tidak banyak yg buruk.

    Soal layanan tu kurang pasti sebab teramat jarang pegi (baru 3x kot) so belum pernah kena paksa beli.

    Ada juga penjual yang sangat mesra, muhibbah dan senyum. Cuma dikesali, apa yang disebut CINA TOWN kini tidak lagi, sebab kebanyakan yg jaga gerai ada WARGA ASING, terutama yg bijak buat sales seperti Pakistan, Bangladesh, Mynmar..

    sungguh tidak asli seperti dulu lagi...

    BalasPadam
  4. Azie..

    nampaknya di mana-mana pun, warga tempatan cuma selesa menjadi taukeh (tak kiralah bangsa Melayu, China atau India). Pekerja tetap juga warga asing. Bila pergi makan, kita tahu, taukeh kedai itu Melayu, tapi yang melayan - Indon (tak tahulah kalau hakmilik pun dah bertukar tangan). Terasa sedih juga, dan ada juga rasa tak selesa (bagi kakcik la)...

    Azie.. kedai Pasembur Utara di Kg. Baru tu sudah dinaiktaraf nampaknya.. sudah berdinding.. :)

    BalasPadam
  5. ha ah...
    dah berbelas tahun tak lalu sana...
    tak de apa pun nak dibeli kat sana ek?
    barang imitation je...

    BalasPadam
  6. Salam kakcik,
    Saya sangat suka kesitu ..suka jamu mata ,kadang - kadang beli juga ,sebab kalau nak beli yang ori tak mampu di situlah tempat tujunya.

    BalasPadam
  7. wah..biru tahun ni kakcik..
    kat mana tu. petaling street ek. aduyai.. rasanya dah duapuluh tahun lebih tak kesitu..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum wbt
    Teringat le dedulu, mase teman ngajor kat Skolah Jln Maxwell, galak jugale jln kaki memalam dr PuduRaya ke Bas Stand Kelang, melalui Petaling Street ni! Ate mase tu bknnnya byk duit nak beli pun, nengok jelah...

    BalasPadam
  9. Pn. Dr...

    barang2 yang jual kat situ sama saja dengan kat tempat lain, kan? Jadi rasanya.. tak payahlah kita bersesak2 dengan masyarakat antarabangsa kat situ, kan? :)

    BalasPadam
  10. Salam Salmi...

    kakcik pun dengar kat situ banyak barang2 'berjenama terkenal' dan pernah diserbu beberapa kali..

    BalasPadam
  11. Kakpah.. biru itu lambang kelembutan (agaknyalah!).. hehehe...


    kakcik pun dah lebih duapuluh tahun tak masuk ke Petaling St tu.. :)

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Yop..

    dedulu jalan kaki dari Dayabumi ke Kg Baru pun tak terasa jauh.. sekarang ni - jangan dibuat! :)

    BalasPadam
  13. Wohh! sama lah saya pun dah lama tak kesitu, berkurun dah..
    Dulu2 kalau pergi ker situ, yg saya tuju ialah orang2 'Gurga' yg duduk bersila tepi2 bibir kedai2 batu tuh, mereka jual batu2 permata dari Afgan, memang cantik dan murah comparatively yg dijual di komplex2.

    BalasPadam
  14. Salam kakcik .
    Harap sihat ketika ini .

    Dah lama tak kesini
    tak suka
    penjual dia garang !

    BalasPadam
  15. salam kakcik... saya pun dh lama tk ke situ. last pergi beli kasut, murah tp sakit kaki. last2 baik amik keputusan tkyh pergi beli brg kt situ.. hehe. tp mmg dah ramai warga asing..sama mcm pasar malam di Batu Feringghi.

    BalasPadam
  16. salam kakcik..
    rasa2nya ida pun dah terlalu lama tak ke situ...kerap pegi pun sebab nk beli buah2 je dulu.

    BalasPadam
  17. Salam Pn. Nani...

    entah kenapa ya? bila lalu kat situ, langsung kakcik tak rasa teruja untuk 'menjengah' masuk.. :)

    BalasPadam
  18. Salam LiNda yang manis...

    ingatkan LiNda kata dah lama tak ke blog kakcik ni.. tapi bila pulak kakcik jadi penjual yang garang? hehehe.... :)

    BalasPadam
  19. Salam Cyana..

    sakit kaki sebab kasut ke atau sebab jalan kaki ke situ? Hehehe..

    BalasPadam
  20. Salam Ida...

    kakcik 'singgah' kat situ, masa bujang dulu - pernah kena 'copet' - lepas tu, taknak masuk lagi dah...

    BalasPadam
  21. SALAM KAKCIK,
    INI JALAN PETALING, KL NI ! BUAT APA KAT SINI KAK? LF PERNAH JUGA PERGI KAT SINI. BENDA2 YANG TAK ADA DI TEMPAT LAIN, KEMUNGKINAN BESAR ADA DI SINI ! TETAPI LF AMAT BERHATI2 BILA KE SINI. SELALUNYA ADA KAWAN YANG MENEMAN. BETUL ATAU TIDAK TAK PASTI.... KATA ORANG, KAT SINI BERWASPADA DENGAN PENYELUK SAKU !

    BalasPadam
  22. Salam Dato'...

    kebetulan sahaja kakcik lalu kat situ, sebab kamera ada di tangan, saja2 ambil gambar. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com