Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 September 2010

Berpada-padalah...

antara makanan yang disajikan di 'rumah terbuka' seorang teman

Sekarang ini musim 'makan-makan' - hendaknya tidak menjadi musim 'pembaziran'.  Sana sini ada jemputan untuk makan-makan.  Percuma.  Tak perlu bayar apa-apa.  Cuma kalau tempat itu jauh, mungkin kena keluar sedikit modal - minyak kereta dan bayaran tol. 

Kalau dah percuma, bukan ertinya kita boleh ambil ikut suka dan bazirkan sesuka hati.  Berpada-padalah bila mengambil hidangan.  Terutama hidangan yang disediakan secara 'buffet'.  Tak perlu ambil sampai penuh pinggan dan kemudian 'disia-siakan'.  Perkara ini selalu terjadi di hadapan mata.  Hendak ditegur, kita tak kenal siapa, nanti niat yang baik disalahertikan pula. 

Satu lagi, sewaktu berbaris untuk mengambil makanan, gunakanlah akal fikiran.  Jangan melengah-lengahkan masa seolah-olah dalam hati berkata, 'padan muka.. tunggulah kau kat situ...' sedangkan orang di belakang kita tidak berbuat apa-apa salah pun terhadap kita!  Ada yang siap bersembang-sembang 'mak alang' sambil kontrol lawa terlenggok-lenggok memegang senduk..... 


p/s : perkara ini pernah kusentuh dalam catatanku dulu-dulu (tak ingat bila)..tapi bila terjadi lagi di hadapan mata, ianya tetap mengusik rasa dan menyesakkan dada.... :(





30 ulasan:

  1. sedap nampak tu..

    semalam bukan jodoh kita nak jumpalah. : (

    BalasPadam
  2. kakcik
    sya pun tak suka jugak bila tengok makanan tak habis, terkilan kan?
    apalah salahnya ambik sikit2..

    sya rasa kalau ada yg tengok cara sya dan enpakwe ambik makanan dan dikongsi dengan anak anak, mesti orang ingat kami ni kedekut, tp sebenarnya
    nak mengelak dari membazir
    tak sampai hati dan tak sanggup tengok makanan terbuang macam tu saja.

    BalasPadam
  3. Salam Sya..

    kakcik baru balik dari 'rumah' Sya dan menyatakan perkara yang sama! :(

    BalasPadam
  4. Sya...

    kakcik sanggup ambil makanan untuk anak dan tunggu atau suapkan dia makan dulu, kemudian bila dia tak habis, kakcik akan habiskan. sebab itu agaknya, badan kakcik pun bukan main 'sihat'...

    BalasPadam
  5. SALAM,

    ...RUMAH TERBUKA...AKU BELUM MAMPU BUAT..

    BalasPadam
  6. Salam Myri..

    kakcik pernah buat atas permintaan anak2.. tapi tahun ini belum ada perancangan lagi...

    BalasPadam
  7. Hmmm dah namanya manusia.... mmg macam tu la bila dapat makan free... hambik penuh pinggan... makan taknya habih.... perangai setan la tu...

    BalasPadam
  8. Salam Alimaz...

    sayang tengok makanan terbuang macam tu je kan? Bayangkan orang yang susah nak dapat makanan - macam kat Pakistan tu, atas pasir/tanah pun mereka sanggup kutip! :(

    BalasPadam
  9. SALAM,
    BAGUS NASIHAT NI. LF AKAN AMBIL PERHATIAN KERANA LF NI MEMANG SUKA MAKAN. SEKARANG NI PULAK BANYAK OPEN HOUSE

    BalasPadam
  10. Salam Dato'...

    kalau ambil dan makan tak mengapa. Yang saya kesalkan, ambil bertimbun2, kemudian kais2 dan tinggalkan.. :(

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    orang - orang cam ni, kena pegi grooming class. Biar tau etika bermingle..

    BalasPadam
  12. Salam Yan...

    macam suami kakcik kata, 'benda2 macam ni, tak perlu pergi sekolah... sendiri boleh fikir'. Masalahnya, ada orang tak mahu menggunakan kebolehan otak mereka untuk berfikir!

    BalasPadam
  13. salam kakcik...

    ummi blm mampu nk buat open house...he he he... cafe yg di maksudkan tu kt kota damansara... dia cuma buka waktu malam jer kecuali Ahad mlm Isnin., coz siang dia buka dkt damansara jaya ,dkt pjbt pos.

    BalasPadam
  14. Salam Ummi...

    terima kasih untuk info itu. Tahun ini, mungkin kakcik tak mampu nak buat rumah terbuka...

    BalasPadam
  15. salam kakcik..

    sebab tu saya jrg pegi rumah terbuka..sbb org2 mcm ginila..

    lagi 1, bab2 suka tapau-menapau makanan bawak balik rumah, dah mcm tak pernah jumpa makanan..huhu!

    BalasPadam
  16. Salam Firuz...

    kdg2 sikap gelojoh orang lain membantutkan selera kita, kan? :(

    BalasPadam
  17. salam kak cik..

    amy sokong kak cik..baru nie buat open house macam tue..nak tegur nanti apa lak org kata..dah buat open house nak larang pulak..jadi diamkan diri je la

    BalasPadam
  18. Salam Amy...

    kita pulak jadi serba salah, kan? Bukan kerana kedekut.. tapi mengapalah perlu membazir... Bukan tak boleh ambil sikit-sikit. Kalau sedap, boleh tambah lagi.. :(

    BalasPadam
  19. Betul, saya masih ingat akan isu ini KAKCIK pernah tulis dulu.

    Kalu jamuan bufet memang memadai diambil ringkas dulu, memberi ruang sama pada tamu lain. Nanti kan boleh diulang lagi jika masih boleh isi perut?

    Ada tu, nafsu lebih, makan tak banyak mana, bazir saja.

    BalasPadam
  20. Azie...

    kakcik tak ingat sama ada di blog ini atau blog satu lagi kakcik bangkitkan isu ini dulu...

    Disebabkan baru2 ini, kakcik 'menghadapinya' lagi.. kakcik tulis semula. Setidak2nya untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak bersikap 'biadap' begitu.....

    Apa yang kakcik perhatikan, sesetengah orang, macam bangga pulak bila makanan tu tak habis! :(

    BalasPadam
  21. Salam Aidilfitri :-)
    I pun setuju dgn pendapat kakcik. Boleh tak tuan rumah guna tektik yang sama macam di restoran.. Terlebih makanan yang tak dimakan, harus ditimbang dan diletakkan harga oleh situan rumah.

    Tup2, tuan rumah balik modal, hehe.

    BalasPadam
  22. Salam Aidilfitri CS ...

    Elok juga idea tu! Tampal beso2 kat meja buffet tu, kan? Tengok apa reaksi tetamu....

    ok gak kalau tuan rumah dapat balik modal..hehehe..

    BalasPadam
  23. apa kata buat notis... sapa yg tak abis makan, kena bayar on apa yg dia tak habis tuh kikiki..

    mak bapak jugak kena ajar anak supaya jgn membazir, saya rasa tak salah kalau nak bertambah (anak saya ler tuh, sbb isi nasi sikit sgt) tp jgn tak habis...

    BalasPadam
  24. Mila...

    yang selalu 'buat perangai' tu biasanya bukan budak2.. tapi, mak budak!

    BalasPadam
  25. salam aidilfitri kakcik,

    inilah hakikatnya yang berlaku di negara kita....

    kurang rasa bersukur dengan rezeki yang melimpah ruah....

    tak pernah nak ambil pengajaran dari apa yang berlaku dinegara luar...

    kebuluran dan kemiskinan sampai berminggu-minggu perut kosong takpa ada satu benda pun untuk dimakan...

    huhuhu....

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum wbt
    Teman ni kokcik, mmgle kughuih orgnye, mmg dr dedulu lagi. AlHamdulillah, peghut stokoin mcm teman ni kokck, tak makan 2-3 hari pun biasa, tapi kalau makan mumbun2 pun buleh. Siap sedia dlm sebarang keadaan....

    BalasPadam
  27. Perkara camni memang banyak kali saya jumpa..bab org nunggu awak meleweh - leweh tu..kadang tu saya sound je.
    Bab ambik makanan saya jarang tak abis ..bertambah lagi adala...

    BalasPadam
  28. Salam Aidilfitri Ain...

    kerana kita tidak diuji dengan kebuluran, maka itulah agaknya sebab kita tak pandai menghargai makanan!

    BalasPadam
  29. Wa'alaikummussalam Yop...

    untungle jadi macam mike... apa keadaan pun tak kisah.. kakcik ni nak kughuih, takde haghap dahhhh.... :)

    BalasPadam
  30. Salam Salmi...

    kalau ikut hati memang nak je sound orang yang melambat2kan tu.. tapiiii... banyak pulak yang kakcik fikir! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com