Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir - Saujana




Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan



Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku



Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan



Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia



Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir


Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


18 ulasan:

  1. Salam Kak Cik !

    Selamat Ulang Tahun. Semoga Di panjangkan Umur dan di murahkan rezeki.



    *semalam sibuk sangatlah kak...

    BalasPadam
  2. Salam Reen..

    terima kasih. semoga Reen juga sejahtera dan ceria di samping keluarga. :)

    BalasPadam
  3. happy birthday KakCik!!!!
    :)
    senyum2 selalu ya hari ini!!!

    BalasPadam
  4. Salam Pn Dr..

    terima kasih. Nanti orang ingat kakcik tak betul lak asyik senyum je... (^_^)

    BalasPadam
  5. Allah selamatkan Kakcik..
    Allah selamatkan Kakcik...
    Allah selamatkan Kakcik....
    Allah selamatkan Kakcikkkkk......

    Selamat Harijadi Kakcik! Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik & berbahagia sentiasa.

    Selamat berpuasa (dah tambah slim nampaknye...? Aje yang iyeeee kome...).

    BalasPadam
  6. Salam Liza..

    lama beno kita tak begebang kan?

    Terima kasih untuk doa. Semoga Liza juga sentiasa ceria.

    Tak mana kughuihnye weh... menten macam guni padi! :)

    BalasPadam
  7. Selamat Ulang Tahun. Semoga Di panjangkan Umur dan di murahkan rezeki.

    BalasPadam
  8. hepi besday kakcik itteww.. wahh hampir sama dgn birthday malaysia merdeka nih.. kehh

    BalasPadam
  9. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o..

    terima kasih. Semoga anda juga diberkatiNya. Amin. :)

    BalasPadam
  10. Salam en_me...

    terima kasih. Kakcik muda sikit! :)

    BalasPadam
  11. salam hari lahir, kakcik!

    moge dipanjangkan umornye, dimurahkan rezkinye ye :)

    BalasPadam
  12. Salam AzeedA..

    terima kasih. Semoga AzeedA juga berada dalam rahmatNya sentiasa. Amin. :)

    BalasPadam
  13. salam,

    Allah selamatkan Kakcik sekeluarga.


    Hadith :Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

    BalasPadam
  14. Salam Myri..

    Terima kasih. Kalau meminta dengan tidak yakin atau sekadar permainan kata-kata, lebih baiklah dihentikan saja, kan?

    BalasPadam
  15. salam ramadhan 14

    tak peduli nak gak ucap..

    selamat hari lahir yg ke??????
    semoga panjang umo & murah rezeki aminnnnnn berbahagia di samping keluarga ye kak cikk

    BalasPadam
  16. Salam Angah..

    hehehe.. suka hati Angah la.. janji Angah bahagia. Dah 49.. tahun depanmasuk kategori warga emas! :)

    BalasPadam
  17. Salam kakcik..
    SELAMAT ULANGTAHUN BUAT KAKCIK..wah sambutan satu Malaysia sebab dekat dgn tarikh Merdeka.

    SEMOGA ALLAH MAKBULKAN SEGALA DOA DAN HARAPAN KAKCIK ;- Happy Birthday to you..

    sedapnya dan meriahnya cupcake ...paemberian sapa tu...........

    BalasPadam
  18. Salam Salmi...

    Terima kasih :)

    Kek cawan itu pemberian adik angkat kakcik yang sanggup datang jam 12.00 malam untuk buat surprise! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com