Ini adalah catatan secara umum. Tidak menuding jari kepada sesiapa secara khusus. Cuma, mungkin boleh direnungkan bersama-sama....
Apakah rukun nikah?...
* Bakal suami
* Bakal isteri
* Wali
* Dua Orang Saksi
* Ijab dan Qabul.
Aku bukan orang yang bijak pandai untuk menghuraikan satu persatu tentang Rukun Nikah tersebut. Tapi, kalau ada yang belum tahu dan ingin mengetahui secara lebih lanjut, bolehlah KLIK DI SINI.
Apa yang ingin kusentuh ialah berkenaan dengan UPAH @ SAGUHATI yang diberikan oleh pengantin kepada Jurunikah dan Saksi-Saksi pernikahan mereka. Tanpa jurunikah dan saksi-saksi, sesuatu pernikahan tidak akan menjadi sah. Tapi, pernahkah para pengantin dan keluarga mereka terfikir akan hal ini???
Kelihatannya, dalam sesuatu Majlis Perkahwinan apa yang penting adalah kenduri-kendara yang mewah (biarpun terpaksa berhutang) demi apa yang dikatakan 'menjaga maruah'. Tetamu yang datang diraikan dengan semewah yang mungkin walaupun mungkin semasa mereka melangkah pulang ada sahaja cacat cela majlis yang dibebelkan. Pengantin dan keluarga tersenyum puas walaupun letih bila majlis selesai.
Ops... tersasar pulak dari tujuan asal catatan ini. Jurunikah dan saksi-saksi yang penting itu, adakah disedari akan kepentingan mereka oleh pengantin dan keluarga? Jadi apakah wajar orang yang sepenting itu, dihargai dengan nilai cuma RM20.00 hingga RM50.00 sahaja? Jurunikah mungkin mempunyai elaun atas tugas yang dilakukannya. Bagaimana pula dengan saksi-saksi? Mereka mungkin hanya orang-orang tua yang sering ke Masjid yang tidak dikenalipun oleh pengantin mahupun keluarga pengantin.
Jadi, renung-renungkanlah....
p/s - kepada para pengantin baru dan bakal-bakal pengantin yang menikah menjelang Ramadhan, semoga kedatangan bulan yang penuh berkat ini akan turut melimpahkan keberkatannya ke atas rumahtangga yang kalian bina. InsyaAllah.
salam kakcik
BalasPadambiasalah tu....kenduri kendara, pelamin, mak andam diutamakan hingga tak nampak perkara yg lebih penting..andai tiada jurunikah serta saksi tkkan terjadinya pernikahan itu...
Salam Kakcik
BalasPadamPandangan no. 1: Coretan kali nih merupakan santapan rohani; food for thought - supaya tidak terlepas pandang.
Pandangan no. 2: Lebih elok jika para saksi terdiri dari kaum kerabat pihak pengantin; tidaklah semberono cekup orang tu, orang nih w'pun mereka terdiri dari ahli masjid atau surau.
Salam Ida..
BalasPadamkadang2 kita terlepas pandang betapa pentingnya jurunikah dan saksi sesebuah perkahwinan itu..
Salam CS..
BalasPadamkakcik juga bersetuju dengan pandangan CS yang kedua itu. Tapi mungkin di zaman serba maju ini, susah nak mencari saksi 'yang cukup syarat' (mudah2an itu hanya andaian kakcik) di kalangan keluarga pengantin. Saksi 'hendaklah bukan dari kalangan orang yang boleh menjadi wali kepada pengantin perempuan.'
Wallahuaklam. :)
semua yg hadir kat majlis akad adalah saksi..jd kena tq kat semua org..
BalasPadamHamizah..
BalasPadambetul juga tu.. :)
Bukan saguhati bagi setiap orang saksi adalah satu yang "fix" ke?
BalasPadamMasa vic kahwin 6 tahun yang lepas mmg tertanya2 juga berapa jumlah yang patut diberi kepada kadi dan saksi. Maka minta pandangan2 orang2 yg lebih pengalaman - kebanyakannya menyebut amaun yang kak cik sebutkan di atas.
Tapi pada 6 tahun yang lepas, vic masih merasakan jumlah tu kecil sangat, ada kemungkinan silap atau amaunnya sudah berubah. Jadi vic bertanya pada Ketua Kadi Wilayah Persekutuan yang kebetulan menjadi fasilitator semasa vic mengikuti kursus kahwin. Jawapan yang diberikan sama mcm jumlah yang kak cik sebutkan kat entry ni.
Cumanya agak pelik setelah 6 tahun berlalu amaunnya masih sama. :) Mungkin ia sekadar simbolik.... lgpun untuk mengelakkan seseorang saksi menjadi saksi hanya kerana wang.
Terfikir juga berapa banyak kos yang perlu disediakan bila terima menantu nanti
BalasPadammuger2 perkahwinan berkekalan hingga akhir hayatt ghiteww.. uhuhu
BalasPadampahala mereka menjadi saksi lebih besar dari saguhati yang diterima...
BalasPadamSalam Vic..
BalasPadamkalau dah ditetapkan, rasa kakcik mungkin sebagai had minimum. Sepatutnya terpulang kepada pengantin untuk menggunakan budi bicara. Tapi, itulahkan? Yang berkaitan dengan agama ni selalu sahaja orang 'terlepas pandang' walaupun saat harga yang lain naik mencanak - termasuklah hantaran...
Aida..
BalasPadamkakcik pun memikirkan hal yang sama..
en_me..
BalasPadammudah2an begitulah.. Amin. :)
IM..
BalasPadambetul tu. Tapi, manusia tetap memerlukan wang untuk kelangsungan hidup. (macam kakcik pulak yang jadi saksi - beriya2 sangat nampaknya, kan?)
salam kakcik,
BalasPadammemang dah ditentukan banyak tu jumlahnya, walaupun kekadang rasa tak patut juga..
ibuintan..
BalasPadammacam kakcik kata kat atas, ikut juga budibicara pengantin. Mas kahwin juga ditetapkan jumlahnya, tapi ada yang bagi mas kahwin ribu-ribu, kan? :)