Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Ogos 2010

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu (Bhg. 5)

29/07/2010

Hari terakhir di Kinabalu Park.  Aku dan Leen dibawa untuk bersarapan di Nabalu Cafe.  Kami mengambil tempat di sebelah luar di bawah pokok.  Dari sini kami dapat melihat ke arah kawasan Kundasang yang masih dalam pembangunan dan juga pandangan ke arah gunung ganang serta awan dan langit.
Gunung Kinabalu di belakang sana.

Pandangan yang mendamaikan perasaan

Atas nama pembangunan...

Perkampungan di lereng bukit

Hari ini para pendaki akan turun semula ke kaki gunung.  Kami yang menanti di bawah turut bedebar-debar.  Diam-diam kupanjatkan doa kepadaNya agar semua peserta berada dalam keadaan selamat dan sihat.  Peserta pertama selamat tiba hampir pukul 1.00 petang.  Khabarnya dia tidak sampai betul-betul ke puncak.  Suamiku selamat tiba jam 3.00 lebih.  Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana beliau berada dalam keadaan baik dan sihat.

Sementara menanti ketibaan para pendaki, aku dan Leen hanya menghabiskan masa duduk-duduk dan makan di Balsam Restaurant.  Cuaca pula hujan.  Sejuk menggigit tulang.  Jam 3.00 petang kabus tebal bertiup ke tempat kami duduk.

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas dari KKIA T2 pada jam 9.25 malam.  Seawal jam 5.30 petang, aku dan suami serta lain-lain peserta yang balik dengan penerbangan yang sama bertolak ke KKIA dengan sebuah van dan sebuah Unser. Tiba di KKIA jam 7.40 malam. Leen akan balik pada hari Jumaat.  Sepanjang perjalanan, aku sempat merakamkan gambar-gambar berikut ..



Sampai di kaunter Air Asia, kami dimaklumkan penerbangan akan lewat selama 25 minit.  Tak apalah. Aku, suami dan Jason (rakan suami di KK) mengambil keputusan untuk makan dahulu.


Buruknya gaya makan...

Selepas makan, balik ke KKIA - berita yang tidak menyenangkan menanti.  PENERBANGAN DITUNDA KE JAM 12.30 PAGI KERANA MASALAH TEKNIKAL. Aduhai... puaslah duduk, bersandar, baring (bayangkanlah badanku yang comel ni baring di kerusi lapangan terbang tu..).  Suami sempat melelapkan mata dalam surau (dia boleh lelap mungkin sebab terlalu penat - sedangkan aku puaslah menahan segala rasa serba tak kena).  Sampai di LCCT jam 3.15 pagi dan tiba di rumah hampir 4.30 pagi.  Jam 6.45 aku ke pejabat dan suami memang menyambung cuti.


22 ulasan:

  1. salam kak cik..sejuknya ats tue..kalah genting kan

    BalasPadam
  2. Salam sahrom.. memang sejukkkkkk sangat. :)

    BalasPadam
  3. salam,

    tak habiske 'kodak' nangkap gambo tu...hehe.

    BalasPadam
  4. Salam Myri..

    kamera sekarang canggih.. tak guna filem lagi, guna memory card je. :)

    BalasPadam
  5. Pn. Dr..

    itu yang ada... huhuhu.. lapo weh.. pedas kena ada..

    BalasPadam
  6. baru tgk gambar dah dapat bayangkan kesejukannya... mesti sampai ke tulang sum2 kan.. hehehe

    BalasPadam
  7. Vic..

    memang betul.. sampai melelh air hidung1 (^_*)

    BalasPadam
  8. tahniah kerana berjaya mendaki gunung tertinggi di asia tenggara.. :)

    BalasPadam
  9. sejukkkkkk :)

    tp jadi panas kalo flight delay gitu ghupe...kan kak

    BalasPadam
  10. Mimi..

    bab penerbangan tertunda tu memang berasap dibuatnya1 :(

    BalasPadam
  11. tengok gambar2 tu, teringin pulak nak pergi kundasang. insyaallah saya akan pergi.

    hari tu tengok blog hajarus pun cerita dia pergi kundasang juga.

    ishh .. kenapa tak ambil cuti sehari ?

    BalasPadam
  12. Kanda AL..

    Cuti saya dah tak banyak lagi. sebagai Pegawai Pengiring Tak Bergaji, saya kena sediakan cuti untuk saat-saat di perlukan. :)

    BalasPadam
  13. Naik Air Asia kalau tak delay bukan Air Asia namanya..nasib baik kakcik cuma berdua dgn suami..tapi kalau ada anak - anak eii...lenguh, sebab saya dah merasa.
    Sedapnya ..ABC fruity ke tu...

    BalasPadam
  14. Salam kakcik....T.kasih berkongsi pengalaman. Nampak betul2 best,
    Tak sabar nak pergi Sept. nanti..
    itu pun kalau Ayim sihat..

    BalasPadam
  15. Salmi..

    kadang2 ok.. tapi selalu juga AA ni buat hal. Kakcik tak makan ABC buah2an tu - suami punya. Kakcik cuma minum iced lemon tea je. :)

    BalasPadam
  16. Salam Mama..

    kakcik doakan agar Ayim betul2 sihat dan kuat untuk 'berjalan-jalan'. Leeds mungkin lebih dingin cuacanya dari KK. Jadi, kakcik harap Ayim akan selesa dengan cuaca di KK (khususnya Kundasang). InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  17. ya allah nampak macam sedap jer... yum..yummm

    BalasPadam
  18. Angah..

    kalau namanya aiskrim.. memang sodap! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com