Setelah LEEN datang semula, urusetia membawa kami keluar untuk makan dan 'berjalan-jalan' ke Poring Hot Spring. Malangnya, sewaktu hendak menukar pakaian, disedari bahawa pakaian Leen dan rakan-rakan sebiliknya malam tadi berada dalam pacuan empat roda yang sebuah lagi (ada 6 beg kesemuanya) dan kenderaan tersebut telah pun pulang ke Kota Kinabalu yang jaraknya lebihkurang 2 jam perjalanan! Mujur juga Leen ada pakaian yang hendak dibawa mendaki gunung, tapi beg duitnya berada dalam beg pakaian tersebut. (Beg tersebut hanya dihantar semula pada esok pagi). Dari Hot Spring, kami dibawa makan di Nabalu Cafe, Kundasang. Dari tempat ini kami boleh melihat pemandangan di bawah bukit dan juga ke Gunung Kinabalu. (Sila jangan muntah menatap gambar yang berderet-deret ini).....
Ini namanya buah terap - rasanya manis, bijinya kecil sebesar kacang tanah.
Dalam perjalanan balik, singgah sebentar di Strawberry Cafe. Tak sempat masuk ke ladangnya pun. Strawberry pun tak banyak. Sepeket RM10.00. Buahnya kecil-kecil sahaja. Aku tak beli pun sebab aku tak suka makan benda-benda masam walaupun wajahku tidaklah manis.
Pandangan ke bawah dari Strawberry Cafe...
Sebelah malam, kami dibawa makan ke restoran tidak jauh dari Kinabalu Park (aku lupa namanya). Walaupun aku dan Leen tertanya-tanya status restoran-restoran di sini, tapi kami tak punya pilihan. Ke mana dibawa orang, ke situlah kami pergi.
Nasi goreng ikan masin - Leen punya
Bubur ayam - aku punya
Memang 'lumayan' banyaknya. Tak terhabis dek kami. Mungkin perutpun masih kenyang. Balik ke bilik, kami tidak terus tidur. Menonton apa yang ada di televisyen. Nak menelefon atau bersms, telefon genggamku kehabisan bateri. Pengecas yang dibawa, patah pula kakinya - tak dapatlah aku mengecas telefonku. Teringat juga untuk membeli pengecas - tapi tak jumpa kedai yang menjualnya. Nak pinjam pengecas telefon Leen, lain pulak jenamanya. Tapi, Leen memang baik, dia bagi aku pinjam telefonnya untuk aku hubungi anak-anak di kampung rumah dan suami yang di atas gunung sana. Terima kasih Leen.
sedapnya strawberi kak cik saya suka...
BalasPadambuah terap tuh mengingatkan saya dengan buah cempedak lerr.. alahai lamanya tak makan.. yum yum
BalasPadamAlimaz..
BalasPadamkalau manis kakcik suka, tapi kalau masam - memang kakcik tak makan. :)
Mila..
BalasPadamsuami kakcik baru semalam beli cempedak. Di gerai yang mula2, RM6/kg. Dia beli sebiji = RM22. Lepas tu, berhenti kat gerai yang satu lagi, RM4/kg. Sakit hati punya pasal, dia beli lagi sebiji = RM18. Cerdik sangatlah tu.. siapa nak makan banyak2, entahlah! :)
Kakcik ,
BalasPadambaca kisah kakcik pun seronok apalagi kalau pergi sana ye..
saya dah penah sampai KK tapi masa tu anak - anak masih kecil.
Salmi..
BalasPadamagaknya kalau kakcik ikut naik ke gunung tu mesti lagi teruja.. :)
pertama kali tengok buah terap. agaknya kat Padang Terap ada banyak buah ni dulu...
BalasPadamsalam kakcik..
BalasPadamtguk tang makan2 tu yg tak tahan....
IM..
BalasPadammungkin juga kot! Mula2 kakcik tengok buah ni, kakcik ingatkan sukun tapi kenapa kulitnya lain? Rupa2nya itulah buah terap. :)
Salam Ida..
BalasPadambila perut sebu, makan pun tak lalu! :)
yummy kak cik sedap la bubur tue nampak macam nak minta sikit jerrrrr
BalasPadamAngah..
BalasPadamsedap juga, tapi tak terhabis - banyak sangat. Kalau Angah ada, boleh kita kongsi. :)