Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 Ogos 2010

Kalau dah tak suka...

tak perlulah hendak bermuka-muka
melirik senyum sampai ke telinga
manis mulut bertegur sapa
hakikatnya semua itu palsu belaka

pusing ke belakang lain cerita
semua dibuat tiada yang kena
'aku ketua, engkau siapa
terhegeh-hegeh macam kura-kura
tersengih-sengih ingat aku suka?'

kalaulah begitu sudah tersirat
nyatakan sahaja biar tersurat
tiadalah lagi beban memberat
hendak menegur terpisat-pisat

sudah nasib menjadi kuli
tuan besar tidak peduli
dia lupa suatu hari nanti
kerusi yang empuk ditinggal pergi

tiada yang kekal di dunia ini
kepada Dia kita kembali
berbuat baik tidaklah rugi
di mana sahaja tetap diingati...


p/s : catatan orang yang sedang mengantuk!



30 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz..

    ngantuk juga, ke? :)

    BalasPadam
  2. Teringat waktu - waktu baru bekerja dulu...mentang2 kita (A -asistant ,dorang S - senior) memang ada teringat puisi yg cam ni..tapi kini semo dah tinggal kenangan.

    BalasPadam
  3. Salam Salmi..

    manusia sering lupa.. bila ada sedikit kuasa, seolah2 semua di bawah kekuasaan mereka...

    (bukanlah semua manusia begitu)

    BalasPadam
  4. salam kak cik..


    orang orang sebegini..kita tengok kan saja..hidup bukan menongkat dunia kan ..kak cik...

    BalasPadam
  5. salam,

    ke manapun lari membawa diri...berjumpa juga orang sebegini.

    BalasPadam
  6. Salam Ila..

    nak ditegur pun susah, kan.. Doakan sahajalah agar mereka diberi kesedaran. :)

    BalasPadam
  7. Salam Myri..

    iya.. selagi hidup belum mati, di mana-mana ia melingkari..

    BalasPadam
  8. Selalunya kalu kita ada kerja banyak, susah nak mengantuk, Bila kerja kurang, tu yang boring sampai mengantuk tu... kan?

    BalasPadam
  9. Salam Azie..

    Sampai ofis, tak buat kerja lagi... bangun tadi jam 4 pagi, tidur pula dah masuk dinihari, itu yang mengantuk ngalahkan tak tidur berhari-hari.. hehehe...

    BalasPadam
  10. Kakcik ..

    Bermakna juga catatan orang mengantuk neh kanss.. taklah merepek meraban . haha

    Ermm.. kalau orang dah tak suka . Saya ada pengalaman ini .

    BalasPadam
  11. susahnya jd ketua..sebab tu saya xbercita2 tinggi..hahaha..Qanaah je..

    BalasPadam
  12. Salam LiNda..

    sekarang ni tengah sakit kepala pulak. Entah apa pulak yang keluar ni nanti... ;-)

    BalasPadam
  13. Salam Mizah..

    jadi kuli macam kakcik ni pun susah juga.. cakap pun orang tak nak dengar apalagi nak diguna pakai! :(

    BalasPadam
  14. salam..ini mesti kes bengang dgn bos ya, kakcik..pengalaman sy la klu bos kita nie umur dia dlm 50 keatas mmg problem..langsung tak trime pandangan org bawah tp klu bos lebih muda, lebih mudah dan mesra alam...generasi dah tukar cara mengarah pun mesti kne tukar...bukan cara lama lg

    BalasPadam
  15. Salam sahrom..

    tak juga kalau nak kata bengang dengan bos. Biarkan sajalah... Ada juga bos yang masih muda, tapi sebab baru keluar YU dan terbawak sekali RAHANG YU tu.. dia rasa dia sahajalah yang pandai. Pendapat orang lama, tak nak pakai.. apa2 ajelah.. :)

    BalasPadam
  16. salam kakcik :)
    kalaulah ade like button sini, akanku klikkan sampei beribu2 kali ehehhe..
    mintak ijin kakcik nak copy into word & print & tampal kt opis ni, buleh? pls pls pwetty plsssssss

    BalasPadam
  17. Salam AzeedA..

    silalah.. kakcik izinkan dengan senang hati. :)

    BalasPadam
  18. salam kakcik.... betul tu depan baik belakang mengutuk mengata....

    BalasPadam
  19. Salam Alimaz..

    ianya berlaku di mana-mana! :(

    BalasPadam
  20. nape org suka kutuk belakang2??..tp elok gak..kalau kutuk dpn2 lagi sakit hati..huhu

    kakcik, saya pun ngntuk ni...huwaaaa

    BalasPadam
  21. lain mcm je catatan kakcik nie..hehehee

    BalasPadam
  22. Salam Firuz..

    kat ofis kakcik hari nim agak panas, kakcik pasang kipas.. bertambahlah mata ni nak terkatup!

    Kalau kita dengar dari orang lain, menyirap gak darah ... :(

    BalasPadam
  23. Salam Acu...

    catatan orang yang sedang mengantuk macam tu la.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  24. mana-mana pun ada orang macam ni..
    kena hadapi jugak kan...

    BalasPadam
  25. Salam Reen..

    betul.. hendak tak hendak telan sahajalah segala yang pahit, masin, masam, manis mahupun kelat.

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum wbt
    Aa ah! kokcik, begahpe lame le kita nak nongkat dunia ni sampey dah ingker bebenor! Beghape lame le kita nak ranggi, mun udah berkuase bebenor sampey tak nak jejak tanah! Semua tu, ujung2 masuk juga tanah dlm mulut kita bila dlm kubor nanti. Mase tu deme2 tu pangge le kengkawan yg ngasut ngipeih deme baik 1Malaysia tak kighe Melayu, Cina dan India buat baca doa selamat!

    BalasPadam
  27. Wa'alaikummussalam Yop..

    itule pasenye Yop. Mengkalo deme ade kuase idok deme pikiokan susoh payoh oghang lain. Yang deme tau, 'aku punya kuasa, aku punya suka'. Untuk kome undang2 laen.. untuk aku tak ade undang2.. ih! tak paham teman, Yop.. nak ceghite banyok pun, teman bukannye pandei..

    BalasPadam
  28. kak cik sama la angah pun tengah mengantuk nie.....arghhhhhh

    BalasPadam
  29. Angah..

    jom kita tidooooo... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.