Kawan-kawan kakcik

Ahad, 22 Ogos 2010

Juadah berbuka puasa semalam - 21/08/2010

Semuanya dimasak sendiri.  Ringkas, tapi suami dan anak-anak berselera makan.  Alhamdulillah.

ayam goreng dengan kacang panjang

ikan bawal goreng

asam pedas ikan tenggiri

sambal belacan
 

lempeng kelapa

sayur??  tak ada - cukuplah bendi dan tomato dalam asam pedas tu... (^_^)


35 ulasan:

  1. gulppp
    telan air liur...
    ape ni kakcik..belum tengahari ni
    huhuhuhuhuhu
    masak sendiri lagi besh kan???

    BalasPadam
  2. Salam Cheqna..

    ala... itu semalam punya.. hari ni belum masak lagi.. hehehe..

    BalasPadam
  3. salam kakcik,
    akhirnya tertunai juga hajat nak makan lempeng kelapa ye kakcik...

    masakan ibu walau macammana pun pasti menyelerakan

    BalasPadam
  4. Salam ibuintan..

    hahaha.. dah lepas kempunan dah ni... :)

    BalasPadam
  5. singgah lama pun tak pe... banyak n3 pasal makan ni kak

    BalasPadam
  6. Tu pun dah kira dasat dah tuu. Azie suka tang ayam + kacang panjang tu. Lengkap dah.

    BalasPadam
  7. salam kakcik..

    tgk pn dh tau mmg menyelerakn..masak sendiri jgk yg best walopn simple..

    BalasPadam
  8. hahaha sori kakcik..tanpa nama ni nora la..lupa nk letak td..

    BalasPadam
  9. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o..

    tak ada ilham nak cerita pasal apa, tu yang letak gambar makanan tu.. :)

    BalasPadam
  10. Salam Azie..

    dalam ayam + kacang panjang tu, ada cili api.. memang rasa dah lengkap bila makan dengan nasi panas. Minum pulak teh o suam.. :)

    BalasPadam
  11. Salam Nora..

    hehehe.. kakcik ingat siapa tadi. Seingat kakcik, setakat ni tak ada 'Tanpa Nama' tinggalkan komen.. Nora rupanya. Hehehe...

    Masak sendiri, tak sedap pun kena kata sedap.. kan? (^_^)

    BalasPadam
  12. tengok lempeng kelapa kakcik buat ain teringin pulak....

    sedapppnya kalau cicah kuah kari...

    BalasPadam
  13. salam kakcik
    Lauk2 tu dah kira dasyat tu (ada 3 jenis sayur plak tu .. tomato, kac panjang n bender).

    p/s: I dah lama tak buat sambal belaC (lesong batu dah tumpul dan blender tak terblend cili yg sikit sangat; tak cukup piawaian untuk buat sambal belaC kekdahnya)

    BalasPadam
  14. Huhu....hanya mampu memandang asam pedas ngan sambal belacan itu sambil menghitung hari...

    BalasPadam
  15. Kakcik,
    Tengahari ni ...telan airliur tengok lauk kakcik.
    Kakak baru sebut nak makan lempeng nyiur ...kalau dekat umah kakcik boleh mintak skit..(eh...ada lagi ke)

    BalasPadam
  16. masakan ringkas yg di masak dengan penuh kasih sayang memang terasa sangat lazat bila di makan...

    sedap nye lempeng tu..terasa nk mkn lempeng lak ari nie...

    BalasPadam
  17. Salam Ain...

    makan panas2 lagi sedap. Tapi, bulan puasa ni, tak sempat nak makan panas2, sebab buat awal sikit. :)

    BalasPadam
  18. Salam CS..

    kakcik sekarang jarang guna lesung batu. Cik Pen anak Sonic tolong lumatkan. Hehehe...

    3 jenis sayur dok ada kan??? Baru kakcik perasan... :)

    BalasPadam
  19. Masak memasak ni Pak Nidus tak masuk campur, ni urusan orang dapur ler.

    BalasPadam
  20. Salam Mimi..

    sabar.. sabar... tak lama lagi bolehlah makan semua tu semula. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  21. Salam Salmi..

    kalau dekat, memang kakcik hantar sekeping ke rumah Salmi. Semalam kakcik tak buat habis pun bancuhan tu.. simpan separuh dalam peti sejuk. :)

    BalasPadam
  22. aa... lempeng kelapa buat IM teringat kat opah IM di alam berzakh....

    BalasPadam
  23. Salam Acu..

    kakcik pun pada mulanya memang teringin nak makan lempeng tu. Lepas tu bila jalan ke blog ibuintan, lagilah berkobar semangat nak buat dan makan tu.... :)

    BalasPadam
  24. Salam Pak Nidus..

    suami kakcik pun, kalau setakat tolong siang dan basuh ayam/ikan/daging tu dia buatlah - tapi bab masak, memang urusan kakcik 100%. :)

    BalasPadam
  25. Salam IM..

    semoga roh arwah opah IM tenang dan aman di sisiNya. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  26. kira menu berat lah ye utk buka.sekali makan tak perlu nak supper2 lagi..

    BalasPadam
  27. Salam Yan..

    anak2 kakcik selalunya mengulang makan sebab mereka tidur lambat / selepas tarawikh. Sahur nanti kakcik masak lain. Kalau ada lebihan berbuka, kakcik panaskan saja. :)

    BalasPadam
  28. Kak cik ooi,
    masakan tu bukanlah ringkas sgt kirenye berpeluh gaks nak menyediakannya. Menu yg lengkap dan meruntun selera tu! Nampak je dah sodap lom lagi dimakan.

    BalasPadam
  29. Salam noorlara..

    kalau dah makan, pasti terkenang2.. hehehe.. (iyola tuuu..) :)

    BalasPadam
  30. Salam Maiyah..

    Alhamdulillah.. ada rezeki untuk dijamah.. :)

    BalasPadam
  31. Salam en_me..

    biasa je... belum boleh buat bisnes.. :)

    BalasPadam
  32. harini agak2 berbuka apa plak kakcik..

    BalasPadam
  33. Salam Kak Pah..

    Tak tahulah lagi nak masak apa. Tengok dulu apa bahan yang ada. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com