Kawan-kawan kakcik

Rabu, 25 Ogos 2010

Janganlah ada lagi kes sebegini...

Kalau hari ini ada kes suami belasah isteri, esok dan hari-hari berikutnya akan ada lagi kes yang sebegitu.

Kalau semalam ada kes bayi dibuang atau dicederakan, hari ini dan hari-hari seterusnya akan terdengar ada lagi kes yang sama.

Janganlah kes yang satu ini, ada ekorannya di hari esok dan esok dan esok dan hingga bila-bila pun....


Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang berpegang teguh pada agamaMu, limpahkan kami dengan rahmat dan rasa kasih sayang.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.






40 ulasan:

  1. aduihai... pilu dan ngilu. Ramai sangat orang gila..

    BalasPadam
  2. Nauzubillah....

    Tak tau nak kata apa dah dengan masyarakat melayu malaysia ni...

    BalasPadam
  3. Salam kakpah..

    kita tahu punca cahaya, tapi kita tak berdaya menggenggam cahaya itu. Tidakkah boleh kita cari jalan agar cahaya itu dapat dimanfaatkan? Entahlah.. terlalu ramai manusia yang lebih selesa berada dalam kegelapan dari berhadapan dengan cahaya yang menunjukkan jalan dengan jelas.. :(

    BalasPadam
  4. Salam Isa...

    mungkin nanti akan timbul ayat 'saya mendengar suara...'

    suara apakah itu??? suara hati yang mati???

    Na'uzubillahhiminzalik.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik,

    Nauzubillah Min Zalik.


    sampainya hati...

    BalasPadam
  6. ramai sungguh suami2 yang gila sekarang.....kesian adik tu....

    BalasPadam
  7. memang hilang akal betulkan..kenapa lah boleh jd cam ni

    BalasPadam
  8. Salam Reen..

    tak tahu apa yang difikirkan oleh sibapa. Memang dia ada masalah mental, tapi tak mahu makan ubat.. :(

    BalasPadam
  9. Salam Alimaz...

    InsyaAllah, untuk adik itu - syurgalah tempatnya. Yang membunuh??? Entah apalah hukuman dunia ke atasnya...

    BalasPadam
  10. Salam Yan..

    kononnya sebab tak makan ubat penenang...

    Atau memang tiada secebispun ingatan kepada Allah Yang Esa di fikirannya? Wallahhuaklam.

    :(

    BalasPadam
  11. salam..tunggu kes pekerja belasah bos sebab bg arahan mengelirukan huhuhuhuh

    BalasPadam
  12. banyak sangat dah orang gila kat malaysia ni... memang gila betul ke, atau alasan nak selamatkan diri ye?

    BalasPadam
  13. Salam Sahrom...

    adakah sahrom pekerja yang dikelirukan itu??? Sabar dik... nanti jadi berita muka depan pulak.. bukana ada faedah pun! :)

    BalasPadam
  14. Salam KOG..

    hmmmm.. esok2 bertangguh2 la perbicaraan atas alasan 'sakit mental'... nak tunggu berapa orang lagi kena sembelih? :(

    BalasPadam
  15. apa nak jadi sekarang ni, kebanyakkan kes yang terbabit orang melayu yg semestinya beragama Islam, dimanakah keimanan dan ketakutan kepada hukum Allah....

    BalasPadam
  16. Salam ibuintan...

    masih Islamkah Melayu? Takut untuk memikirkannya.... :(

    BalasPadam
  17. Salam kakcik
    berita tu menyayat hati. Dengar lagu2 sedih, bertambahlah sedih. Syurga tempatnya budak tu, insyaallah.

    BalasPadam
  18. Tengok kat berita tv malam tadi, susah nak percaya. Sembelih kat bilik air, kan? Ntah apalah yang merasuk fikiran bapanya itu....

    BalasPadam
  19. masya Allah sedihnye tgk muka anak yg tak bersalah ni.. tergamaknye bapak yg kurang waras tu :(
    semoga kita dilindungi Allah dr kejadian sebegini ye kakcik.. amiinnn

    BalasPadam
  20. Salam CS..

    InsyaAllah, tempatnya di syurga. Tapi kesedihan memang tak terkata. Bayangkan bagaimana peritnya dia menanggung siksa saat menanti nyawanya diangkat ke langit. :(

    BalasPadam
  21. Salam Azie..

    apakah sibapa membayangkan dia menyembelih seekor ayam? Kalau dia tak waras, takkan dia boleh terfikir ungtuk menyembelih dirinya selepas menyembelih anak sendiri?? Kenapa tak terus sembelih je leher sendiri? Wallahhuaklam... :(

    BalasPadam
  22. Salam AzeedA (dah update blog ke?)..

    Comel budak tu, kan? Na'uzubillah - janganlah perkara begini terjadi lagi sama ada di kalangan keluarga kita mahupun siapa sahaja. :(

    BalasPadam
  23. ada penyakit baru, actually. Cerita sembelih ni dah banyak berlaku. Anak sembelih bapak, cucu sembelih nenek. Mereka2 ni (tak semua) sering mengalami halusinasi. Terdengar2 suara2 yg suruh buat itu ini. Jiwa bila kosong, fikiran kacau, syaitan dan jin suka menumpang. Nauzubillah...

    BalasPadam
  24. napela dia nak sembelih anak dia sendiri?? huhu!
    sembelihla ayam ke..kucing ke..itik ke..

    semoga Allah melindungi ahli keluarga kita dr penyakit2 kronik & penyakit2 berjangkit dan juga penyakit mental..aminn

    BalasPadam
  25. Seriau saya bila baca cerita pasal nii.. kalau saya jd maknyer.. maunyer saya hentam lelaki tuh dengan tukul kut...

    BalasPadam
  26. salam kak cik..

    semalam waktu menonton berita.. terus terkeluar dari mulut..

    astagfirullah...Allah....

    terkedu..sebab kanak kanak ini seusia Alya...

    Al Fatihah buat anak malang itu...

    BalasPadam
  27. salam kakcik
    sedih kan
    moga dijauhkan dari kita semua

    BalasPadam
  28. Salam Fa..

    bila jiwa kacau, manusia jadi meracau. Jika jiwa tak disiram zikir dan tasbih, ianya akan bersedih. Dibiarkan ruang-ruang kosong melopong, senanglah syaitan dan iblis menari rambong.

    Natijahnya, kenalah kita kembali menyusur asal diri, kembali mencari dan mengabdi pada Yang Hakiki... Wallahhuaklam.

    BalasPadam
  29. Salam Firuz..

    tak terbayang dek kakcik macamanalah anak kecil itu menggelupur kesakitan! :(

    BalasPadam
  30. Salam Mila..

    ataupun tikam-tikam sahaja dia, biar dia rasakan kesakitan itu.. :(

    BalasPadam
  31. Salam Ila..

    InsyaAllah tempat anak itu adalah syurga. Tapi cara kematiannya amat tragis!:(

    BalasPadam
  32. Salam Cheqna..

    memang sedih. Makin ramai manusia yang hilang pertimbangan dan keseimbangan! :(

    BalasPadam
  33. sedih angah tengok budak nie.... la cian dia

    BalasPadam
  34. fikiran akan jadi tak waras bila iman tiada di dada. Kes ni lebih kurang sama dgn kes ibu jerut leher dua anak dgn wayar seterika gara2 marahkan suami ada affair dgn ppuan lain. Bodoh, marahkan suami, anak jd mangsa. Cuba kalau mengadu kepadaNya, mesti dia dgr, fikiran insya Allah akan tenang

    BalasPadam
  35. Angah..

    memang menyedihkan. :(

    Sayangilah diri dan keluarga anda.

    BalasPadam
  36. Nanie...

    hmmm... kenapalah marahkan nyamuk kelambu dibakar, kan? Carilah puncanya bagaimana nyamuk boleh membiak.... Bila fikian kusut, andai tidak ditenangkan dengan menyerah kepada ketentuanNya, macam2 perkara yang tidak elok bakal terjadi. :(

    BalasPadam
  37. psstt kakcik.. ade la updet sikit.. ;)

    BalasPadam
  38. Azeeda..

    kakcik dah TERhilang la link tu... boleh invite balik tak??? huhuhu.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com