Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 28 Ogos 2010

Hei KAMU!

Semalam dia bertanya lagi tentang KAMU
aku cuba pura-pura buat tak tahu
suara dia mendayu-dayu
tapi tidak mencairkan hatiku yang beku

Hei KAMU
mungkin hatimu pun sekeras batu
kerana itu kau tetap membeku
walaupun berkali-kali namamu diseru

KAMU tahu macam mana garangnya aku
walaupun kadangkala aku ini terlalu sendu
tapi saat waktu bagaikan kematu
hati ini terus menggerutu

KAMU tahu apa jawabku?
kukatakan aku tidak tahu
KAMU pergi bukan aku yang mengusir dulu
Tapi KAMU yang bertindak bagaikan siulat bulu

Kukatakan kepada dia
Berhentilah dari bertanya-tanya
Anggap saja KAMU sudah tiada
Sebagaimana kamu menafikan haknya....


14 ulasan:

  1. rasanya...kita faham apa kisahnya ...kak cik..sabar lah...

    BalasPadam
  2. Salam Ila..

    hanya KAMU itu yang enggan faham! :(

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wbt
    Teman ni bukanlah `kamu` yg kokcik maksudkan. Tapi teman aje nye tahu kokcik mmg cengei` dari dedulu kalo nengak ghaut muka. Teman pun idak le nak mencelah, bertanggak lelama, takut teman pulak yg di siuh jejauh..

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Yop..

    walopun teman ni cengei.. idokle teman gile nok maghohkan oghang tak tentu kehala.... hehehe...

    BalasPadam
  5. kekasih lama?
    kenderaan lama.?
    heee..

    BalasPadam
  6. Reen..

    sebenarnya, dah selalu kakcik kongsikan.. mungkin ada yang dah naik muak membacanya! Tapi kakcik suarakan juga di sini.. harap2 KAMU itu TERSEDAR...

    BalasPadam
  7. salam kakcik,

    sama2 kita doakan 'KAMU' diberi petunjuk dan jalan......

    BalasPadam
  8. Salam Ain..

    moga dibukakan pintu hati KAMU itu...

    BalasPadam
  9. Salam Mizah..

    tak mengapa.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.