Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 Ogos 2010

Catatan Tanpa Gambar...

Ini kisah semalam petang
Sampai rumah hari masih terang
Masuk ke dapur, tiba-tiba jatuh terlentang
Sakitnya badan bukan kepalang

Namun tugas tetap diteruskan
Masak memasak tanpa dirancang
Siap juga mi kari dan agar-agar sedulang
Sotong goreng tepung dan bawal masam manis siap terhidang

Sebelum Isyak bapaku datang
Dihantar adik yang akan berangkat pulang
Ke rumah mertua yang di jengah jarang-jarang
Selamatlah dalam perjalanan pergi dan pulang

Malam tadi terasa panas
Badan berpeluh hingga melengas
Dipasang pendingin hawa bapaku rimas
Terpaksalah aku bertemankan kipas

Pagi ini rasa tak selesa
Hidung berair bukan selsema
Sekejap lagi nak dengar  ceramah agama
Harap-harapnya tidak terlena.....


34 ulasan:

  1. Salam,

    Maaf... pantun2 tak pandai.. hahaha..

    Jatuh terlentang apasal pulak..??? Tak check Dr. ke...??? Slipdics tu baru lagi kan...???

    Pun begitu..., sempat jugak buat Mee Kari..???

    Cayalah kakcik... superwoman...

    BalasPadam
  2. Salam my lovely KakCikS..:)

    Aduhaiii sisss....camne leh jatuh terlentang tuuuu!!:(
    kalau ada masa tuu cuba2lah berurut yaa..bimbang kut tak sakit hari ni..kesannya mungkin nanti2..

    next time...hati2 yaa sis!

    BalasPadam
  3. Salam Isa...

    tak perasan ada air atas lantai! Memang risau sangat dengan belakang kakcik ni.. tapi setakat ini rasa sengal2 sahaja. Harap2 tidak memudaratkan.

    BalasPadam
  4. Salam Tinie Sayang...

    Kakcik ni jenis kalau balik ke rumah, terus menonong ke dapur. Rupanya atas lantai tu ada air dan licin (suami tak mop betul2 la tu...)

    BalasPadam
  5. kalau terlentang lagi .. lain kali guna topi keledar ! hehe

    apalah saya ni .. bukan nak simpati tapi gelakkan pula.

    bila kakcik bergurindam, teringat blog lagi satu.

    BalasPadam
  6. rajin betul Encik Suami tu....
    pssstt..dah ok dah hari ni??!!!

    BalasPadam
  7. Salam Kak Cik,

    suka baca ni..ulang2 dah ni..



    Sakit lagi ke kak ? Biasanya dua tiga hari baru sakitnya datang..

    BalasPadam
  8. Kakcik jatuh terlentang...? kalau saya, hari ini dah tentu takleh bangun, pasti sakit seluruh badan.
    Harap - harap kakcik sihat.

    BalasPadam
  9. salam kak cik..

    better pegi cek semula kak cik...
    bahaya...

    BalasPadam
  10. salam kakcik,
    kesiannya kakcik smpai jatuh terlentang tapi sakit2 tetap jln kan kewajipan.
    byk juga lauknya. baca je dah mcm nmpak sedap belum lagi nengok gambo.

    BalasPadam
  11. Salam Kanda AL..

    huhuhu.. sampai hati tau.. (sebelum lupa - kawan tu tinggal di Nilai Impian)

    Bukalah balik rumah yang sana tu... :)

    BalasPadam
  12. Pn Dr..

    Alhamdulillah - suami yang boleh dibanggakan tahap kerajinannya!

    Semput pulak ni.. nafas berbunyi.. :(

    BalasPadam
  13. Salam Mizah..

    Harap2nya begitulah, InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  14. Salam Reen..

    terima kasih kerana suka baca coretan kakcik tu.

    Adalah rasa sengal2. Harap2 tak melarat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  15. Salam Salmi..

    InsyaAllah.. tak teruk rasanya. Mudah2an Allah bagi kakcik kekuatan tambahan dua tiga hari ni, bapa duduk dengan kakcik. :)

    BalasPadam
  16. Salam Ila..

    kakcik tunggu rasa sakit dulu! ;-)

    BalasPadam
  17. Salam Zue..

    disebabkan semalam kakcik memasak sambil tahan rasa sakit, jadi mood nak ambil gambar tak ada.. :)

    BalasPadam
  18. aduh kak....sakit tu..
    restla kjp hr ni kak

    BalasPadam
  19. Salam Mimi..

    kebetulan hari ini Jumaat, panjanglah sikit waktu rehat. Boleh lepak2..:)

    BalasPadam
  20. ammvoii kak cik teww.. fantun ghitewww

    BalasPadam
  21. Salam en_me..

    hehehe.. bila malas nak mengarang panjang2, begitulah jadinya.. :)

    BalasPadam
  22. Salam Kakcikseroja,

    Jatuh betul-betuk ke jatuh di katil sebab kepenatan berkerja, dah tu sempat memasak pula sekepas jatuh.

    Harap tidak memudaratkan puasa pada hari ini...

    BalasPadam
  23. Salam Hj Zed..

    jatuh terhentak kat lantai dapur! Masak kena juga - patah sayap bertongkat paruh .. :)

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum wbt
    Dah tetuwe ni kokcik, bab terlena ni bukannya buleh dibuat2. Kalo ya pun terlelalp, sedor je bingkeih teringat ada koghoje yg belum slesei!
    Tapi bila nak dengor je ceramah, berkuap2 mmg mcm disorongnya soh je tidornya.

    BalasPadam
  25. Teringat my kakak ipar. Ada anak 4 orang gak, semua lelaki gak. Dia selalu kata, sampai tua ler tak kering tangan, sebab asyik dia sorang jer yang ke dapur.

    Anak dara takda pulak nak minta tolong kupas bawang atau basuh pinggan. heheeh

    Selamat berehat Kak Cik...

    BalasPadam
  26. Wa'alaikummussalam Yop..

    eiimok.. tak peghonah dibuatnya macam aghi ni.. memang teman telentok2 masa nengo ceghamoh. Nasib baik le penceghamoh yang kedua tu gheti naghek peghatian orang.. ilang juga ngantuk teman.. Nak kata setan bersenggayut.. setan doh kena ikat..

    BalasPadam
  27. Salam Azie..

    dah rezeki kakcik macam tu.. redha ajelah.. Harap2 kalau sempat bermenantu nanti, biarlah menantu yang boleh membantu. Buatnya dapat menantu hantu bak kata orang, memang tak kering air tanganlah kakcik sampai padam!

    Kalau ngadap pc ni, kira berehatlah ni.. (walaupun kadang2 sambil tunggu gulai masak kat dapur) :)

    BalasPadam
  28. selamat malam kakcik,lama tak kunjung blogmu..selamat berpuasa ya :)

    BalasPadam
  29. kakcik jatuh ke???
    sian nye...abis tu ok ke x nie???
    semoga kakcik x apa2..

    BalasPadam
  30. Salam Acu..

    InsyaAllah.. kakcik tak apa2.. :)

    BalasPadam
  31. siannya kak cik jatuh, mesti sakit kan....

    dalam pada sakit tu sempat lagi masak untuk berbuka...

    cayalah kakcik....

    moga cepat sembuh hendaknya...

    BalasPadam
  32. Salam Ain..

    tanggungjawab seorang suri dan ibu kena dilaksanakan juga tambahan kakcik tidak pernah punya pembantu. Alhamdulillah, Dia kurniakan kakcik kekuatan.

    Terima kasih untuk doa.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com