Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Julai 2010

Semput...

Tidur tak begitu lena.  Bangun pagi rasa tak selesa.  Nafas  tersekat-sekat. Tercungap-cungap. Dah beberapa hari air hidung asyik meleleh.  Badan rasa berat sangat (memang berat pun, dah masuk tahap obes).  Hari ini ambil cuti kecemasan (malas nak ke klinik).  Sedut sahaja ventolin.  Sekejap lagi tarik selimut.



44 ulasan:

  1. salam kakcik.....

    ummi doakan kak cik cepat sembuh ...

    BalasPadam
  2. slamat pagi kakcik,
    sama masalah kita malam tadi.. tidur yang tak lena, kakcik mungkin sebab terlalu penat dan mungkin sebab badan tidak berapa sihat..
    rehat yang secukupnya

    BalasPadam
  3. Cepat sihat ye :) jom kita tarik selimut sama2....ooooo lala...sejuk hehehe

    BalasPadam
  4. Salam ibuintan..

    mungkin juga - penat hujung minggu yang belum habis..

    BalasPadam
  5. Ms Lilies...

    jommmmmmm... tutup lampu, pasang pendingin hawa.. kosongkan fikiran... bum! :)

    BalasPadam
  6. Salam KakCik
    Tak sihat ke? Ubatnya memang patut bum dan tarik selimut. Selamat bermimpi yg indah2 :-)

    BalasPadam
  7. Pn Sri... hahaha.. memang dah obes - nak pergi potong usus la! :)

    BalasPadam
  8. Salam CS..

    jangan lupa doakan kakcik bangun semula.. buatnya bum tak bangun2 kang, susah juga.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  9. Salam sayang Kakcik ..

    Dah sedut ventolin , kejap lagi oklah tuh .. selesa ..

    Rehat yea ...

    BalasPadam
  10. salam,

    tidur untuk menembalikan kecergasan...bukan untuk bermalas-malasan. Moga cepat sembuh.

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik
    Baru nak bertandang... Kakcik tak sihat pulak....Semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  12. dalam selimut ada kawan takk.. ekeke

    BalasPadam
  13. Salam sayang LiNda..

    selepas sedut ventolin tadi, memang rasa lega tapi gigil..:)

    BalasPadam
  14. Salam Cikgu..

    bila bangun ni, memang rasa agak cergas. Tapi, nak bermalas2an juga.. tadi seperti biasa bangun 4 pagi untuk urusan rumahtangga. Ingat nak ke pejabat juga pagi tadi, tapi rasa tak larat. Itu yang ambil cuti kecemasan...

    BalasPadam
  15. Salam Mama..

    terima kasih kerana sudi singgah. Karim macamana? Setiap hari kakcik singgah kat rumah Mama dan tumpang rasa gembira bila baca kisah Karim yang tabah dan semakin pulih. :)

    BalasPadam
  16. en_me.. mestilah ada... namanya En. Bantal. :)

    BalasPadam
  17. Echam..

    memangpun sedap.. kakcik tidur tadi lena sungguh. Dua jam kakcik tidur rasa lama sangat. :)

    BalasPadam
  18. owhh..kakcik ada semput ke...?
    moga2 cepat sehat...rimas kan..?
    kalu tak sehat...
    tp sbnrnya itu mendekatkan kita pd Nya...

    BalasPadam
  19. kakzaa..

    semput ni dah kakcik 'bawa' selama lebih 20 tahun, cuma sekarang agak kurang - kadang2 samapi masuk wad. Iya, DIA mengingatkan kakcik yang selalu leka...

    BalasPadam
  20. Salam Reen..


    hehe.. kakcik sedang bersenang lenang sekarang.. rasa rileks sangat walaupun dada ni masih rasa perit! :)

    BalasPadam
  21. Mana ada kak cik obesiti! Kalau kak cik obesiti, vic ni kategori apa lak.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  22. Vic...

    perasanlah tu... Vic tu banyak kurusnya dari kakcik tau! :)

    BalasPadam
  23. kakcik pegi laaa klinik amik nebulizer tu... pastu makan prednisolone... nuelin & montelukast pon kena makan gak... jangan harapkan ventolin tu aje almaklum laa cuaca sekarang tak menentu so semput tu pon ikot tak menentu gak datangnya... lg 1 petua, jangan makan sayur waktu malam... InsyaALLAH kakcik bley rasa perubahannya nanti..!!!

    BalasPadam
  24. kalau sempit sangat.. terus gi klinik ya!!

    BalasPadam
  25. Salam KakCik,

    Banyak rehat dan semoga cepat sembuh.

    Semalam kuliah agama di masjid tempat saya bertajuk "Ubati Penyakit Dengan Al-Quran dan Hadis".

    1) Untuk penyakit Asthma/Semput caranya ambil 7 biji garam kasar, bacakan Ayat Qursi 70 kali.

    (apa istilah terbaik untuk garam kasar biji/ketul...??? ha.. ha.. ha.. hentam saja..)

    Kemudian amalkan memakannya seketul satu hari, setiap kali sebelum makan selama 7 hari berturut2.

    2) Amalkan zikir nama Allah iaitu Al-Bari sebanyak 100 kali setiap hari (bersamaan 20 kali setiap Fardhu). Insyallah... akan dikeluarkan segala penyakit dari tubuh badan. (Jadikan amalan harian hingga ke akhir hayat)

    Kata Ustaz tu... segalanya sudah di ajar oleh Allah melalui Al-Quran dan oleh Rasulullah melalui sunnah dan hadisnya hanya kita saja yang tidak YAKIN...???

    Sekadar berkongsi maklumat dan Selamat mencuba... yang penting harus YAKIN dengan setiap amalan kita dan jangan putus asa.

    BalasPadam
  26. iCe (baru cair, ya?).. :)

    lama tak singgah ke sini. Terima aksih atas cadangan tu. Baru teringat, malam tadi kakcik makan sayur dengan banyaknya.. mungkin betul juga, tu.. :)

    BalasPadam
  27. Pn. Dr..

    kakcik pernah kena marah dengan Tn Dr.. 'aiya.. nasib baik aa.. you punya rumah dekat dengan ini hospital.. you mau mati, ka???'... ish! :)

    BalasPadam
  28. Salam Isa..

    terima kasih atas maklumat yang dikongsikan. Betul kan? Segala penawar telah diturunkan melalui Al Qur'an.. mengapalah kita selalu tak mengambil kisah.

    Hehehe.. betullah penjodoh bilangan untuk garam tu - biji@butir. :)

    BalasPadam
  29. kakcik ada asma ke??semoga kakcik cpt sembuh ya..

    BalasPadam
  30. salam kakcik

    kakcik sakit asma ye ? makanlah ubat seperti biasa.

    tiap penyakit ada ubatnya kecuali tua !

    BalasPadam
  31. hahahaa pasa makan sayur tu saya tak bape percaya sangat masa mula2 saya dengar tapi saya cuba amalkan kat anak saya & alhamdulillah dia dah kurang kena asma... asma anak dara saya ni kronik skit... takat pump tu bukan ventolin je... mula3 pakai inflamide pastu upgrade ke seretide & sekarang ciclesonide plak... susah nak menjaga pesakit asma ni... rumah & everything kena superclean... hahahaa

    BalasPadam
  32. salam kak cik....jangan lupa makan ubat ya....semoga sihat2 hendaknya...

    BalasPadam
  33. @cu.. bila dah berehat panjang ni.. rasa sihat pulak :)

    BalasPadam
  34. Kanda AL...

    ya.. hanya tua dan mati, tiada ubatnya. :)

    BalasPadam
  35. Ice.. sebenarnya banyak yang boleh menyebabkan athma ni datang 'menyerang' pengidapnya.. antaranya - habuk/cuaca terlampau panas @ sejuk dan tekanan perasaan @ terlalau letih!

    BalasPadam
  36. Salam Alimaz..

    Alhamdulillah, petang ni kakcik rasa lebih sihat. :)

    BalasPadam
  37. Salam my lovely KakCikS..:)

    Alhamdulillah...:)
    sihat sudah KakCikS...mesti dah bisa tersenyum ceria nihhh...:):)

    BalasPadam
  38. Moga cepat sembuh.. rehat la secukupnya.

    BalasPadam
  39. Salam Acik.. pagi ini bangun seperti biasa dan akan bersiap2 untuk ke tempat kerja... :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com