Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 9 Julai 2010

ESQ haram

Artikel asal : BERITA HARIAN


Mufti Wilayah Persekutuan isytihar modul motivasi seleweng akidah, syariat Islam

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang sudah disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Muftinya, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, menandatangani warta yang mengharamkan modul program motivasi itu pada 10 Jun lalu mengikut subseksyen 34 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1953, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun lalu, program ESQ yang diasaskan warga Indonesia, Ary Ginanjar Agustin, diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami atau mentafsir nas agama (al-Quran dan sunnah) dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama. Mengikut warta itu, kedua-dua fahaman itu adalah sesat dan membawa kepada kekufuran.

Ciri penyelewengan lain adalah;

* Mendakwa semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian;

* Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Bud-dha;

* Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dan Islam;

* Menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik atau buruk sesuatu perbuatan;

* Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan triple one. Ini adalah tafsiran bidaah dan sesat; dan

* Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik.


Menurut warta itu, dakwaan semua nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian bercanggah dengan akidah Islam mengenai nabi dan rasul. Mengikut akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah SWT semata-mata dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan, manakala konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kerajaan melalui agensinya kini memantau program berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Sehingga kini hanya Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa itu dan negeri lain belum membuat sebarang tindakan. Bagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab seperti mufti dan Jakim akan membuat siasatan terhadap syarikat ini, katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak projek surau Kampung Limau, Pantai Dalam dan tapak cadangan Masjid Tun Rahah, Kerinchi, semalam.




25 ulasan:

  1. macam macam cara nak selewengkan akidah org islam, bila kita menerima tp tidak teliti kan?

    BalasPadam
  2. Sya..

    kadang-kadang kita terpengaruh dengan pembawa dan kita langsung tidak menetili apa yang dibawa. Mengikut membuta tuli sehingga lupa pada Ilahi.

    BalasPadam
  3. pernah ke kcs join program ESQ? Kawan-kawan IM kata bagus.

    IM pun konfius pulak dengan fatwa ni. Hmmmm....

    Wait n see!

    BalasPadam
  4. Salam IM.. kakcik tak pernah menghadirinya. Kakcik sekadar berkongsi apa yang kakcik baca di bharian online pagi ini. :)

    Mungkin dalam kita asyik mengikuti apa yang kita kata baik itu, tanpa sedar ada 'pemesongan' di sebaliknya. Jadi, sebaik2nya kita berhati-hati dan tetapkan iman mengikut ajaran agama Islam yang sebenarnya.

    BalasPadam
  5. salam Kakcik...

    sy dah dgr lama ttg ESQ ni, tp masa tu tkde sapa2 yg mengkaji modulnya. Ramai yg pergi golongan atasan & terkenal.. tu cara2 ESQ nk tarik peserta lebih ramai. Yg pergi ramai yg ckp bagus.. tp tu la, kalo iman & takwa dah bgs.. tk perlukan program sebegini. hmm.. {owh sekadar memberi pendapat jek}

    BalasPadam
  6. salam,

    InsyaAllah, Allah selamatkan rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  7. saya pun tk pernah hadir ESQ..tp selalu mengikuti perkembangannya...tp mungkin cara penyampaiannya dan gayanya...mnybbkan ia difatwa haramkan...sbb yg bercakap dan jd motivator tu bukan dr golongan orng2 yg pandai ugama atau ulamak...mereka sekadar mengkaji dan pengkaji..

    sekadar pendapat

    BalasPadam
  8. Salam Cyana..

    kalau tiada iman di dada, sukar untuk membezakan yang betul dan yang salah. Kalau sekadar memandu kenderaan tanpa ada ilmu pemanduan tak mustahil kereta yang dipandu terhumban ke gaung. Wallahuaklam.

    (kakcik juga sekadar memberi pendapat berdasarkan akal yang pendek dan ilmu yang cetek)

    BalasPadam
  9. Salam Cikgu..

    Amin. Janganlah tertimpa bala ke atas kita kerana kesilapan yang tidak kita sedari atas kejahilan kita sendiri. Semoga Allah Yang Maha Penyayang melimpahkan kasih dan rahmatNya ke atas kita semua. Amin.

    BalasPadam
  10. Salam kakzaa..

    bila orang yang tak tahu berenang dijadikan pengawal pantai - maka, tunggulah akibatnya!

    BalasPadam
  11. astarafilrulllahalazimmmmm..
    dunia..dunia... dah semakin canggih dunia nie semakin banyak penyelewengannya......ermmmmm

    BalasPadam
  12. Salam Kak,


    terperanjat jugak dengar kat berita pagi tadi.

    kena gugel lagi lah saya lepas ni kalau nak tahu lebih detail.

    BalasPadam
  13. Salam Angah..

    dunia punya dalam.. macam2 cerita juga ada! semua orang nak senang dalam segala hal...

    BalasPadam
  14. Salam Reen..

    eloklah cari maklumat yang lebih jelas, takut kita baca separuh2, lain pulak jadinya, kan? :)

    BalasPadam
  15. jangan mudah percaya sangat sekarang ni....

    fatwa tu bukan dikeluarkan tanpa penelitian .

    apapun kita mesti hati-hati dalam zaman serba mencabar ini.

    BalasPadam
  16. Abu Muaz..

    kadang2 kita pun jadi keliru - mana betul mana salah. Apa2pun kembalilah kepada hukum yang ditetapkanNya. :)

    BalasPadam
  17. teliti dgn betoi2..
    baru buat kenyataan akhbar..
    dikedua pihak ada ulamak yg disegani...
    bincang dulu...
    yg dok pi hebah kat paper then..?
    ada pihak yg menyalahkan ppihak lawan..
    hasilnya..?
    orang lain keliru dan nampak pelik...

    BalasPadam
  18. perak kata tak salah pula ni kakcik...peninggggggg kita.

    BalasPadam
  19. malam tadi, Dr. Mashitah kata nak review semula..

    hmmm~

    BalasPadam
  20. Keliri le plak, hampir menghadiri kursus tersenut tapi tertembung dengan kursus di Kijal dulu. Bayarannya mahal tapi banyak yg dengarnya amat terkesan dan sedear betapa nipisnya iman mereka. Pernah mendapat pujian dari seorg mufti jugak dengarnye yg kebetulan menghadiri kursus ESQ tu.

    BalasPadam
  21. bila disentuh LIBERAL itu boleh meyakinkan..
    yakin percaya.
    kalau ada 40 positif tetapi jika lari akidah nak buat macam mana..ulamak Malaysia yang arif..

    BalasPadam
  22. ESQ? Pernah dengar tapi tatau apa tu... teruknya vic ni. Malu!

    BalasPadam
  23. pihak Malaysia melihat dari sudut keselamtan..oleh itu kita kena redha..

    mohon Illahi tidak hidupkan gunung berapi di Malaysia..


    LIBERAL...

    BalasPadam
  24. apakebendanya ESQ ni...
    jap..
    nak gugel...
    MCQ kita tau...

    BalasPadam
  25. Ramainya yang dah menyertai program tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com