Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Jun 2010

Makan-makan di Al Rawsha





pencuci mulut (cuci ke mulut lepas makan kalau tak berkumur?)

lampu siling yang cantik

hidangan ini cukup untuk dimakan oleh 4 - 5 orang yang tak kuat makan

roti ini pun boleh dimakan 3 -4 orang

suami dan anak-anak panggil air ini sebagai 'air arab'

banana shake

anak-anak enak menjamu selera



Waktu balik - jalan sesak.  Dari Pandan Jaya (kawasan rumah Azie) ke Taman Kencana yang sepatutnya tak sampai pun sepuluh minit, jadi hampir sejam..  budak-budak pun boleh jadi lapar balik...


10 ulasan:

  1. nasib baik jalan sesak masa balik, kalau masa pergi mahu patah balik agaknya !

    sedap2 sungguh nampakanya nasi arab tu.

    BalasPadam
  2. Kanda AL..

    itupun sebab dah tersekat, tak boleh nak 'cilok' ke mana-mana lagi.. rasa macam nak terbang je! :)

    BalasPadam
  3. Wah! makan nasi arab kat restoran arab ye.
    Minta maaf ye kakcik saya tak dapat ikut...(ayat double meaning ni).

    BalasPadam
  4. Salam Salmi..

    hehehe.. tak mengapa. Lain kali kita 'pergi makan' sama-sama. :)

    BalasPadam
  5. wah nmpak brselera...mcm teringin je.

    BalasPadam
  6. jom Zue...

    kita makan sama-sama. Semalam layan anak-anak je.. hari ni, kita pulak pergi makan. :)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt
    Ate teman nengok kokcik ni, hari2 nyemedang belanja besor! Isyyh kalo ikut dgn pghidupan teman ni, nak makan luwor ni pikior 3-4 kali. Maklumle oghang dewek2, kena jimat cermat perbelanjaan. Bile teman masak2 sendiri, rasa2 lebih kurang je (gamok2nya le).Tapi teman cukup terhibur dgn aktiviti2 kokcik bila kokcik bertandang kedei makan di KL.
    Makin hantaplah kokcik sekeluarga!

    BalasPadam
  8. Wa'alaikummussalam warrah matullah Yop..

    aghi tu teman makan2 kat luwo sebab belanja Angah ngan kengkawannya.. Semalam tu, bawok adik ipo teman ngan 2 anaknya yang datng ke sini daghi Ipoh sempena cuti sekolah ni. Deme tu teman jumpa dalam setahun adela sekali dua.. kesian kat anak2 sedaghe teman yang 'tak berayah' tu... Lagipun suami teman tu, kalo ada duit memang tak kedekut bab makan.. itu yang dah menughun kat Along.. ada duit, makan je hadapnye.. Kalo selalu, idakle keme mampu, yop! Tumpo juge le jawapnye... :)

    BalasPadam
  9. DrSinga..

    bukan roti canai. Tapi kita pun tak pasti apa namanya. Agak liat dan garing. Kalau Along ikut sekali, mungkin dia faham - sebab dia boleh berbahasa Arab.. mak dan ayahnya, cuma tahu BM.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com