Kawan-kawan kakcik

Ahad, 13 Jun 2010

Ke Kota Bharu..

Jumaat (11/06/2010) - Petang ini akan ke Kota Bharu bersama suami dengan penerbangan Air Asia yang dijadualkan akan berlepas jam 3.50 petang.  Jam 12.00 keluar rumah dihantar Along, Bangcik dan Adik.  Singgah untuk solat Jumaat di Masjid KLIA.  (Aku sedang bercuti...)
 burung pun kusyuk mendengar khutbah
tapiiiii... adik ni buat apa pula? Waktu jemaah dan rakan-rakan pelatih PLKNnya solat, dia main sms (dia pun cuti macam aku, kot?)

Masa nak ambil gambar kapalterbang naik, Cik Kam tiba-tiba meragam - jem sampai habis bateri!.

Dah masuk dalam perut kapalterbang, tiba-tiba terdengar pengumuman, terdapat masalah dengan menara kawalan KLIA. Penerbangan ditunda hampir satu jam. Akibatnya, kami sampai lewat.  Terus ke hotel dihantar kawan suami yang telah lama menunggu.
bilik 419, Hotel New Pacific
 ini kalau gantung di rumahku, mahu ranap terus rumahku itu...
Ketika sedang mandi, suami menerima panggilan supaya segera menghadiri mesyuarat. 

Sabtu (12/06/2010) - Seawal 7.00 pagi, suami keluar dari bilik untuk urusan Futsal - merebut Piala Pengarah Urusan BERNAS.  Kontijen Bernas dari seluruh Malaysia berkumpul di sini.

Aku cuma memerap di bilik.  Malas nak menyibuk! Puaslah baring, tergolek, terlentang kat dalam bilik tu.  Betul-betul punya rehat....

layan 'jangan lupa lirik'.  Sampai terikut-ikut Aznil dan peserta tu mengeluarkan airmata
 lepas tu, ambil gambar awan... gambar bangunan..
Disebabkan malas nak turun bersarapan sendirian, aku hanya makan roti dan bancuh air panas.  Tengahari, bila rasa lapar baru aku turun makan di restoran Kopi SiangMalam.
cuma  makan nasi goreng dan minum air laici
 hehehe....  aku kan sopan.. jadi taklah makan sampai licin... ;-)
Tak lama kemudian, suamiku dan kawannya datang menjemputku untuk ke kedai barang-barang permainan.  Dah berjanji dengan Adik dan Bangcik untuk beli kereta kawalan jauh.
Dari situ, kami terus ke gelanggang futsal.  Acara di sini berakhir jam 5.00 petang.

bos-bos dan AJK sedang 'bermain' sementara menanti perlawanan akhir berlangsung

Juara kejohanan ini akhirnya jatuh ke 'kaki' pasukan Sarawak. Tempat ke 2, 3 dan 4 jatuh kepada pasukan dari Kedah. 

Hafiz - antara tonggak pasukan Sarawak.  Tahniah Fiz... Adik terkilan sangat tak dapat jumpa dengan Abang Apiznya.. :)
Aku dan suami keluar dari hotel jam 6.00 petang.  Tak sempatlah suami hendak menyertai majlis makan malam dan penyampaian hadiah dijadualkan pada 8.30 malam. Penerbangan balik yang dijadualkan jam 9.55 malam, terlewat lebihkurang 15 minit.

Sampai di LCCT, jam 11.15 malam.  Along dah sedia tunggu.  Tiba di rumah dah lewat tengahmalam.  Layan lagi Adik dan Bangcik yang 'menuntut' kereta kawalan jauh mereka.  Entah pukul berapa baru terlena....

Minggu depan suami akan ke Kedah lagi. Pergi pagi balik malam sahaja.  Jadi, tak perlulah diiringi!  Nasib baik kerjanya tak perlu ke luar negara - setakat jadi pemandu, apalah sangat kan?? :)

hmmmmmm... macam inilah jadi 'pengawal peribadi'.  Kadang-kadang seronok, kadang-kadang bosan...

21 ulasan:

  1. Salam my lovely Sis..kakCikS..:):)

    Menjerittt tinie bila baca n3 akak ni..rupanya kita di tingkat yang samaaaaaaa!!!bilik tini 422!!!!!!!!
    cuma tinie ke KB hari khamis..baliknya semalam,Sabtu!!!aduhaii...!!!!

    BalasPadam
  2. Assalamualikum kakcik
    untung gak jd bodyguard ni kan...best dpt bercuti2 malaysia..
    wahh...kalau awal2 lg kakcik dn tinie tahu nk stay tempat yg sama mst gempaq kan...

    mcm ida dgn akak@rahmah,kerap berselisih bila balik melaka...lom ada jodoh.

    BalasPadam
  3. Tinieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... haaa....huhuhuhu.. kan kakcik dah menjerit sama... kita berjiranlah maknanya Jumaat ngan Sabtu tu! sampai hati tak nak bagitahu awal2....

    Tinie check out pukul berapa?? :(

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Ida.. itulah namanya tak ada jodoh! :(

    BalasPadam
  5. OKlah kan kak..

    Janji boleh jalan..


    * abg ipar dulu jd bodyguard Datin Rosmah. kena guard anak2 dorang.selalu sangat kena ke oversea tp dah berhenti dah setahun lebih dah. terkejar2 nak solat kata dia..

    BalasPadam
  6. Salam! kokcik,
    Jadi pengawal peribadi ni ada 2 jenih. Satu tu mmg kawal mkn mium saknike benda yg nyangkut paut ttg kekurangan zahir dan batin. Yg keduanya, ada yg jadi `bouncer` , mane yg nak kughang hajor sgt! Mane ke satu?

    BalasPadam
  7. Reen.. hehehe...

    ok juga, kan? Kakcik jadi pengawal peribadi suami je. Kalu jadi pengawal peribadi 'orang-orang besar' lagilah payah.. :)

    BalasPadam
  8. Salam Yop..

    teman yang pertama tu je.. mana gayenye nak jadi bouncer.. ngangkat tangan pun tak beghape nak laghat! :)

    BalasPadam
  9. rehatkan minda ye tak kak.. dah lama x gi kota bahru ni..

    BalasPadam
  10. Hai seronok tu kakcik berdua je...tanpa anak - anak .Boleh hilang stress sekejap.

    BalasPadam
  11. Salam sekali lagi buat my dear KakCikS...

    Aduhaii..tinie check out rasanya kat2 kul 8.30..sbb lepas tu ke Pasar then ke Parkson jap!!
    Huhuhuhuhu..........!!!
    tak terkata dah niiii....:(
    Wuuuuuaaaaa!!

    BalasPadam
  12. Maiyah.. ha.. betul2 rehat kakcik kat sana. Bila balik ke rumah - aduhaiiiii... :)

    BalasPadam
  13. Salami.. kejap je.. pas tu migrain pun datang balik.. hahaha.. :)

    BalasPadam
  14. Tinie sayang..

    kakcik asyik terkenang2 saja ni.. entah2 kita dah pun berselisish bahu! huhuhu..

    BalasPadam
  15. Wahh seronoknya... dapat berjalan.

    Walaupun penat dan cuma sekadar pengiring.

    Bila lagi nak berjalan lihat tempat orang. Sementara ada peluang ni...

    BalasPadam
  16. Azie.. iyalah.. sementara orang nak bawa, ikut sajalah... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com