Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Jun 2010

Aku yang mudah lupa

Terlupa merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah tempat aku menumpang selama dua malam di Kg. Spaoh.  Malangnya tiada pula gambar besama Cikgu Bolhi, yang ada gambar bersama isterinya, Cikgu Haziah.  Terima kasih banyak-banyak cikgu. Kalau datang ke KL, jangan lupa hubungi akak, ya? :)

16 ulasan:

  1. pisang emas di bawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    hutang credit card boleh dibayar
    hutang budi dibawa ke mati..


    kan kak ?.. kawan macam ni lah susah nak dicari.

    BalasPadam
  2. Reen..

    apa ditakut kepada pacat
    kalau takut jangan ke rimba
    hutang along disimbah cat
    hutang budi tak mudah dilupa

    BalasPadam
  3. Salam! kokcik,
    Alah, ni dizaman teknologi le kokcik, saknike benda ade munkalor kita nak ucapkan terima kasih. Idak le dizaman teman ke sane dedulu, ghase2 dah beghatuih ghomah teman bertanggak, sampei dah tak ingat name2 mase tu pulok ghamei yg tak mandang telepon! Apa2 pun teman idak kan lupe bageikan rambut bersimpoi mati...

    BalasPadam
  4. Salam Yop..

    memangle idok dilupa... buleh ditelipun ke di sms ke.. tapinya, kat blog ni idok pulak teman catatkan ghase terima kasih tu.. kang kalo deme baca.. kecik ati deme.. :)

    BalasPadam
  5. jangan lupa..
    jangan lupa...
    pada saya

    BalasPadam
  6. eh nak berpantunla jugak....
    Pulau Pandan jauh ke tengah,
    Gunung Daik bercabang dua,
    Hancur badan dikandung tanah,
    Budi yang baik di kenang jua,
    Betul tak kakcik.....

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik..

    Kalau ada sumur diladang
    Boleh kita menumpang mandi
    Kalau ada umur yang panjang
    Kita akan berjumpa lagi .

    BalasPadam
  8. Salam my lovely sis..KakCikS..

    Jangan lupa tinie yaa..:):)

    Pe2...Luv U!!Muahhss..::):)

    BalasPadam
  9. Salam! Kokcik,
    Ate bukannya kokcik nak tinggei teghuih! InsyaAllah ada mase2 akan dtg tentu kokcik dan Abg ES bertanggak lagi. Haa bawok besor2 mumbun tandamata utk deme. Idokle mcm teman ni, kighe dah tegheban `kain batik` kat sungei, ghase2 idok le keme nak kesane lagi. Dah terlalu puih teman menghantor...

    BalasPadam
  10. Salam Zeq..

    Insya Alalh, kakcik tak lupa kat Zeq walaupun kita tak pernah bersua :)

    BalasPadam
  11. Salam Salmi..

    Anak ayam belajar berenang
    puas ditertawa sianak itik
    budi bukan sekadar dikenang
    kalaulah boleh hendak dikelek! :)

    BalasPadam
  12. Salam Linda..

    Cincin berlian elok bertempa
    pakai dijari janganlah terluka
    kalau ditakdirkan kita berjumpa
    janganlah puan memalingkan muka :)

    BalasPadam
  13. Tinie sayang...

    takkkkk.. kakcik tak lupa kat Tinie.. percayalah.. :)

    BalasPadam
  14. Salam Yop..

    tak taule bila tahunnnya nak ke sana lagi. Mengkalo ES tu ada keghoje kat sana, kut dibawaknya teman ni.. pegile teman.. mun idok, dudukle dendiam nyage anok2.. :)

    BalasPadam
  15. Salam! Kokcik, Sepaoh ni kokcik, bukanke bahagian ke 2 S`wak? Org sane cakap hujung2nya ngikut macam loghat org Negeri Sembilan, byk nyebut `o` dihujungnya. Teman biase berghapeh dgn demenye, siap ngajuk irama/gaya loghatnya walopun dah bertahun. Kokcik pun mesti perasan demenye mmg baik bebenor.

    BalasPadam
  16. Salam Yop.. memang deme tu baik2 bebeno oghangnye.. naik segan kita dibuat dek deme! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com