Kawan-kawan kakcik

Ahad, 2 Mei 2010

Sepetang di Kuala Kangsar


Semalam, sewaktu hendak balik ke Kuala Lumpur dalam perjalanan dari kampungku, Kampung Kuala Karai, aku dan keluarga (ES, Along, 2 adik perempuan, seorang adik lelaki dan tiga anak buah berusia 2, 5 dan 12 tahun), singgah untuk makan-makan di Kuala Kangsar. Kami balik ke kampung dengan menaiki satu kereta sahaja. Antara yang sempat kurakamkan menggunakan kamera COKIA ku :

Tempat aku menimba ilmu dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

Awie pernah berlakon di sini dalam filem Zombi Kg. Pisang

 Jualan murah(?) di Arena Square, Kuala Kangsar
 
Kubah Istana yang dilihat dari seberang Sungai Perak 

Murahnya makanan di sini - hanya RM55.00 satu set untuk 6 orang  (bagaimanapun, Along 
order tambahan sotong goreng tepung, dan adik2ku tambah kueyteow kungfu - semuanya berjumlah RM69.00 sahaja)

Kuey teow kungfu

Gelap lah pulak...

Telur Bistik  (apa maksud bistik, ya??  Adakah dari perkataan beef steak?)

25 ulasan:

  1. Dah penat bergotong royong, dapat makan-makan pulak mesti best kan. Lapar saya dibuatnya.

    BalasPadam
  2. sedapnya... tak pernah pergi kuala kangsar

    BalasPadam
  3. Salam my dear sis...
    ermmmmm...murah tuu!!nampak sedap jekk:)
    bila laaaa nk sampai ke sana ...aduhaii...:)

    BalasPadam
  4. kak.. kubah tu sy x pernah tgk lagi.. sronok le kan jln2 tgk kiri kanan

    BalasPadam
  5. Salam..
    Tahun lepas ada la gi Kuala Kangsar bawa anak2 jalan2... paling best makan gulai tempoyak tepi sungai sambil tengok ragam manusia.

    BalasPadam
  6. Salam! Kokcik,
    Kuala Kangsor tu kighenya dah jadi kenangan manis mase kecik2 dulu le! Lebih2 lagi bila dengor lagu Ahmad Jais, `Kenangan diKuala Kansar`. Tapi yelah kokcik, teman ni mmg jenih pindah ghandah sbb anak yatim piatu sejak kecik lagi. Jadi ngikut je oghang kemana deme pegi. Kena marah dan halor tu biasalah, tak ape semetara membesor dan buleh berdikari. Antaranya Kpg Berhala, Kpg Ngor ngale ke Lenggong, Kpg Kota Lama Kanan, Pdg Rengas.

    BalasPadam
  7. kuey teow kung fu!patutla orang perak suka berkungfu sampai dalam DUN .

    BalasPadam
  8. seghonok nye kalo balik kampong ye! Kalo le semedangggggg je cuti teringin benor teman nak balik nengok oghang tuer! :(

    kakcik, cu tanyer ke yeop tajnur ngape dah lamer tak nyinggah ke ghomah teman? :(

    BalasPadam
  9. Salam Aida..

    sebenarnya, dari pagi lagi kami adik beradik tak makan.. jadi, petrang tu memang licinlah hidangan .. :)

    BalasPadam
  10. Chik Na..

    sesekali pergilah berjalan ke sana :)

    BalasPadam
  11. Salam Tinie..

    jom la.. kita pergi sama-sama :)

    BalasPadam
  12. Maiyah..

    selalunya kami pergi sampai ke pagar istana.. tapi, semalam tak berkesempatan..

    BalasPadam
  13. Wahhh bestnya berramai-ramai balik kampung. Bersihkan rumah pastu pegi makan kat luar beramai-ramai. Mesti naik selera kan...

    wow! murah sungguh tuuu...

    BalasPadam
  14. Salam Niza..

    sedap ke gulai tempoyak tu??

    BalasPadam
  15. Salam Yop..

    teman ghase nok beno kenei dengan mike ni.. manele tau entoh2 teman memang kenei ngan mike.. Kg2 yg mike sebut tu, teman tau..

    BalasPadam
  16. Abu Muaz..

    bab orang berkungfu dalam dewan tu, kakcik tak berani nak komen.. sensitif! :)

    BalasPadam
  17. Fa..

    bila balik ke rumah yang dah kosong.. sayuuuuuu rasa hati..

    Jap.. nak panggei yop tajnur..

    YOPPPPPPPPPPPPPP....... YONG FA TANYAAAAA.. NGAPE MIKE TAK SINGGOH KAT GHUMAH DIA?????

    :)

    BalasPadam
  18. Azie..

    jom buat rombongan ke Kuala Kangsar pulak.. :)

    BalasPadam
  19. Salam! Kokcik,
    Isyy kokcik ni, apelah sangat keme ni sampei kokcik nok bersogheh kaih? Dah soh g teman ni hidup meghantor numpang2 org je, manele ada seghei kemangi atau cepiyor2 kat kuale kangsor!Kalor kokcik poghonah bace novel `tenggelamnya kapal van de vijch` mase kit masih skolah2 dulu, itulah nasib teman dedulu le.
    Ate macamane teman nak bertanggak kat ghomah Yong Fa, asei sampei je sane nyemedang asyik berghedaaaaaam dlm ayor dgn anok2nye. Ni baghule kume jumpa lipa@lipas (Lee & Fa)Ate nantile teman sogheh2 kat sana. Takkanlah keme senang lupakan org senegeri walopun dah tegheban berkali2 kain batik kat sungei, lantok kok kome le tapi sangkut jugak ye....

    BalasPadam
  20. kakcik,
    hahahhaaa!!!! fa dapat dengor suare kakcik tu, macam gaye bunyi dalam drama Pah Bedah tu!!!!!

    hehehehehe......

    BalasPadam
  21. Yop..

    kita bekawan ni kalo nok nengok yang doh 'sedia tinggi nok ditimang lagi' payoh le.. Biole kita bekawan dengan seme.. jalinkan ukhuwah sesama kita.. :)

    BalasPadam
  22. Fa..

    tu yop tajnur doh jawab kat ateh tu..

    pegi cepat salin baju! :)

    BalasPadam
  23. hah! salin baju? ngape yong? teman bedua kat ghomah ni aje yang semedangnya lawooo dan menyematttt! hehehe

    BalasPadam
  24. Fa..

    yop tajnur kata asei die singgoh ghumah mike, mike asyik beghendam je..

    BalasPadam
  25. ooopss! bahaya tu kakcik...kihkihkih

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com