Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Februari 2019

Makan malam di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung, Melaka...

Sewaktu kami tiba, lebihkurang jam 8.00 malam masih banyak meja yang kosong tetapi seketika kemudian ianya mula dipenuhi pelanggan.  Dari pemerhatianku, kebanyakan yang datang itu adalah kumpulan keluarga...

Yang awal dihidangkan (tanpa diminta) adalah sambal kicap dan nasi lemak bungkus.  Walaupun kami tidak memesan ikan bakar, sambal kicap ini tetap habis dimakan...

Kami datang hanya bertiga tapi lauk pauk yang dipesan boleh dimakan oleh 5 ke 6 orang!... Oh... makcik tidak terlibat dalam membuat pesanan.  Sementelah orang yang membelanja, biarlah beliau sahaja yang memesan makanan.

Sayur campur.  Habis licin dimakan.

Asam pedas ikan pari ini memang sedap.  Parinya lembut, tidak hanyir atau 'hancing' dan kuahnya secukup rasa.

Tak silap makcik, ini ikan kerapu, kan?  Masak apa entah.  Tapi sedap.  Disebabkan perut yang sudah tidak mampu  diisi, makcik pandang sahaja baki-baki yang masih tinggal.  Sayang sangat rasanya.

Alhamdulillah.  Semoga terus murah rezeki insan  yang bermurah hati membelanja makan malam kami ini...

Rabu, 27 Februari 2019

Ada ni...cuma tak ada kisah menarik untuk dikongsi...

Batuk teruk dan akhirnya ke hospital.  Rupa-rupanya gara-gara ubat darah tinggi yang ditelan tidak bersesuaian...

...bermalamlah di hospital untuk tiga malam.

Dah sihat, suami bawa pergi makan-makan...

...seperti biasa, tak pesan apa-apa cuma 'tumpang' yang suami dan anak pesan sahaja...

Pagi-pagi pula makan roti canai sekeping.  Cukuplah.

Pagi tadi (27/2/2019), terserempak dengan kemalangan membabitkan perlanggaran dua buah motorsikal.  Seperti biasa, En Suami akan berhenti untuk memberikan bantuan sekadar mampu walau hanya dengan menelefon ambulans (pasukan perubatan).  Mudah-mudahan dua mangsa yang cedera itu selamat hendaknya...

Jumaat, 15 Februari 2019

Makan malam di Ibrahim's Fatty Crab...

...sudah hampir sebulan kejadian ini, sengaja nak letak di sini untuk kenangan...

Tarikh kejadian : 19 Januari 2019
Tempat :  Ibrahim's Fatty Crab 
                No. 18, Jalan Avenue 1, Ampang
                68000 Ampang, Kuala Lumpur

Gambar-gambarnya :





Seronok menjadi kakak dan abang yang disayangi.  Alhamdulillah

Penaja makan malam kami, adik bongsuku dan isterinya. Lebih RM1K juga dilabur dan dileburkan pada malam itu.  Semoga terus murah rezeki kalian dan sentiasa dalam rahmat serta kasih Ilahi.






Tersandar kekenyangan, ya bang...


Tak lekang dengan telefon masing-masing...





Sebenarnya tak cukup 'korum' ni.  Tapi kami tetap gembira.

Isnin, 4 Februari 2019

Google+ akan ditamatkan...

...mungkin ramai yang telah menerima e-mail dari google team ini :

...sebenarnya makcik pun tak tahu nak buat apa dengan 'fail' Google+ yang makcik ada...😞
 

Sabtu, 2 Februari 2019

Dua Azizah yang cekal...

SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama TPM Dato' Seri Dr Wan Azizah - dua wanita cekal dan tabah yang punya cerita kehidupan masing-masing.  

Tunku Azizah menunggu selama sepuluh tahun untuk mendapat cahayamata selepas beberapa kali mengalami keguguran.  Cerita-cerita lain, biarlah hanya baginda serta orang-orang yang rapat dengannya dan Allah juga yang tahu...

Dr Wan Azizah berjuang selama dua puluh tahun apabila suami dipenjarakan sehingga beliau (yang sebelum ini beliau sendiri mungkin tidak menyangka) menjadi orang kedua terpenting dalam pentadbiran politik negara...