Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 November 2016

Juri Pesta Pantun...

Tarikh : 8/11/2016
Tempat : Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya

Aku telah dipelawa untuk menjadi juri Pesta Pantun anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2016 (yang julung kali diadakan) dan aku menerima pelawaan itu.  Sehari sebelum pesta berlangsung, aku batuk teruk dan badan menggigil disertai rasa sukar bernafas.  Suami mahu membawaku ke klinik tapi aku enggan.  Aku hanya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segalanya...

Alhamdulillah, aku mampu hadir dari awal hingga akhir pesta pantun berkenaan.  Bila balik, batuk aku bersambung lagi hingga aku sukar tidur...

Jom tengok gambar :


Tarian pembukaan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

Dato' Akauntan Negara memukul gong tanda perasmian
(terima kasih kerana sudi membaca pantun perasmian yang
saya karang)

Jurupantun dan Penjaga Masa yang kacak dan menawan

Dua pasukan dari Bahagian Wang Tak Dituntut
bersama Jurupantun dan Penjaga Masa

Kamilah juri-jurinya.  Aku bersama En Zainal dan
Pn Kham Siah Hindon (bekas Pengarah RTM).
Ketiga-tiga kami adalah YB yang ada pencen seumur hidup. :)

Antara penonton (penyokong) yang memenuhi dan
memeriahkan dewan...

Semuanya gembira dan ceria...

Pasukan yang menjadi johan bersama para penyokong mereka

Tahniah juga buat naib johan...

Ketua Juri kononnya.
Ada sesiapa berminat hendak jemput jadi juri, silalah.

Kebaya Nyonya berkancing suasa
Dipakai Dara bawa ke Pekan
Saya hanya insan biasa
Salah dan silap harap maafkan

...tapiiiiiii...

KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD
SEBARANG ADUAN TIDAK AKAN DILAYAN

...hehehe...

#sayabukankakogy
#sayajugabukantokram

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar. Kesihatan akak hari ni macam mana..? Batuk akak..?

    BalasPadam
  2. wahhh ketua juri tu ... kakcik mesti pandai jual beli pantun ni kan .. hebat tu

    BalasPadam
  3. wah hebatnya kakcik. kalau kakcik jadi cikgu BM saya dulu, mesti saya selalu kena tegur sbb tak reti nak pantun. hahah

    BalasPadam
  4. waaaaaaaaaaaa ptt lah kakcik nya pantun selalu sedap di dengar...
    nnti blh la kakcik bt kelas pantun... suke dana baca

    BalasPadam
  5. Wahhhhh.....dasatnya. Bukan calang calang juri pulak tu, terus jadi ketua juri.
    Tahniah KC. Lepas ni femes le KC nampaknya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.