Kawan-kawan kakcik

Khamis, 13 Oktober 2016

Bubur asyura, kek cokelat karamel dan ikan goreng bersambal...

Bubur Asyura Utara pemberian jiranku.
Aku suka bubur asyura begini. Walaupun namanya 'bubur',
tapi sama sekali tiada ciri bubur sebaliknya lebih seperti kuih
talam atau yang seangkatan dengannya.  Boleh dipotong dan
dipegang serta tidak memerlukan sudu untuk disuap ke mulut.

Kek cokelat karamel yang dibuat oleh anak bujangku.
Tak sempat sejuk, berebut-rebut adik beradiknya makan.
Alhamdulillah, sekarang sudah ada yang boleh diharap untuk
membuat jika aku teringin nak makan.

Ikan goreng bersambal ini aku buat dengan mengambil
jalan mudah.  Selepas siap menggorang ikan, dengan
meninggalkan sedikit minyak di dalam kuali, aku curahkan
pes sambal ikan bakar berempah yang dibeli dari
chillfoodbyciknad bersama sedikit air.  Kemudian aku taburkan
bawang besar yang dipotong membulat.  Gaulkan sehingga sebati
di dalam kuali... Siapppp...

6 ulasan:

  1. tghari tgk makanan best... harus lapar lak kakcik.... hehe

    BalasPadam
  2. Kakcik..
    Ikan sambal tu yg buat tergoda sangat ..
    Terasa lapor ni..

    BalasPadam
  3. semua sedap nya...
    bubur asyura tu yg dah lama tak rasa

    BalasPadam
  4. tak tahan tengok asyura tu kakcik
    alahaiii macam nak buat je lah
    tapi tak tau lah bila ada mood ni

    BalasPadam
  5. untung ada anak bujang pandai buat kek ^_^
    sesetengah budak laki tuh, pegang sudip pon belum tentu dia mahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia memang ambil kursus Culinary Arts kerana itu minatnya... :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.