Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 Ogos 2015

Bila Pak Mahat ingin ber'demo'...

...aku pula yang tertanya-tanya :
'apakah Pak Mahat sudah lupa?'

dulu bukankah beliau juga yang kata
'hendak bersuara ada caranya'
bukan terlalak-lalak ikut suka
bukan berarak di jalanraya
fikirkan nasib para peniaga
bila ditangkap jangan salahkan penguatkuasa

sekarang nada Pak Mahat sudah berbeza
mungkin sudah habis ikhtiar agaknya
lalu apa yang dilarang dulu kini boleh pula
maka jadilah 'matlamat menghalalkan cara'

pemerhati dan pengikut masih belum lupa
waktu Pak Mahat masih berkuasa
tindakan Pak Mahat juga menggila-gila
terjadi perkara yang tidak disangka-sangka
kerana penentang memang Pak Mahat tak suka

kini bila Pak Mahat mula hilang suara
pekikan Pak Mahat berlalu begitu sahaja
orang sangka beliau tak lagi boleh berbuat apa-apa
namun bisikannya masih memedihkan telinga

kita tunggu dan lihat sahaja
apakah agenda Pak Mahat akan berjaya
lagipun diakui Pak Mahat memang banyak berjasa
tapi tiada yang lebih berkuasa dari DIA di atas sana...

8 ulasan:

  1. Harimau dalam hutan yg telah hilang taring kalau yg tak tahu masih takut tapi yg dah tahu harimau dah tak bertaring mengaum macam mana pun kancil terbahak-bahak dibuatnya.

    BalasPadam
  2. Mungkin juga pak Mahat dah lupa...
    Roda itu bulat...
    Pak Mahat tak selalu berada di atas...

    BalasPadam
  3. Suara Pak Mahat dah tak kuat macam dulu. Maklumlah Pak Mahat dah tua...

    BalasPadam
  4. Macam-macam boleh jadi sekarang ni. Semoga Allah SWT lindungi kita semua dari mara bahaya.

    BalasPadam
  5. semoga malaysia sentiasa aman damai hendaknya.... moga sentiasa terpelihara kita semua

    BalasPadam
  6. kan??berbalik semula pada pak mahat la sekarang ni..pak mahat pun melayu jugak..melayu kan mudah lupa..heheh

    BalasPadam
  7. adakah suara pak mahat adalah suara rakyat ?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com