Kawan-kawan kakcik

Khamis, 21 Jun 2012

Hari ini 1 Sya'aban...

... hanya sebulan sahaja lagi Ramadhan akan menjelang.  Entah kita sempat untuk bertemu dengan Ramadhan itu atau tidak, hanya DIA yang menentukannya ...

Hari ini bermula bagaikan hari yang serba tidak kena buat kakcik.  Bangun pagi, badan terasa bagai dicincang lumat.  Dengan rasa lemah yang teramat, kakcik bangun juga untuk melunaskan tugas sebagai seorang ibu.  Kemudian baring semula dan cakap pada suami 'pagi ini kita keluar lewat sikit ya.  Saya rasa letih sangat'.  Suami memang tidak membantah. Lewat tak lewat pun, selepas solat Subuh, jam 6.00 kakcik dah melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta.

Sampai di pejabat, 'pesanan-pesanan' telah menanti.  Buka komputer.  Semak dokumen.  Fikiran tak boleh memberikan tumpuan.  Buka sistem HRMIS. Empat kali masukkan kata laluan - salah!  Lalu diblok dari masuk ke sistem tersebut.  Sedih!

Mula menaip, banyak yang salah dieja.  Semak semula. Fikiran masih kacau.

Ya Allah.  Bimbinglah aku dan berikan ketenangan buatku.  Amin.



19 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan urusan seharian....

    BalasPadam
  2. Moga dipermudahkan segala urusan kakcik..

    BalasPadam
  3. asslm Kakcik...buat HRMIS juga yer...sma la ngn QH..bpe kli blok dh pswrd QH tu...hihi...btabah yer...kalau letih sgt...bwk2 la berehat dlu yer...tenangkan fikiran..sesambil jom bfast..hihi

    BalasPadam
  4. smoga dipermudahkan kakcik..mgkin letih sgt..saya pulak nak puasa (ganti) tapi silap tgk jam..ingat 4.45..beria le mengodak nes baru minum setguk dah bunyi azan...hahahaha...terus tak jadi puasa (sbb perut tgh mmulas) kikiki

    BalasPadam
  5. emm kita punya rasa yang sama kak, hari ini hari ke 3 saya menggalas tugas baru dan lebih berat, cuba utk adapt with this new task, hopefully everything goes smoothly, insya allah

    BalasPadam
  6. Salam Kakcik,
    Kolay Gelsin, semoga dipermudahkan. Kenapa badan Kakcik rasa sakit macam tu? Memang ada sakit ke? Jumpa doktor nanti.

    BalasPadam
  7. ...kak...HRMIS mmg tak friendly...kami kat sini dah fed-up...huhu

    BalasPadam
  8. semoga kakcik tak apa-apa..dan semoga apa yg dibuat dipermudahkan olehNya.

    take care ya -hug-

    BalasPadam
  9. Salam kak cik..ye la kak cik..kadang2 lynn pun rasa cam tu..serba tak kena..badan letih..jiwa kacau...tapi hidup dan keje kena diteruskan jugakkan...takpe..semoga cepat stabil..

    BalasPadam
  10. Itulah nama sebuah kehidupan kan kakciik..ada hari kita rasa tenang dan damai...ada ketika fikiran runsing dan kusut...serba tak menjadi sesautu pekerjaan yg kita lakukan.....mungkin minum secawan susu suam dahulu kakcik....

    BalasPadam
  11. Kak cik itu tandanya badan & minda perlu direhatkan.

    BalasPadam
  12. kenapa kakcik .. ada yg menggangu kakcik ke ??
    harap ia hanya menyinggah sementara sahaja ..

    BalasPadam
  13. tarik nafas pjg2 bertenang dan mulakan semula dgn lafaz bismillah.. go go kakcik

    BalasPadam
  14. knp kak cik..tak sihat ke..biasa la kan ada hari rasa lemau tak larat nk buat2 apa2 pun seharian..semangat kena melebihi kekuatan badan btol tak..

    BalasPadam
  15. semoga cepat sembuh kakcik..kalau tak sihat rehat la dulu kakcik..

    BalasPadam
  16. semoga kakcik diberikan kesihatan yg lebih baik.. moga cepat sihat.

    BalasPadam
  17. Kakcik, rehat la sekejap. Take a break.

    BalasPadam
  18. gi spa kakcik - bagi segar balik badan tu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com