Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Disember 2011

Bagaimana membuka blog kepada mereka yang terpilih sahaja?...

Pertanyaan dari eLL.  Nak buat private post tu kakcik tak pandai, tapi kalau
nak privatekan blog, caranya mungkin seperti di bawah ini...

Di  PAPAN PEMUKA, klik pada TETAPAN...

Bila skrin seperti ini keluar, klik KEBENARAN...

Di skrin seperti ini, pilih pada HANYA ORANG YANG SAYA PILIH.  Masukkan
emel pembaca yang dipilih itu di kotak yang disediakan.

Kakcik harap apa yang kakcik catatkan itu sedikit sebanyak dapat membantu eLL, ya. :)

 



28 ulasan:

  1. salam pagi jumaat kakcik,
    kdang2 ada juga niat nak privatekan. Tapi.. ah.. biar je lah.

    BalasPadam
  2. salam, tak terfikir ke situ plk...tiada rahsia sebenarnya...hehe

    BalasPadam
  3. wah....ada entri tutorial jugak kat sini eh? terima kasih sebab berkongsi akak...

    BalasPadam
  4. W/salam Kak Pah...

    saya pun pernah terniat yang sama - tapi saya tak mahu kehilangan kawan. :)

    BalasPadam
  5. [PCL]...

    selagi tidak menggugat atau tergugat, rasanya kakcik akan terus biarkan blog kakcik begini saja. :)

    BalasPadam
  6. eelobor...

    kakcik bukan layak pun nak bagi tutorial ni, tapi bila ada yang bertanya tak sampai hati pula kalau tak jawab. :)

    BalasPadam
  7. Nak tambah skit boleh:

    Untuk privatekan blog, pembaca hanya limit kepada 100 readers sahaja, dan mereka yang kita terima harus dijemput melalui email.

    Setiap pembaca itu harus beri email mereka baru kita boleh invite jadi special reader.

    Private post tu sama tak makna dengan draft? Tak pernah lak dengar private post. Kalu dah private blog, semua entri tu jadi private post la, kan?

    BalasPadam
  8. Azie...

    terima kasih kerana membantu. :)

    Kakcik rasa private post tak sama dengan draft. Private post adalah catatan yang hanya boleh dibuka oleh pembaca dengan memasukkan password yang diberi oleh pemilik blog.

    BalasPadam
  9. sayakan kak..
    kadangkala teringin gak nak pi ke blog kawan2 lama.
    tapi bila mereka hanya hadkan orang2 yang tertentu..
    aduhai..
    sedihnya saya..

    kakcik jangan lakukan ya..
    nanti saya kehilangan,,

    BalasPadam
  10. Ayu...

    setakat ini, kakcik belum lagi nak 'sembunyikan' blog kakcik ini dari kawan2 yang kakcik sayangi. Cuma mungkin satu hari nanti, kakcik akan berhenti menulis juga. :)

    BalasPadam
  11. saya harap kakcik jgn buat begitu .. ajar orang je tak apa !

    BalasPadam
  12. takde kepentingan untuk private kan blog.. suka mencari kawan dari mencari lawan.. ;)

    BalasPadam
  13. salam kakcik

    terima kasih ye,
    jangan salah faham ye kawan-kawan, bukan saya nak rahsiakan atau taknak berkawan tapi kadang-kadang apa yang kita tulis disalah erti oleh ofismet atau kawan-kawan rapat sedangkan bukan itu maksudnya.

    apa pun, ini satu pembelajaran sebab kakcik tempohari ada memberi tips kepada beberapa kawan-kawan lain yang bertanya.
    sementelah, memang saya nak tahu caranya.

    terima kasih kakcik
    terima kasih banyak-banyak

    BalasPadam
  14. Kanda AL...

    walaupun pernah terfikir nak buat, tapi setakat ini belumlah lagi terjadi. :)

    BalasPadam
  15. Aiza...

    esok-esok tak tahulah kalau kakcik terprivate blog kakcik ni... :)

    BalasPadam
  16. W/salam eLL...

    sekadar berkongsi pengetahuan, bukan rugi pun kan? :)

    BalasPadam
  17. x pernah terniat nak wat private kan blog...berharap supaya xde org yg cuba amik kesempatan...

    BalasPadam
  18. masa blog saya kelihatan diprivatekan, saya sebenarnya tgh down. tak bukak kepada sesiapa pun kecuali diri saya sendiri.. :)

    BalasPadam
  19. TK...

    kalau ada pun yang cuba ambil kesempatan, peratusannya kecil sangat (tapi kadangkala menjejaskan perasaan juga), kan? :)

    BalasPadam
  20. gB...

    bila di privatekan, dah jadi macam buku harian sajalah, kan? :)

    BalasPadam
  21. kaklong punya blog klu di private,alamat tak ada lah org nak dtg....tak buat pun tak ramai yg suka dayang baca..huhuhu!

    BalasPadam
  22. kaklong...

    eh! blog kaklong pun ramai peminat apa? Kalau sempat, kakcik tetap akan datang baca. :)

    BalasPadam
  23. Alin belum buat lagilah private2..kalaunak private tutup terus kot.hehhe

    BalasPadam
  24. Alin...

    kalau tiada yang mengganggu, tak payahlah privatekan blog. Nanti susah kawan2 nak bertandang. :)

    BalasPadam
  25. Kak fara

    bukan nak private blog.
    hahahaha

    BalasPadam
  26. kalau nak private blog tuu selalu juga dgr .. tapi post nak private x pernah lah dgr kan ..

    tapi kan kak cik ieda nak juga belajar kalau2 ada utk private post kan :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com