Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 November 2011

Apakah aku berhak untuk marah?...

Pagi tadi aku menemani seseorang untuk bersarapan.  Aku hanya memesan segelas miloaiskurangmanis kerana aku telah bersarapan dengan sphagetti bujal yang kubawa dari rumah (aku masak sendiri, tau!).

Sambil makan, dia bercerita.  Salah satu cerita yang dibawanya memang membuatkan aku berasa sangat marah dan terselit juga rasa susah hati.  Dia bukan saudara kandungku, tapi akrabnya kami bagaikan adik beradik.  Kerana  itu, dengan selamba aku boleh mengeluarkan kata-kata seperti 'bodoh' dan 'bangang' kepadanya.

Ceritanya, telah 3 minggu dia 'menolong' seorang lelaki yang sudah beristeri dan punya empat anak yang masih kecil.  Lelaki itu bekas teman sekolahnya satu ketika dulu.  Mereka baru sahaja berjumpa semula dalam satu 'pertemuan semula bekas pelajar'.  Lelaki itu tidak punya pekerjaan tetap dan tinggal pun  di rumah PPRT. 

Sejak 3 minggu lalu, adikku ini memberikan keretanya (keretanya sama jenis dengan keretaku - tapi keretanya itu telah diubahsuai dengan belanja belasan ribu ringgit) untuk digunakan oleh lelaki tersebut.  Sebelum  ke pejabat, dia mengambil lelaki berkenaan (kadangkala terpaksa menunggu hingga setengah jam kerana lelaki itu belum bangun tidur).  Kemudian silelaki menghantar adikku ke pejabat sebelum dengan senang hati membawa kereta adikku (yang tentunya minyak kereta pun diisi oleh adikku itu) konon untuk mencari sesuap nasi.  Lewat petang barulah kereta itu dihantar semula dan adikku akan menghantar lelaki itu balik.


Sepanjang mereka berhubung semula, rasanya telah lebih RM1,000.00 'dileburkan' oleh adikku untuk lelaki itu dan keluarganya.  Aku katakan pada adikku, berhentilah dari berlembut hati lagi.  Bagaimana sekiranya satu hari nanti, suaminya melihat kereta itu dipandu oleh lelaki lain?  Atau ada orang lain yang melihat dan melaporkan kepada suaminya.  Jangan gadaikan rumahtangga sendiri untuk seseorang yang tiada kena mengena dengan kita.  Tidaklah salah untuk membantu, tapi biarlah berpada-pada.  Kereta adikku itu pun telah 'retak' bumpernya dan lelaki itu langsung tidak mahu berkata apa-apa, jauh sekali untuk membaikinya. 

Bukan setakat itu sahaja, telefon bimbit canggih adikku pun boleh dipinjamkannya (tetapi selamba tidak dipulangkan) kepada lelaki itu.  Mujur juga kad sim tidak diberi sekali.  Bagaimanapun menjadi masalah bila adikku hendak menghubungi nombor yang hanya ada dalam telefon berkenaan.

Sekarang ini adikku asyik memikirkan tentang kesusahan lelaki itu dan keluarganya.  Dia bagaikan tidak boleh sehari tidak memberikan keretanya untuk digunakan.  Di belakang, ada juga terasa diperbodohkan, tapi bila berhadapan segalanya diikutkan.

Kawan-kawan ...  adakah kalian merasakan/memikirkan sebagaimana yang aku rasakan/fikirkan???


52 ulasan:

  1. sakit hati membacanya!








    lelaki tak tahu dek untung!

    BalasPadam
  2. ya allah, kenapa sampai mcm tu sekali? takut nanti rumahtangga sendiri berantakan sebab kan org lain

    BalasPadam
  3. Komen ikhlas saya, memang wajar kakcik tegur dgn teguran 'bodoh' & 'bangang'

    BalasPadam
  4. eee.. asal sampai baik tara tu kak... sumthing wrong sumwhere tu..

    BalasPadam
  5. kakcik, rasa hati kita samakah.. adakah adik angkat kakcik telah di'ilmu hitam' kan..? uissh.. saya ni..

    BalasPadam
  6. kaklong...

    kakcik yang mendengar secara 'live' lagi sakit hati.

    Pernah sekali, sebab lama menunggu, adik kakcik terus pergi pejabat. Sebaik tiba, j*nt*n tu telefon tanya kat mana, boleh adik kakcik pusing balik untuk ambil dia. grrrrrrrrrrrr.....

    BalasPadam
  7. Tina...

    itulah yang telah kakcik katakan. :(

    BalasPadam
  8. Dr Faiz...

    kakcik siap suruh adik kakcik tu pergi berubat. Bila kakcik kata dia dah kena 'hembus' atau kena 'tepuk belakang', dia kata dia tak ada rasa kena macam tu. Aduhai... kiasan pun dia tak faham!

    BalasPadam
  9. sih..rs mcm da kena sesuatu je..
    kena berubat ni kak cik sblm terlambat

    BalasPadam
  10. KakCik
    Situasi yg sangat bahaya.

    I ada cerita lebih kurang cam tu. Kesudahannya my friend meninggal kerana accident dan lelaki tu... aaaargh... *hot nih*

    BalasPadam
  11. Salam Jumaat Kakcik,

    Orang yg 'terkena' tak kan tahu yg dirinya telah di 'perlemahkan'.

    Kakcik kena bantu dia sbb dia tak kan buat sendiri.

    BalasPadam
  12. KhaiRin...

    nanti kakcik tanya dengan Pak Imam kat rumah kakcik tu sekiranya dia atau ada sesiapa yang dia tahu boleh buat sesuatu.

    BalasPadam
  13. CS...

    buatlah satu coretan tentang kisah itu untuk dijadikan pengajaran. Tadi pun kakcik ada cakap pada adik kakcik tu, jangan nanti sampai kereta pun bdertukar nama. Kakcik kata juga, yang kakcik rasa adik kakcik tu bukan mangsa pertama. :(

    BalasPadam
  14. W/salam Kak Nani...

    InsyaAllah, saya akan cuba berbuat sesuatu.

    BalasPadam
  15. mandrem? Wallahuaklam.. tapi mmg betul kata Marina Monroe tu, dia perlu dibantu...

    BalasPadam
  16. bg wani...tindakan membantu tu ibarat mcm diperbodohkan pula

    BalasPadam
  17. buat baik berpada-pada
    nak pulak bila dah berkeluarga sendiri
    tak pasal2 nanti rumahtangga porak-peranda...

    BalasPadam
  18. Kak cik .. cubalah iktiar berubat .. mana nak tau entah2 "terkena " .. org sekarang bukan boleh di percayai sangat ..

    Kalau adik waras .. takkan dia sanggup di perlakukan macam tu ..

    BalasPadam
  19. macam ada yg tak kena je dgn adik kakcik tu...emmm...

    BalasPadam
  20. sVSs...

    nanti kakcik bincang dengan suami dan anak kakcik.

    BalasPadam
  21. jgn mulakan perkara yang kita tak sanggup nak tamatkan..itu nasihat saya buat dia..tak berbaloi memberi simpati pada org yg tidak tahu menghargai simpati org lain..jgn gadai rumahtangga kerana org mcm tu.ayat yg betul, jgn jadi bodoh!KakCik, selamatkan dia dari jantan tu kalau kakcik sygkan dia dan masa depan dia.

    BalasPadam
  22. Wani...

    itulah yang kakcik maksudkan dengan 'bodoh dan 'bangang' tu!

    BalasPadam
  23. milo...

    semoga adik kakcik tu dilindungi dari bala bencana.

    BalasPadam
  24. Fazz...

    adik kakcik kata dia lembut hati. Kakcik kata, kalau lembut hati sangat pergi belikan orang tu sekurang2nya motorsikal sebiji supaya senang dia bergerak!

    BalasPadam
  25. Acu...

    semoga Allah melindungi adik kakcik itu.

    BalasPadam
  26. Hani...

    kerana sayanglah, kakcik sanggup mengatakan adik kakcik itu bodoh dan bangang dengan harapan dia akan sedar. :(

    BalasPadam
  27. mcm ada yang tak kena ni kakcik..
    mana tau ada 'benda' lain terlibat

    BalasPadam
  28. Mmg patutlah Kakcik marah sehingga terkeluar perkataan 'bodoh' dan 'bangang'. Kalau ella pun ella akan berkata begitu.

    BalasPadam
  29. saya rasa spt apa yg kakcik rasakan..
    aneh sungguh...
    berbuat baik berpada2,kan kakcik..

    BalasPadam
  30. Salam Kakcik;

    1) Perghhhh... kakcik pun pandai gunakan perkataan tu yeaaa... hahaha..

    2) Ini kes berat kakcik, jangan biarkan adik kakcik tu sampai terbabas dipergunakan oleh jantan sialan tu.

    3) Dapatkan bantuan seberapa segera, jika boleh maklumkan kepada suaminya sebelum nasi menjadi bubur.

    4) Bawak jer... mana2 kaum kerabat lelaki pergi jumpa dengan jantan sialan tu... hempuk kepala dia dengan pasu bunga... hahaha.. (yang ni jangan di ikut...)

    BalasPadam
  31. Geram betul kat lelaki macam tu ! Kesian pulak kat adik kak cik tu..

    Semoga ada jalan penyelesaian..

    BalasPadam
  32. mcm dah jatuh cinta je...hrp dia cepat sedar yg dirinya sedang dipergunakan..nti rumahtangga pun ke mana..kesian suami dan anak2..

    BalasPadam
  33. Mimi...

    kakcik pun rasa macam tu. Tapi, nanti ada yang kata - 'itulah orang Melayu, sikit2 kena 'buat''... apa2pun kena buat sesuatu juga ni.

    BalasPadam
  34. Ella...

    itulah, belajo tinggi2, jawatan beso, tapi senangnya diperbodohkan. :(

    BalasPadam
  35. sal...

    betul - buat baik berpada2. Macam ayat dalam surah Al Kahfi tu 'kita sangka kita dah cukup baik, sednagkan sebenarnya perbuatan kita adalah sia-sia'.

    BalasPadam
  36. Isa...

    oh! perkataan lebih dari igtu pun kakcik pandai guna tau... hehehe...

    kakcik tak berani (buat masa ini) untuk beritahu suaminya, kerana silap2 nanti, kakcik pulak yang dipelangkungnya!

    BalasPadam
  37. Reen...

    kalau jantan tu ada depan mata, rasa macam nak kakcik lempang je (kononlah... macam kakcik kuat sangat). :(

    BalasPadam
  38. Dee...

    jatuh cinta? oh! harapnya jangan sampai ke tahap itu. Adik kakcik itu ada suami dan anak2. :(

    BalasPadam
  39. bujal...

    kalau dia 'support' mak lagi bagus, kan?

    BalasPadam
  40. SALAM,
    LF RASA OK KAKCIK MARAH DIA. MARAH KERANA KITA NAK SELAMATKAN DIA ! BELUM TERLEWAT UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN ! RAKAN KAKCIK KENA BERTINDAK CEPAT MEMBEBASKAN DIRI DRPD HUBUNGAN PERASAAN DGN LELAKI TU !

    BalasPadam
  41. adik kakcik tu tak sedar apa yg dibuatnya...jantan camtu mmg pandai 'menghembus' selain mengayat...

    tarik jer adik tu cepat dan bawak berubat..kena bitau kat suami dia jugak...

    pengalaman biasa ni, kawan saya pun pernah terkena, sehingga jadi buruan along gara2 jantan keparat tuh!


    jangan tunggu lama2...
    sorry bahasa ni lebih kasar dari bodoh dan bangang....

    BalasPadam
  42. W/salam Dato'...

    saya pun bimbang sekiranya hubungan itu nanti akan melibatkan perasaan! :(

    BalasPadam
  43. Q...

    risau betul kakcik memikirkan hal adik kakcik ni walaupun dia selamba je, macam tak ada apa2. Gelak2 je bercerita. :(

    BalasPadam
  44. tak salah pun kalau kakcik marah adik kakcik tu..

    lelaki tu ambik kesempatan atas kebaikan adik kakcik..grrrr

    BalasPadam
  45. rasanya kita berkongsi pendapat yang sama. itu orang "mengambil kesempatan" dan bukannya "menggunakan kesempatan". bagi saya lelaki sebegitu.... boleh pegi main jauh2

    BalasPadam
  46. aduh kak !
    mcam2 jenis org lah kak huhuhu

    BalasPadam
  47. assalam kak chik

    Kalau niat nk tolong org kenapa adik kak chik sorok2 dari pengetahuan asben dia ??

    cer tanya adik kak chik tu napa dia x nk bagi tau asben dia. Bukan apa, takut menimbulkan fitnah dibelakang hari.

    BalasPadam
  48. bila saya baca tindakan adek kakcik, semua nampaknya kurang waras, jelas seperti telah dipergunakan kerana telah melakukan apa sahaja yang disuruh. sangat bahaya dan perlu tindakan balas segera untuk menyelamatkannya dari terus diperdayakan. minta bantuan dari yang ahli. semuga adek kakcik cepat sedar dari penipuan ini.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com