Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 1 Julai 2011

10 Amalan Terbalik...

Catatan ini didapati melalui emel.  Mungkin ramai yang telah membacanya.  Kepada yang belum membaca, elok rasanya kukongsikan di sini...


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain . Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk beri makan kpd jemputan, bukan untuk menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari keputusan periksa yg tak berapa cemerlang.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan m ain lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. S eda ngkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)




17 ulasan:

  1. Salam KAKCIK.
    Pagi Jumaat yang ceria.

    Terimakasih kerana berkongsi info dan berpesan-pesan. Setuju dengan peringatan di atas. Kita sering terlalai dan teralpa.


    Mereka yang Kukenali (7): si “Nothing Special...”

    BalasPadam
  2. Assalam..
    kak cik salam pagi jumaat...
    memang ayu pun setuju dgn entry kak pagi nie..
    lagi2 yang no 8...
    bagus untuk ibubapa..

    thanks kak

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kakcikS tersayang:):)
    MOga akak sihat2 di sana yaa:)

    Kdg2 bila dah jadi satu kebiasaan ..mmg payah juga utk perbetulkannya yaa..aduhai..

    Tksh sis..satu peringatan yang indah di pagi Jumaat:)

    BalasPadam
  4. salam kakcik,
    kebanyakan amalan salah ini adalah ikut-ikutan. bila ramai orang ikut dan semua ikut, jadilah ia satu budaya.
    kita yang ada akal fikiran ini sepatutnya memilih mana yang benar.

    BalasPadam
  5. saya dpt artikel ni 4/5 tahun lepas...email dari kawan...tertarik yg no 3,4 dan 8 dan....semuanya lah. hakikatnya mmg selalu gitu kan?

    selalunya mmg camtu lah...benda2 yg selalu kita tau tp masih lakukan jugak sbb entah dh terikut2 ataupun dh membudaya...

    BalasPadam
  6. terima kasih kak cik..
    mmg kita ada buat yg kak cik senarai itu..seme dah terbalik..

    pasni bolehlah kita cuba amalkan yg disarankan oleh nabi muhammad (saw)..

    BalasPadam
  7. 2 thumbs up for this N3, Kakcik. Lama dah Ate discuss benda ni ngan kakak Ate, tapi tak terbuat2 N3 ttg kekeliruan masyarakat kita antara yang sunnah dan amalan kebiasaan masyarakat dan perkara2 bidaah. Terima kasih Kakcik. Mg manfaat buat semua.

    BalasPadam
  8. memang saya telah baca sebelum ini tapi bagus disiarkan semula sebagai pengetahuan bagi yang belum baca dan peringatan bagi yang telah baca.

    BalasPadam
  9. Saya malu, kerana periuk Nasi, orang jaga Periuk nasi. Demi nasi dan Manusia. Malu kepda orag kata.

    BalasPadam
  10. thanx kak .. sayu sbb kebanyakan amalan2 tuu dah x jadi amalan dah .. insyaallah bila baca harap2 kita boleh perbaiki kelemahan masing2 .. :)

    BalasPadam
  11. Assalamaulaikom kakcik :)

    trime kasih ateh pesanan kemasyarakatan penuh dengan suci hati tidak tertahan lagi ni.. :D

    BalasPadam
  12. yang no 1 tu....ramai mcm tak taw jerk....den pun maleh nak negur org tua2...ahakz

    BalasPadam
  13. Tengs kakcik... banyak benarnya yang tertulis di atas

    BalasPadam
  14. alamak !!!.. terkena batang hidung pulak.. hihihi..

    t kasih atas 'teguran' ini..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com