Kawan-kawan kakcik

Khamis, 23 Jun 2011

Pisang...

Walau spesisnya sama tapi namanya berbeza
begitu juga dengan manusia
seperti pisang yang tidak serentak masak setandan
tahap matang manusia lagilah berlainan...





Tugasan untuk dua hari telah selesai dengan jayanya (kononnyalah!)


'Mak ingat Adik tak tahu ke
yang mak tu tak tahu nak cerita apa?'

42 ulasan:

  1. Mak cerita tentang matanglah dik....Adik masih hijau macam pisang yg hiju tu:)

    Mak dah masak....

    BalasPadam
  2. keturunan saya tak leh makan pisang raja udang dgn kerbau kak..

    lagipun saya sendiri tak boleh makan pisang sembarangan. Mudah heart burn.

    BalasPadam
  3. kak cik pisang merah tu sedap ke? tak pernah makanlah.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Pasti pisang yang masak di pokoknya berlainan dari yang masak, buahnya di ambil sebelum masak di pokok.

    BalasPadam
  5. ciku pun suka makan pisang..suka sgt pisang comel comel tu dan pisang abu wat goreng..pengat pun suka gak..suma suka..hehe

    BalasPadam
  6. Betul ke adik cakap tu?. pasal pisang memang setuju cam manusia gak ada macam macam..

    BalasPadam
  7. Kakzakie...

    mak bukan setakat dah masak, tapi dah hampir reput pun! :)

    BalasPadam
  8. Yan...

    kakcik pun tak pernah makan pisang raja udang tu.

    Yang dimakan mentah, kakcik suka pisang emas dan pisang berangan. :)

    BalasPadam
  9. Sya...

    kakcik pun tak pernah makan. Ambil gambo je! :)

    BalasPadam
  10. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    seperti anak2 yang didedahkan sesuatu sebelum masanya, tersilap percaturan - akan rosaklah mereka.

    BalasPadam
  11. Rozie...

    Adik (siBudak Sepet) itu pun suka makan pisang. :)

    BalasPadam
  12. Ciku...

    kakcik juga suka makan pisang goreng. Ciku pun kakcik suka makan! :)

    BalasPadam
  13. Cik Ina...

    adik tu dah kenal sangat mak dia. :)

    Pisang, kalau setengah masak boleh juga digulai. Orang setengah masak??? ;-)

    BalasPadam
  14. kat blakang umah su, banyak pokok pisang kelat raja, sedap utk dibuat goreng or lempeng pisang, rasanya masam masam manis

    BalasPadam
  15. pisang apa ye yg kaler merah tu???
    bleh makan ke???

    BalasPadam
  16. saya suka mkn pisang..pelawas perut..hehhee

    BalasPadam
  17. saya cuma suka pisang nipah dan pisang embun jer...

    tapi kalau masak carbide saya tak suka...

    pisang negro lagilah tak suka!

    BalasPadam
  18. Su...

    di kampung dulu, kakcik hanya kenal pisang abu - untuk buat pengat dan goreng. Juga pisang awak (kat kampung, kami panggil pisang moris) - yang banyak biji tu - untuk buat jemput2. :)

    BalasPadam
  19. milo...

    tak silap kakcik, itu pisang raja udang. Boleh dimakan, tapi ada keturunan (macam Yan kat atas) yang di'pantang'kan dari memakannya.

    BalasPadam
  20. saya paling suka pisang nangka... kalau dibuat pengat ke goreng termimpi-mimpi...

    BalasPadam
  21. Mama Sarah...

    tahu tak? (mesti tak tahu, kan?) - buah yang menjadi pelawas bagi kakcik adalah MANGGA! :)

    BalasPadam
  22. Q...

    pisang yang masak di pokok, lain manisnya berbanding pisang yang diperam. :)

    Pisang negro tu macamana rupanya? :0

    BalasPadam
  23. Sue...

    pisang nangka dibuat kerepek pun sedap. :)

    BalasPadam
  24. suka makan pisang emas.. dan kerepek pisang.. suka pisang cuma pisang2 jenis buat cucur tu tak berapa nak kenal..

    BalasPadam
  25. saya suke pisang lemak manis sbb pisang tuu popular dgn puding raja di pahang lalallala :)

    BalasPadam
  26. yg merah tu pisang ape kak???

    BalasPadam
  27. hahahaha... lawak ar adik cakap mcm tu

    BalasPadam
  28. saya suka makan pisang ...boleh kenyang perut..

    BalasPadam
  29. kenapa pisang tu kaler oren puan juariah?he~~

    BalasPadam
  30. pisang berangan kalo ada kat umah saya kejap selesai hehehe....smua suka

    BalasPadam
  31. Halila...

    kakcik suka, kalau ada depan mata. Tak ada pun tak apa. :)

    BalasPadam
  32. Ieda...

    seumur hidup kakcik, rasanya baru sekali kakcik merasa puding raja tu. :)

    BalasPadam
  33. MDT...

    itulah pisang raja udang (kat pokoknya orang kata ada antu tau!) ;-)

    BalasPadam
  34. Ezza...

    jap lagi kakcik rasa nak beli pisang berangan. :)

    BalasPadam
  35. En Firdaus...

    itulah tanda kekuasan Allah SWT. :)

    BalasPadam
  36. Mimi...

    kejap lagi kakcik nak beli pisang berangan di Pasar Tani - RM4.00 sesikat. Mahal kan?

    BalasPadam
  37. Jadilah kita sebagai pisang yang enak, bukan pisang busuk, yang mana hanya sesuai di lempar buat makanan haiwan..

    BalasPadam
  38. Dr DZ...

    jika bukan pun menjadi pisang yang enak, jadilah pisang yang boleh dimanfaatkan, bukan hanya sebagai hiasan yang akhirnya diseliputi habuk dan tempat bersarangnya nyamuk. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com