Kawan-kawan kakcik

Ahad, 19 September 2010

Untuk Perhatian Pengusaha Kedai Makan/Restoran....

(Adakah agaknya pemilik/pengusaha kedai makan/restoran membaca catatanku ini???)

Oleh kerana aku tidak mempunyai wang jutaan ringgit untuk membayar saman, jadi aku tidak akan meletakkan nama restoran yang kukunjungi malam tadi bersama keluarga.  Restoran ini pilihan suamiku kononnya untuk 'mencuba' makanan di situ.  Bagaimanapun, yang membayar bil adalah Along.

Dari apa yang aku perhati dan nilaikan, inilah rumusan yang kubuat.  Skala adalah 5 untuk yang paling baik dan 0 untuk yang paling teruk. 

Rasa makanan : 3

Layanan  : 2.5

Tempoh menunggu : 2

Pekerja : 2.5

Harga : 3

Secara puratanya :  Lulus tapi tidak melepasi tahap kecemerlangan.

Disebabkan aku dan keluarga sudah sering makan di restoran/kedai makan makanan Thai, jadi tidak sukar bagi kami membuat perbandingan tentang rasa makanan.  Rasanya tidaklah begitu 'mengancam'.  Tapi, lain orang, lain citarasanyanya.  Jadi bab rasa, adalah mengikut 'tekak' masing-masing.

Dari segi layanan, pekerja terpaksa dipanggil untuk membersihkan meja yang telah ditinggalkan pelanggan terdahulu.  Mungkin mereka terlalu sibuk walaupun pelanggan tidaklah seramai mana!  Untuk mengambil pesanan pun agak 'lembab'.

Kami menunggu hingga lebih setengah jam untuk mendapatkan hidangan.  Nampaknya pelanggan yang datang kemudian tapi dalam bilangan yang kecil (2 atau 3 orang) mendapat dahulu pesanan mereka.  Hampir sahaja aku memanggil pelayan untuk bertanyakan hidangan kami!  Pelayan nampaknya lebih seronok bersembang dari menghantar pesanan walaupun hidangan telah disiapkan oleh tukang masak.

Pekerja wanita tidak memakai pakaian yang menutup aurat.  Tukang masak dan tukang bancuh air juga tidak menutup rambut mereka.  Paling sedih, tukang bancuh air boleh menghisap rokok dan menghembuskan asap berkepul-kepul (dia menghisap rokok betul-betul di dapur) sebelum menyambung tugasnya membancuh air.  Bagaimana kalau abu rokok itu jatuh dalam minuman yang dibancuh?

Kami mengambil makanan mengikut 'set' untuk 6 orang dengan harga RM87.00.  Bagaimanapun sebab kami memesan air (takkanlah makan tanpa minum - nanti cekik pulak) dan sedikit lauk tambahan, keseluruhan harga yang perlu dibayar adalah RM126.00.  Tak mengapalah - itu pilihan kami sendiri.

Bab kebersihan pinggan mangkuk, sudu garfu dan gelas yang digunakan juga nampaknya tidak begitu diambil berat.  
Hmmmm.... nampaknya itulah kali pertama dan terakhir kami akan singgah makan di restoran tersebut. 



 

20 ulasan:

  1. ada restoren yang akan kita ulang dan ulang dan ulang. ada pulak yang tu lah pertama kali dan terakhir. Peniaga restoren ni sepatutnya kaji kenapa orang tak ramai datang.....

    kpah tinggal di bandar baru bangi. call tadika kakpah untuk dapatkan no henfon. tapi kakpah harini sampai rabu takde kat rumah. jenjalan haha...

    BalasPadam
  2. Salam Kakpah...

    kadang2 peniaga restoran 'take for granted' je yang orang datang sebab orang perlu makan.. tapi, sekarang sudah terlalu banyak persaingan, jadi para pemilik dan/atau pengusaha kena selalu buat R&D untuk kelangsungan hayat perniagaaan mereka...

    Hehehe... nanti kakcik tinjau2 nombor kakpah tu... :)

    BalasPadam
  3. Kakcik..saya pernah mengalami pengalaman cam kakcik tu..yang tak tahan kadang pelayan sombong sangat..biasanya saya komplen masa bayar.

    BalasPadam
  4. Salmi...

    kalau 'angin' kakcik datang nak komplen.. kakcik akan komplen masa tu... tapi, kalau kakcik tak ada 'hati' nak komplen... jawabnya, kakcik tak akan datang lagi...

    BalasPadam
  5. uih..kesiannya kak chik..
    rasanya tak lama lagi gulung tikarlah kedai tu..

    BalasPadam
  6. Salam Mizah..

    semoga 'mereka' segera sedar dari 'lena yang panjang' ...

    BalasPadam
  7. makan di kedai kekadang beginilah nasibnya..

    IM kerap makan di kedai yang itulah kali pertama dan terakhir IM singgah...

    BalasPadam
  8. dah lalui pengalaman sama macam kakcik tu, kompem takkan jejak lagi restoren tu

    saya pulak suami yang selalu tegur...

    BalasPadam
  9. Ibuintan...

    kita tak kedekut untuk beritahu kawan, kalau semuanya 'kena' di hati dan mata kita. Tapi, kalau serba tak kena... hmmm.. 'lu fikirlah sendiri', kan?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum wbt
    Ate ade kedei yg jauh teghok masakkan mcm bebudak skolah SRT, sampei teman poghonah le mengampuih, nyumpah munkalor mcmtu ghope nye, sapa2 le tongong bebenor yg nyinggah kedei tu dan beghape lame gamaknye boleh bertahan! Tetapi lelame, teman nengok makin ghamei pulak orgnye ke kedei tu. Dlm dunia ni, ade juga org2 tongong mcm tu ator teman soghang je ghase mcm tu?

    BalasPadam
  11. salam my dear kakCikS:)

    Begitulah bisness org kita..(mungkin bukan semua)...
    Semmgnya cara layanan yg teruk merugi mereka saje.
    Mcm kata akak..Kunjungan Pertama & Terakhir..
    Jangan terkubur bisness sudah...

    BalasPadam
  12. kakcik..iskh. geram jek dgr kerenah pelayan tu. ptt sekarang ramai yg memilih ke mapley jek, sbb pekrja lebih disiplin.

    BalasPadam
  13. Salam KakCik,

    Kalau restoran melayu, kebanyakkannya mengabaikan dari segi layanan, kebersihan dan mutu masakan.

    Apabila perniagaan merosot akibat faktor di atas. Agak2 kakcik apa alasana mereka...???

    "hehehe... orang sebelah sudah tanam benda dan buat macam2"

    Betul tak...????

    BalasPadam
  14. Wa'alaikummussalam Yop...

    (bersangka bughuk pulak teman ni...) ntah2 deme tu makei pelaghih?? Sapa masuk tak mace 'Bismillah' nampak kedei tu macam sempeghone je... ;-)

    BalasPadam
  15. Salam Tinie sayang...

    'orang kita' ni kdgkalanya, cepat sangat puas hati... nampak je pelanggan berduyun masuk, mereka ingat 'tarikan' mereka sudah cukup kuat. Mereka lupa, kdg2 orang masuk untuk mencuba.. lepas tu, tak jejak kaki lagi bila semuanya 'serba tak kena'...

    BalasPadam
  16. Cyana...

    ada pelayan yang jenis 'tak boleh ditegur'.. mulalah muncung2 dan berbisik2 macam kita yang buat salah... :(

    BalasPadam
  17. Salam Isa...

    itulah mentaliti 'orang kita'. Sikit2 tuduh orang lain.. kelemahan sendiri tak mahu dikaji. :(

    BalasPadam
  18. hancur bisnes lagu ni...
    sebab tu kedai mamak maju...

    BalasPadam
  19. AM...

    kita doakanlah agar mereka tidak terlalu lama terleka...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com