Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 3 Julai 2010

Halal ke?? Tengok chef dia....

Jalan-jalan dengan budak sepet di MVMM.  


Perut rasa lapar. Ingat nak beli roti.  Tapi, budak sepet kata,
tengok dulu, ada HALAL tak.  Tengok chef  dia siapa....

Tunjukkan kedai lepas satu, satu.  Semuanya tidak 'memenuhi piawaian' budak sepet.  Sudahnya tak beli apa-apa.


 

 

20 ulasan:

  1. syabas kat budak sepet, kecik2 dah prihatin !!

    BalasPadam
  2. wah seronoknya jalan kat midvalley...
    saya tak tahu pulak breadtalk tu halal ke idak tapi dulu selalulah juga beli roti kat situ...

    BalasPadam
  3. belom lapo lagi tuh...kalo lapo, mesti sambo...

    BalasPadam
  4. Alaaaa.... cian nyer budak sepet tu..

    BalasPadam
  5. cayalah budak sepet..
    kecik2 sdh arif bab halal...
    org skrg ramai yg x prihatin..
    asal kedai makan je masuk terus

    BalasPadam
  6. Bijak...bijak dak sepet. Alhamdulillah. Ingat mengingati. Bahagia dan berjaya hendaknyer. AMin.

    BalasPadam
  7. bagusnya, sama ngan siayong ibu ada tanda halal tak?

    BalasPadam
  8. wahh.. bagusnya .

    sangat prihatin tentang apa yang hendak dimakannya ..


    kakcik, ada award utk akak ..

    BalasPadam
  9. Salam Pn Sri..

    Alhamdulillah.. mudah2an sikapnya itu akan berterusan sampai bila-bila. :)

    BalasPadam
  10. Salam Salmi..

    kakcik intai2 juga tanda HALAL kat situ, tapi tak nampak pun. Dan yang pasti, yang 'jaga' (nampak macam bos) kat situ, matanya lebihkurang budak sepet. :)

    BalasPadam
  11. Salam Cikgu..

    masa tu kakcik memang lapo sangat...

    BalasPadam
  12. Salam Azie..

    bukan budak sepet yang nak makan (dia tu hanya suka makan nasi dan lauk pauk), tapi mak dia.. :)

    BalasPadam
  13. Salam Ms Lilies..

    betullah.. zaman kakcik baya2 dia dulu.. mana nak ambil tahu bab halal haram, asal bukan yang sah2 diketahui haram.. main belasah je..

    BalasPadam
  14. Salam Mamawana..

    muda2an sikapnya itu berterusan.. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  15. Salam Sya..

    budak2 sekarang memang lebih prihatin, kan? Semoga mereka terus begitu. :)

    BalasPadam
  16. Salam Kak Cik.

    terima kasih pada cikgu yang mengajar tu. Berkesan diingatan anak akak.

    BalasPadam
  17. Salam LiNda..

    sekurang2nya selain untuk dirinya, dia tolong mengingatkan maknya.. :)

    Terima kasih untuk award tu. :)

    BalasPadam
  18. Salam Reen..

    iya, terima kasih pada sesiapa yang mengajarnya .. :)

    BalasPadam
  19. huish ... tingginya piawaian budak sepet tu .. kalau tak sepet, tak tahulah tinggi mana pulak. hehe

    BalasPadam
  20. Salam Kanda AL..

    hahaha.. kalau tak sepet tak tahulah seluas mana pandangannya! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com