Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 November 2015

Kashmir - corat coret ...

Ada yang anda ingin tanyakan?

Boleh emel kepada makcik di : emzekjay@hotmail.com atau kakcikseroja@gmail.com

Disebabkan terlalu banyak gambar yang makcik letak dalam catatan bersiri Kashmir sebelum ini, jadi mungkin apa yang anda ingin tahu tidak mendapat jawapannya.   Makcik akan cuba jawab emel anda setakat termampu dan di dalam pengetahuan makcik ya.  

Kami pergi berenam dengan tiket penerbangan yang dibeli sendiri dan cuma membayar harga pakej kepada pemandu pelancong di sana.  Berikutan nilai Ringgit Malaysia yang sudah jatuh teruk, nilai yang dibayar mungkin kelihatan sedikit mahal.  Bagaimanapun, nilai dalam Rupee India sudah ditetapkan.

Ada yang teringin hendak ke Kashmir?  Makcik pun teringin hendak pergi lagi tapi dalam musim yang berlainan (musim panas mungkin, InsyaAllah).

Bila kita melancong atau mengembara di dalam kumpulan, pandai-pandailah membawa diri.  Jangan pentingkan perasaan sendiri. Jangan terlalu cuba menonjolkan diri untuk nampak berbeza dengan ahli kumpulan.  Bersederhanalah. Hormati ahli kumpulan walaupun mereka bukan siapa-siapa dan kelihatan tidak berdaya.  Bila kita dalam kumpulan, sebenarnya kita adalah sama sahaja. Jika ada ketua dalam kumpulan, maka jangan kita pula cuba memandai tanpa merujuk kepada ketua.

Jangan sesekali ambil kesempatan terhadap ahli kumpulan.  Jika kita perlukan sesuatu bantuan atau sebagainya, ringankan mulut untuk menyebut perkataan TOLONG.  Ahli  kumpulan bukan hamba kita untuk kita arahkan sesuka hati hatta setakat untuk merakamkan gambar kita.

Pemandu pelancong yang kami gunakan khidmatnya, sangat bagus bagi makcik.  Walaupun dia masih muda dan agak baru dalam bidangnya tapi dia cuba sebaik mungkin untuk mengikut kemahuan kita.  Untungnya menggunakan khidmat begini, kita tidak terikat ketat dengan jadual sebagaimana jika kita pergi dengan agensi pelancongan.

Kashmir adalah kawasan yang dikhabarkan kononnya sentiasa bergolak.  Alhamdulillah, kami tidak terganggu pun dengan apa yang dikatakan pergolakan itu.  Memang tentera bersenjata kelihatan di mana-mana.  Di ceruk mana pun mereka ada.  Tapi kehadiran mereka tidak pun menimbulkan rasa tergugat di hati.  Bila kita memandang mereka dan kebetulan pandangan bertemu, mereka akan hadiahkan senyuman.

Orang Kashmir tidak suka dikenali sebagai orang India.  Bagi mereka, Kashmir bukan India. Mereka sentiasa memperjuangkan untuk bebas dari India. Penduduk Kashmir hampir 100% Muslim.  Marilah kita doakan saudara seagama kita semoga mereka mendapat kebebasan dan dapat membangunkan negara sendiri dengan lebih cantik dan teratur.

Opssss... hampir terlupa :  berjalan di sana, bersedialah dengan powerbank kerana bateri telefon sangat cepat menyusut.  Bukan telefon aku sahaja, tapi telefon rakan-rakan juga.  Mungkin kerana keghairahan merakam gambar atau mungkin kerana cuaca yang dingin.  Malahan sesekali, telefon menjadi 'kaku' hingga terpakasa dimatikan dan dihidupkan semula.

Satu lagi, cubalah sediakan duit dalam nilai yang lebih kecil kerana biasanya bila kita tukar di pengurup wang, kita akan diberi wang kertas dengan nilai Inr1000 atau Inr500.  Bila dapat, tukarlah kepada nilai Inr100 atau Inr50. Gunanya wang yang bernilai lebih kecil ini untuk memudahkan kita memberi saguhati (tips) kepada mereka yang membantu kita seperti petugas hotel, pemandu bot dan sebagainya.  Mengikut nilai semasa (sekarang), Inr100 bersamaan lebihkurang RM7.00.  Kalau kita mampu, hendak bagi lebih pun tiada masalah, terutama kepada pemandu yang berkhidmat untuk kita selama berhari-hari itu.  Jangan terlalu kedekut kerana rezeki Allah itu untuk dikongsikan.  Mungkin kita tidak biasa memberi saguhati di sini, tapi di sana mereka sangat mengharapkannya.  Pandangan mata mereka boleh menggambarkan perasaan mereka...

Setakat ini dulu yang terlintas untuk makcik coretkan.  Sebarang pertanyaan bolehlah emel makcik di alamat emel yang makcik letakkan di atas itu.

Zura, Nadia, Puan Blog, Iyra, Yan dan Lina...


Khamis, 26 November 2015

Kashmir - ada rezeki kita berjumpa lagi...

Kata orang : setinggi mana terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau.  Begitu juga bagaimanapun sayang dan terpikatnya kita dengan tempat orang, akhirnya kembali ke tanahair sendiri.

Selepas menghabiskan masa 'bermain-main' di Naseem Bagh, kami dibawa untuk makan tengahari di Shamyana Restaurant.  





Selepas makan, ada yang sudah tidak mampu untuk meneruskan perjalanan kerana masalah kesihatan.  Aku juga rasanya sudah tak mampu hendak keluar.  Bagaimanapun, kugagahkan diri mengikut rakan-rakan ke kedai di bawah ini :

Lelaki ini mengaku usianya baru 44 tahun dan punya 2 isteri.
Bab 2 isteri tu aku tak kata apa-apa, tapi bab usia tu macam
susah aku nak percaya! Aku beli jugalah dua helai selendang
di sini.  Yang aku beli itu macam dalam gambar sebelah kanan.
Penyakit aku ini, bila dah beli aku akan rasa sepatutnya
harga yang boleh didapati lebih murah lagi...


Demonstrasi karpet yang tidak terbakar walau dicucuh api.
Selepas membeli belah di sini, kami balik ke hotel untuk
berkemas-kemas. Esok kami akan terbang ke Delhi...
Sarapan pagi terakhir di Mannat Resort :

Lupa dah nama puding ni...

Bersarapan sambil memerhati keluar.  Nampak pula bayang-bayang telefonku di situ...



Ini sahajalah sarapanku...

Hanya kami berempat.  Yan dan Lina ada urusan lain di waktu ini.

Beg-beg dipunggah ke dalam dan ke atas kereta.

Ketika ini sudah tiba di lapangan terbang.
Sementara menanti waktu masuk, Zubair bawa kami minum
di bawah pokok...

Makan saja, jangan banyak kira!

Teruknya muka makcik!

Wajah sedih menuju ke pesawat Indigo Air...


Naik bas khas menuju pesawat...

Inilah pesawatnya.  Selamat tinggal Srinagar.  Selamat tinggal Kashmir.
Ada rezeki dan izin Ilahi, pasti kita akan berjumpa lagi.

Kashmir - Singgah di Naseem Bagh, University Of Kashmir...

Boleh baca sejarah Naseem Bagh DI SINI...

Singgah di kafe ini untuk bersantai seketika sambil berangan kononnya menjadi sebahagian dari pelajar University Of Kashmir...


Dah lupa pula nama minuman yang kupesan ini.

Terdapat lebih dari 500 pokok 'maple Kashmir' (chinar) ini di sini ...

Terserempak dengan Uzair yang pandai berbahasa Melayu.
Pemuda ini adalah lepasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
dalam bidang kejuruteraan.  Kami teruja dia pandai cakap Melayu
dan dia pastinya teruja dapat berlagak di hadapan kawan-kawannya
bertutur dalam bahasa yang mereka tak faham... :)

Bukan main kembang hidung kau ya Uzair? :)
Lina (tukang urutku yang terbaik) dan Zura ('anak daddy' yang comel) pun tumpang gembira...

'Bersendirian bukan bermakna keseorangan'

Menghampiri hari untuk berangkat pulang.  Ada rasa terkilan di hati.
Mengapa?  biarlah ia menjadi misteri...

Senyum yang kelihatan tidak ikhlas!

...masih ada sambungannya...