Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 Mac 2016

Destinasiku~linari bersama Chef Azli Razali...

Kenal tak dengan Chef Azli Razali?  Beliau pernah ada BLOG.  Tapi nampaknya blog beliau sudah lama tidak dikemaskini.  Mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan di sana sini...

Mahu bertemu dengan beliau?
Mungkin program di bawah ini membuka peluang untuk anda
bertemu dan mempelajari satu dua resepi dari beliau.

Program seharian dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang dengan bayaran hanya RM100.00
pasti mengujakan bagi anda yang berminat.  Butiran program dan cara untuk
membuat bayaran serta siapa yang perlu dihubungi tercatat di atas.

Tempat adalah terhad, jadi segeralah buat tempahan.
Makanan dan minuman disediakan tetapi
pengangkutan adalah atas tanggungjawab sendiri.

Simpan tarikh untuk program ini :
23/04/2016
bertempat di :
Homestay Sg Hj Dorani, Sg. Besar. Selangor.

13 ulasan:

  1. Teringin nak join tapi hati tengah gundah buat apa pun tak ada mood kakcik...

    BalasPadam
  2. Kakcik join ke?
    Kalau dekat nak juga join - tengok program dia best juga tu:)

    BalasPadam
  3. saya salah seorang follower blog dia..heheh..
    kak cik join ke?murah tu..yang dekat boleh la join..

    BalasPadam
  4. tak minat la kak cik ..hehe
    lg pun susah sikit klu ade anak kecik ni

    BalasPadam
  5. macam best je kakcik ... nnt update gambar bnyk2 tau

    BalasPadam
  6. menarik je mak! lokasi pun mcm best best jek

    BalasPadam
  7. Ohhh dulu chef ni blogger ye Kakcik..
    Skrg dah jadi chef..
    Macam best jer program dia tu..
    Tapi jauh benor..
    Kat Sunga Besar sana tu :)

    BalasPadam
  8. bestnya... murah jgk utk program seharian.... udahla tempat program tuh best kakcik... nata de cooc, kerepek mmg best lah tu

    BalasPadam
  9. wah, murah juga ya untuk seharian. tapi jauh juga nak pi

    BalasPadam
  10. Menarik ni kakcik... tapi sekarang ni hujung minggu selalu balik Taiping, mak tak sihat.. tak sampai hati pulak kalau tak balik tengok

    BalasPadam
  11. waaa menarik. tapi tu diaa jauh jgak sg besar..hehe

    BalasPadam
  12. Memang berminat K Chik,,tapi anak syurga Wa tu tiada sapa nak jaga...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com