Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Januari 2016

Mengenali Pakistan melalui Diari Seorang Diplomat...


..sejak mengetahui buku ini sudah terbit bila membaca blog Mawar Nafastari, aku cuba mendapatkannya.  Mencari di kedai buku tapi tidak berjumpa lalu aku tinggalkan komen di blog tersebut...

Aku hantar mesej kepada Nur Mawar di facebook.
Beberapa hari kemudian, aku menerima buku tersebut dan aku tak boleh berhenti membacanya dari helaian pertama hingga helaian akhirnya.  Buku yang dicetak atas kertas bermutu tinggi ini memang harus dibaca sekiranya anda ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang Pakistan - sebuah negara yang diagung-agungkan oleh rakyatnya sebagai negara Islam tapi dalam masa yang sama ada perkara-perkara yang diamalkan oleh mereka amat bercanggah dengan  hulum Islam.  Contohnya, anak perempuan tidak begitu disukai.  Arak dihidangkan dalam majlis perkahwinan dan beberapa perkara lagi yang sekiranya anda ingin tahu, buku ini harus menjadi milik anda...


Buku ini sebenarnya diterbitkan atas usaha balu
Allahyarham Wan Ahmad Fadzil - Puan Mawar.

Dalam usia belum 30 tahun, beliau dipanggil kembali
oleh Ilahi di tanahair sendiri walaupun beliau
bertugas di sebuah negara yang sentiasa bergolak
seolah-olah nyawa bagai telur di hujung tanduk.

Semoga roh Allahyarham sejahtera di sisi Maha Pencipta





20 ulasan:

  1. kakchik, mcm mana nak mendapatkan buku ni. menarik...

    BalasPadam
  2. Assalam. Kakcik.. saya mesti dapat satu buku ni dan lama cari. Terimakasih atas info.

    BalasPadam
  3. wah besnyer kak cik.. ye le lebih bagus kita tahu dari org yg mmg dah dok lama di sana ..

    BalasPadam
  4. kena pegi cari di library tempat kerja saya...mesti ada...

    BalasPadam
  5. Sekali imbas menatap nampak menarik... "Nafastari sentaiasa mekar dalam kenangan Mawar, Embun dan Kekwa...terasa bagai meruntun kalbu agar buku ini harus dimiliki.

    BalasPadam
  6. mesti nak dapatkan nnt.. pakistan pun cantik macam kashmir..
    boleh jejak nanti kak.

    BalasPadam
  7. Rasanya saya pernah nampak buku ni di kedai buku even POPULAR. Saya akan dapatkannya. Thanks Kakcik!

    BalasPadam
  8. Klu bc blog nafastari..mmg terkesan..input bagus..dan sahabatnya dr blog oranglipis.blogspot perihal arwah sgt kagum...v.simple person..nice...but ilmu bnyk..mkin arwah bnyk membaca dan berkawan dgn negara lain...

    BalasPadam
  9. menarik bacaan yang membuka mata dan minda

    BalasPadam
  10. mawar tu isteri arwah penulis ke ??

    BalasPadam
  11. Mudanya alahai dah pergi menghadap Ilahi...

    Baca entri ni tetiba aje teringin nak baca pengalamannya bertugas di Pakistan. Mesti best membaca pengalaman orangkan, Kakcik!

    BalasPadam
  12. terima kasih sudi membaca.. moga ilmu yang ada dimanfaatkan bersama dan menajdi jariah yang berpanjangan buat arwah... amin....

    sabar itu cantik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com