Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 April 2014

Bila kerani sibuknya lebih dari menteri...

...kita nak bertanya pun jadi tak berani
manalah tahu kalau-kalau dia ada Ijazah PhD
lalu dia lupa yang dia hanya buat kerja kerani
pertanyaan kita dibalas sudi tak sudi

kerani sekarang hebat-hebat belaka
kita bertanya dia buat muka mencuka
belum lagi tona suara yang meremangkan roma
mungkin sebab kerja tak setimpal dengan gaji yang diterima

sebab tak tahulah orang bertanya
kalau dah tahu buat apa nak buang masa
kalau tak mahu layan taklah mengapa
esok-esok jangan merempan bila diri sendiri terkena...

20 ulasan:

  1. ERMMMMM
    X SEMUA KAN MACAM TUE MYBE DIA DTG BULAN KE APA
    HAHA

    BalasPadam
  2. mesti nak tunjuk dia bagus tuh...sekarang kena buat2 sibuk kalau nak naik...eh....

    BalasPadam
  3. memang malu jadinya kalau ditinggikan suara...semua org akan pandang kita...ada jugak yg layan ikut jantina...kalau dgn lelaki,yg segak bergaya..bkn main lebar senyuman..

    BalasPadam
  4. sama saja di sekolah..cikgu nak minta tolong kerani atau nak tanya apa-apa pon kena tgk mood depa dulu..padahal cikgu gred lebih tinggi dr depa..huhu..(T T)

    BalasPadam
  5. kena bersyukur ngan apa yg kita ada.. baik dah ada kerja kerani dari jadi penggangur.. huhu

    BalasPadam
  6. kdg-kdg semua longgok pada kerani..tapi xde la sampai emo..

    BalasPadam
  7. tahan la ada kerani
    opis saya, kerani dibuang terpaksa la kita sendiri buat kerja-kerja pengkeraniann..ngeee

    BalasPadam
  8. kalau dapat staf sombong kerja sebumbung memang sy pun tak sanjung !

    BalasPadam
  9. salam singgah ptg membaca bila ada free2..

    BalasPadam
  10. salam kak,

    sy pun ada bad experience dgn kerani nih-->kerani sekolah men. anak sy...bukan sekali tapi berkali² jadi camtu....kita yang tercongok kat kaunter dia buat x endah je...bila kita panggil elok² dijawab acuh tak acuh je....kerani ppuan 2 orang sorang muda dorang berumur...sama je sikapnya....terpaksa menunggu berjam² dek ketidakprihatinan mereka...alih² selalunya penolong pengetua yang jadi penyelamat keadaan...dilayan dgn begitu baik sekali...dan cikgu² yang lalu lalang kat pejabat tu pon akan menegur dan cuba offer bantuan diorang...sangat menyedihkan sgt dengan apa yg berlaku...dengan sikap kearni² tuh

    BalasPadam
  11. senang cite jawatan apa pun kite, yg penting kene ada tolak ansur, saling hormat menghormati

    BalasPadam
  12. Itu dah jadi perkara biasa bila sudu berlagak lebih hebat dari mangkuk. Yang seronoknya berurusan dengan boss biasanya lebih mudah dari kerani dan PA mereka. Sebab itulah saya seberapa boleh suka bercakap dengan boss sendiri, lagi pun mereka decision maker, sedangkan kerani yang cakap hebat tu kadang2 tak boleh beri apa-apa keputusan... :)

    BalasPadam
  13. Setuju dgn Jay Ar..
    Lebih sudu dari mangkuk..
    Acap kali tgk org yg jawatan tinggi ni relax aja...santai...yg bawah2 ni poyo & berlagak...

    BalasPadam
  14. kat mana2terutama di sk pn kebanyakan mcm tu kakcik (bukan semua)...kerani terlebih dr cikgu n bos...bos pn boleh ditengkingnya..cikgu kalau marah ank murid berada, depa main tengking dgn tanpa rasa bersalah....adeh....sabo jelah....

    BalasPadam
  15. Kerja IM sekarang ini memang lebih kurang macam kerja kat kaunter. Berdepan dengan pelabagai kerenah orang.

    Memang boleh mengamuk dibuatnya lebih-lebih lagi kalau berhadapan dengan pelanggan yang banyak kore...

    BalasPadam
  16. begitulah bila meletakkan diri pada tempat yang tak sepatutnya...sabar jerlah..sian kt orang macam ini.

    BalasPadam
  17. haha. ye la tu kak, dia sibuk sebab dia yang uruskan most of the kerja menteri.

    BalasPadam
  18. Saya pernah kena marah dengan kerani sekolah kerana sibuk nak cari cikgu anak saya. Yalah, bukan senang nak jumpa cikgu dan kita pun tak boleh nak ambil mudah aje hal-hal sekolah anak. Last-last bila ke sekolah mencari cikgu, saya cakap ajelah sayalah orangnya yang dikata 'asyik dok telefon' tadi tu ....

    Banyak kali juga kena dengan kerani level mengalahkan menteri ni tapi yalah nak kata apa. Kalau tak mahu cari pasal, lebih baik bertabah ajelah menghadapinya. Gaduh in public ni memang best kalau difikirkan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com