Kawan-kawan kakcik

Rabu, 8 Januari 2014

Bila pakaian dalam dah mula longgar...

...bermakna sudah tiba waktu untuk ditukar
ia longgar bukan kerana badan kian kurus
bukan juga kerana ia tidak di'urus'
tapi kian longgar kerana sekian lama tidak bertukar
warnanya sudah pudar
getahnya kian kendur

Peduli apa
bukan ada orang nampak di sebalik pakaian luar kita
bila disidai sembunyikan sebalik pakaian lainnya

Apalah sangat dengan pakaian dalam
kita pun bukan model peragaan
dalam hidup yang serba kepayahan
perut yang lapar perlu diutamakan....


Tak faham?
Tak mengapa kerana bukan semua orang punya cerita hidup yang sama...

29 ulasan:

  1. Adoi hai kak.cik...membaca tajuknya saje dah buat trsenyum simpul ni...hehe...

    BalasPadam
  2. Kalau terlondeh masih boleh semat pin .Tapi perut lapar nak staple dgn apa ya.Kesian kita ..

    BalasPadam
  3. Hahahaha. Saya faham dah Kak Cik. Beli la yang ada brand sket. Boleh tahan sampai 3 tahun tau. Tapi tu pun basuh jangan masuk machine. Kalau tak memang cepat lunyai.

    BalasPadam
  4. Kakcik macam mak saya yang diajar kepada kami. Berjimatlah. Pakaian bukan keperluan utama. Pendidikan, kelangsungan hidup, kesihatan yang paling utama. Kalau dah tak boleh pakai, baru beli yang baru....

    BalasPadam
  5. Mintak abg bob belikan victoria secret la kakcik...tahan lama...hihihi

    BalasPadam
  6. dalam keadaan sekarang nak beli baru kena fikir berkali...hahahah...lebih kepada keperluan anak jer skrg ni...

    BalasPadam
  7. beli kat jusco je. pakai voucher lak tuh. kihkihkih

    BalasPadam
  8. sama la mak...selagi tak putus pakai aje lah..

    BalasPadam
  9. tergelak sdri kak..dgn pos akak ni..mcm lbih kurang sama aje..hehe..btol ckp akak..cerita hidup kita mmg berbeza..setuju..

    BalasPadam
  10. pakai yg beratus,beribu harga pun org bkn nampak...

    BalasPadam
  11. Best jer..Kakcik punya entry tulus n jujur..:-)

    BalasPadam
  12. betul tu kakcik... blh jd sbb dh lama sgt perlu tkr baru, or sbb bdn kite dh kurus... tp kalu beli yg harga murah mmg cpt longgar kalu beli yg mahal mmg tahan lama tp masa nk membeli dr poket tebal boleh terus leper kui3

    BalasPadam
  13. Kalu longgar di pinggang, ikat dgn getah, kalau nk cantum yg terburai guna stapler...asal jgn pengsan tgh jln dah...terkejut org di blik kecemasan nanti!

    BalasPadam
  14. assalamualaikum kakcik...betul tu kalau dah longgar tu memng kena ditukar...entri yg menarik...:)

    BalasPadam
  15. Kalau dah betul tak leh guna.. beli yang baru.. dan yang boleh tahan lama kan..

    BalasPadam
  16. Bukan kian kurus tapi bertambah sexy Kakcik!! hahahaha

    BalasPadam
  17. entry kakcik ni sambungan nya ada kat blog saya..hahahh

    http://www.dianarashid.com/2014/01/orang-lelaki-bukah-peduli-pun-kau-pakai.html

    BalasPadam
  18. Kalau ada keperluan lain yg mendesak, yg dalam boleh ditangguhkan..tak ganggu mana pun kan. :)

    BalasPadam
  19. hehehe....saya kena beli gak...kalau xde org sponsor, kumpul duit beli hehehe

    BalasPadam
  20. Salam kakcik..gelak atie sensorang bc n3 kakcik ni..ada betulnya.(^_^)

    BalasPadam
  21. wlp tersorok di dalam, tp saya ttp beri perhatian juga...
    kerana di situ rahsia keselesaan kita..:)

    BalasPadam
  22. tajuk entri tu buat tergoda je ;) selagi boleh guna kakcik.. lg pun belah dlm ya tak? ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com