Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Januari 2013

Seloka di hari Jumaat...

Salam di hari Jumaat
buat semua kawan, teman dan sahabat
juga buat mereka yang sakit mahupun yang sihat
mulakan hari dengan niat menjadi hebat

menjadi hebat biarlah di jalan yang sihat
bukan berniat untuk menjadi musibat
jauhkan diri dari segala yang berbentuk maksiat
jadilah yang terbaik walau jasa tidak dilihat

kalau kita seorang ketua
bawalah anak buah ke jalan yang nyata
bukan biarkan mereka meneka-neka
mereka itu berharga atau sekadar diperguna

andai kita seorang pengikut
jauhkan diri dari rasa takut
jangan menjadi seperti melukut
kerana tanpa kita ketua tak akan ujud

yang benar katakan benar
yang salah katakan salah
jangan  kerana sedikit umpan
najis dihulur sanggup kita telan

bila keluarnya catatan sebegini, maka ertinya penulis dalam keadaan tiada ilham yang berguna untuk diluahkan dan tiada juga produk kawan-kawan hendak 'diiklankan'...



17 ulasan:

  1. Selamat pagi Kakcik dan Salam Hari Jumaat.

    Amboi siap berpantun yer.... Hehehehe

    BalasPadam
  2. Waaaa....takder ilham keluar pantun....hebat la kak Chik hehehhe....

    BalasPadam
  3. kakcik bab pantun

    serah je kat dia

    hehehe

    hebak!!

    BalasPadam
  4. ni nak saya lagukan sekali? keh keh~~

    BalasPadam
  5. Semoga Jumaat ini hingga Jumaat hadapan kita dilindungi bersama Surah Al-Kahfi. Amiin.

    BalasPadam
  6. macam ni pun tak de ilham??hebat...heheh

    BalasPadam
  7. akak....ilham akak nie... berguna...ada maksud yg ingin disampaikan...

    BalasPadam
  8. Seloka jumaat penuh bererti
    setiap patah dan inti-pati
    bersama kita semua hayati
    sebagai manusia selalu diperhati

    BalasPadam
  9. seloka sokmo kakcik ni..kreatif sungguh. saya kalau nak suruh buat pantun seloka segala..confirm..mati kutu dibuatnya..hehe.

    BalasPadam
  10. karya terbaik ni kakcik

    BalasPadam
  11. Salam Jumaat kakcik..
    Pandai kakcik berseloka kan....:)

    BalasPadam
  12. Nak mengilhamkan seloka lagi susah dr nak tulis kak cik...hehe

    BalasPadam
  13. keywordnya - umpannnn.. hehehe..pandai kakcik berseloka..

    BalasPadam
  14. perenggan last tu selalu org lupa...mudah tertipu..

    BalasPadam
  15. dah petang baru dapat jengah kat sini..
    ina agak sibuk lately kakcik.. :(

    BalasPadam
  16. ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com