Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 Januari 2013

Satu petang di Jalan Duta...

Gambar ini bukan di waktu petang, tapi waktu malam pada hari
yang berlainan dengan gambar-gambar di bawah...
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Masjid yang sama dirakam dari jarak yang berbeza.
Satu waktu dulu, bangunan-bangunan ini sangat terkenal sebagai
'Kompleks Kerajaan Jalan Duta'.
Tujuan utama ke Jalan Duta adalah untuk ke sini.  Sudah 5 kali
kami datang ke sini, tapi kali terakhir pada 18/1/2013 adalah
untuk membeli dan bungkus bawa balik. Nasi Arab di SINI
murah harganya dan rasanya pun sedap.
Yang kelihatan itu bukanlah kubah masjid.  Sebaliknya ia adalah
kubah Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

25 ulasan:

  1. food court kat situ..malam2 buka ke kakcik?

    BalasPadam
  2. oh ada kat shah alam juga. mmg sedap nasinya kan

    BalasPadam
  3. Saya tak pernah pegi area situ, kecuali kalu nak lalu hiway nak baik Utara.

    BalasPadam
  4. nanti nak ajak ciklan ke situ lah.. nak try nasi arab tu.. ;)

    BalasPadam
  5. Mee kari udang kat food court situ sedap. Minum pulak air asam boi. Lama tak singgah....

    BalasPadam
  6. dah lama xg jalan duta tuu....sesak nak g kl..

    BalasPadam
  7. Bangunan Kerajaan lama kat situ sekarang jadi tempat apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ada pejabat Imigresen dan LHDN di sana (kalau kakcik tak silap).

      Padam
  8. naper tak amek gambar matrade yg ado sebelah mahkamah tu?

    disitulah saya mencari rezeki

    hehehe

    bangunan kerajaan lama tu adalah agensi saya tahu... :p

    BalasPadam
  9. Kompleks kerajaan tu dah takde ke kakcik? teruklah sy ni...tatau pape pon...

    BalasPadam
  10. Cantik gambar atas dgn masjid tu....

    BalasPadam
  11. sebenarnya...makcik ni tak pernah lagi merasa apa2...nasi arab, kabsah dan sewaktu....kena cari gang jugak nak merasa ni...

    BalasPadam
  12. kat tmpt sy keje ni ada 1 bgnan bkubah biru ala2 msjd shah alam. masa mula2 bina ingat msjd, rupanya mhkamah

    BalasPadam
  13. saya selalu panjat bangunan tu kakchik..sebab nak tukar sekolah, huhu...

    BalasPadam
  14. bila nak merasa jalan2 ke kl lagi nih??erm..ada ank kecik tak kose nak jalan2..heheh

    BalasPadam
  15. cntik gmba2 tu...terpegun tgk..walau tk penah smpai pun kt bangunan2 tu..tgk dri kejauhan sj..

    BalasPadam
  16. Oh dah ada cafe nasi arab di sana. Berapa harga sepinggan?

    Mungkin nak bawa famili saya ke sana nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu set untuk 3 orang makan (boleh makan untuk 4 orang sebenarnya) tak sampai pun RM40. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com