Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 Januari 2013

Hulurkan sumbangan, ringankan bebanan keluarga Adam Firdaus...

Catatan 'melekat' sehingga ke satu tarikh yang belum pasti.  Untuk membaca catatan terbaru sila lihat di bawah sana, ya.  Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca. :)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat kalian yang membaca catatan ini.

Ini adalah kisah seorang anak kecil yang sedang bertarung nyawa dan ibunya yang sudah dua bulan menjaganya di Hospital Kuala Lumpur.


Anak kecil ini bernama Adam Firdaus.  
Dijaga oleh mamanya yang bernama Rose Aliah di Wad KK2, katil 7, unit Pediatrik HKL. Terlantar di atas katil hospital sejak 4 bulan lepas akibat demam panas yang mengakibatkan sawan. (Ayat berwarna biru itu kakcik salin dari blog SiRibenMerah INI.)

Difahamkan Mama Adam sudah dua bulan tidak pulang ke kampung halamannya di Melaka.  Kakak Adam yang berusia 9 tahun, tinggal dibawah jagaan nenek mereka. 


Sekiranya ada rasa insan dan ihsan di hati kita, bantulah sekadar yang termampu buat mereka.  Bantuan berbentuk kewangan bolehlah disalurkan ke akaun CIMB Mama Adam : 01290000330207 (Rosnah Abdul Rahman @ Rose Aliah).  Perlu diingatkan bahawa Mama Adam bukan jenis yang suka meminta-minta atau menghebahkan kesusahan yang dihadapinya.  Nombor akaun itupun didapati selepas dipujuk oleh SiRibenMerah. 

Ayah Adam telah kembali ke Tawau pada awal Januari setelah 4 bulan mengambil cuti tanpa gaji kerana menjaga Adam di HKL dan Melaka. Ayah Adam merupakan juruteknik komputer di Sek Keb Kunak 2, Tawau. Beliau sedang mengikuti kursus dan sedang menguruskan surat dari HKL untuk mengubah cuti tanpa gaji kepada cuti bergaji kerana selama 4 bulan beliau menjaga Adam beliau langsung tak balik keTawau. ( Maklumat tambahan dari facebook SiRiben Merah)


Agak-agaknya dah dekat PRU ini, ada tak mana-mana ahli politik atau wakilnya yang sudi untuk menziarahi anak ini (sebagaimana mereka sangat prihatin dengan anak-anak yang dibawa ke perhimpunan dan dijaga rapi oleh penjaga anak itu).  Tak mengapalah nak datang bersama dengan media mana sekalipun!

29 ulasan:

  1. salam kakcik..
    pilunya hati melihatkan penderitaan anak ini.Semuga Allah tabahkan ibu dan keluarganya.

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  3. Bila ada kes sebegini, saya selalu tertanya, di mana wakil rakyat tempat tinggal mereka??

    Apapun semoga anak beranak ini terus tabah.

    BalasPadam
  4. Semoga ada yg prihatin.....
    ~teringat pada adik fabian...sihatkah dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik Fabian semakin sihat sekarang di kampung halamannya. :)

      Padam
  5. insha Allah, cuba bantu setakat termampu..
    Ya Allah, Kau tabahkanlah hati dan beri kesiahatan yang baik buat ibu dan anak ini..

    cuba akak proceed entry akak kat website ni
    http://www.aduanrakyat.com.my/

    BalasPadam
  6. Meremang bulu roma membacanya...kalau anak den mcm tu...mcm ne lah den nak hadapinya....IsyaALLAH....den akan membantu....Kalau den terlupa...den harap ALLAH ingatkan...

    BalasPadam
  7. aduhh kak .... di malaysia nie banyak kisah2 sedih macam nie .. kalaulah kita berduit .. pastinya kita bantu mereka .. x banyak sikit .. aduhhh

    BalasPadam
  8. Salam manis..

    Semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah....amin..

    BalasPadam
  9. sama2 meringankan beban. semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.

    BalasPadam
  10. sedihnya tgk...semoga cpt smbuh...ada rezeki lebih blh hulur sikit2..insyallah doa

    BalasPadam
  11. insya-Allah kakchik..ini masa dia, entah-entah esok lusa, masa kita pula

    BalasPadam
  12. Mohon ..saya nak share kat blog saya....

    BalasPadam
  13. Salam mak.. terima kasih atas bantuan hebahan ini. Moga Allah membalas jasa mak dan ayah... :)

    BalasPadam
  14. Insyallah kakcik. Moga sikit bantuan kita dapat ringankan bebanan Rose Aliah

    BalasPadam
  15. kesiannya... kalau deno amsih dpt rawtan di KK1 mcm dulu mesti deno pergi melawat.. wad adam ni sebelh je dgn wad deno dulu di hkl.. hanya doa mampu deno berikan untuk adam dari jauh...

    BalasPadam
  16. semoga adik ini cepat sembuh, terima kasih Kakcik kerana berkongsi, sama2 kita membantu ya..

    BalasPadam
  17. sama2lah kita ye, & doakan moga adik ni cepat sembuh

    BalasPadam
  18. insyallah akan bantu yg termampu kakcik, semoga anak ini diberikan kekuatan n semoga cpt diberikan kesembuhan...

    BalasPadam
  19. Semoga sedikit yg dihulurkan membantu ibubapanya..InsyaAllah...terimakasih atas perkongsian ini kak...

    BalasPadam
  20. terima kasih ats perkongsian

    jom sertai blog saya

    http://yatdhamid.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. sama2 kita bantu untuk ringankan beban adik adam

    BalasPadam
  22. semoga mama adam sekeluarga tabah dengan ujian allah ini..
    Ins Sha Allah akan di bantu untuk meringinkan beban yang mereka.

    BalasPadam
  23. semoga diberikan semangat untuk menhadapi ujian allah

    BalasPadam
  24. Assalammualaikum, Mak Cik Nur...mohon share, boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam. Tentu saja boleh. :)

      Padam
  25. AS Salam.. kakcik...
    saya sudah tolong perpanjangkan ceritera ini pada member2 opis yg mana mereka bukan di kalangan blogger or FB... so harap2 sumbangan sedikit itu meringan kan keluarga ini.. insya allah t saya muat naik share kat blog saya pula: http://kuazue.blogspot.com

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com