Kawan-kawan kakcik

Khamis, 11 Oktober 2012

Semoga ringan mulut kita menyebut nama Maha Pencipta...

...ini adalah catatan dari pemerhatian kakcik, tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa...

Sewaktu kakcik di hospital, kakcik melihat dan mendengar seorang nenek (berusia 80an) yang waktu jaganya (di kebanyakkan masa beliau kelihatan hanya terlena) hanya menyebut perkataan 'adoiiiii', 'sakitttt' dan 'tolonggg' serta sesekali menyebut 'makkk'.

Mujur juga Hospital Al-Islam ini menitikberatkan ajaran Islam. Hal nenek ini mungkin disedari oleh jururawat yang bertugas (kakcik tak pasti sama ada Ustazah yang datang 'menziarahi' kakcik untuk mengingatkan tentang kewajipan solat turut 'menjenguk' nenek tersebut atau tidak). Jururawat lelaki (Ketua Jururawat) datang kepada nenek dan dengan lembut meminta nenek itu menyebut 'Allah... Allah...Allah'. Berulangkali beliau bercakap dengan nenek itu.

Walaupun kakcik tidak mendengar nenek itu mengikut (mungkin beliau mempunyai masalah pendengaran), tapi selepas itu kurang jugalah beliau mengadoi (suaranya memang kuat walaupun orangnya kecil sahaja).  Mudah-mudahan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memulihkan kesihatan nenek yang kelihatan sangat uzur itu.  Dia juga yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun atas segala dosa-dosa dan kekhilafan kita...

Kakcik juga berdoa agar Allah mengampunkan kakcik sekiranya catatan ini dianggap sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah orang lain sedangkan diri ini banyak sekali kelemahan dan kekurangannya.

23 ulasan:

  1. Ye la KakCik, ramai org sekarang masa sakit pun lupa pada Allah.. Nauzubillah.

    BalasPadam
  2. ada org bila sakit baru ingat Allah, ada org ingat masa senang tp masa sakit, ingat sakit je, x ingat Allah. saya doakan kakcik, saya sendiri dan rakan2 yg lain senantiasa ingat pd Allah, masa senang maupun masa susah.

    BalasPadam
  3. hurmmm
    bila dah sakit baru ingat Allah ...

    singgah sini Kakcik

    BalasPadam
  4. kadangkala kita lupa dan kena selalu diingatkan :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Bicara dari hati...terima kasih dengan entri ni, kakcik

    BalasPadam
  6. kita ingat mengingati kan kakcik..

    BalasPadam
  7. Kebiasaannya kalau kita dalam kesakitan memang akan sebut adoi, sakit, dan sebagainya. Padahal menyebut adoi tu sikit tak mengurangkan kesakitan yang kita alami. Kalau menyebut Allah, Allah, Allah sekurang2nya dapatlah juga ketenangan.
    **Semoga nenek itu disembuhkan semula :)

    BalasPadam
  8. Terima kasih kakcik kerana mengingatkan. Saya pernah masa panik nak accident, saya terus terlupa nak sebut nama Allah. Astagfirullah.

    BalasPadam
  9. suka entry kakcik yang ini. terima kasih kakcik atas perkongsian. saya pun suka mempraktikkan macam yang jururawat lelaki tu nasihatkan...kena ringan mulut ucapkan kalimah2 Allah. mudah2an nenek tu juga cepat sembuh. insyaallah.

    BalasPadam
  10. moga pendedahan seawal dari kecil dapat mendidik kita insya allah

    BalasPadam
  11. InsyaAllah kakcik. Kita sama2 amalkan.

    BalasPadam
  12. Terima kasih Kakcik.. Sama2 ingat-mengingatkan.. Saya sendiripun selalu berdoa agar saya kuat menghadapi ujian yg bakal menimpa dan tidak mengeluh..

    *pernah melihat situasi yg sama mcm Kakcik ni.. Cukup menginsafkan..

    BalasPadam
  13. masa saya jaga mak sakit dulu, ada sorang tua yg asyik mencarut kat anak yang jaga dia..rupa2nya dia nyanyuk, maybe makcik tu nyanyuk kut kak..tp peristiwa tu buat saya bersyukur sebab mak tak penah merungut,mengerang atau berleter..saya sayang mak, alhamdulillah mak dah lepas semua stage kemo dia..

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik,

    Akak setuju dengan komen Tihara, kita tak tahu latar belakang nenek tu.

    Walaubagaimana pun, kita harus terus berdoa agar kita dapat menyebut 'Allah' dalam apa saja situasi, sihat, sakit, terperanjat, sedih, ketika gembira dan sebagainya..

    Marilah mengingati Allah dalam setiap helaan nafas dan setiap denyutan jantung. ~~~ Allah hu Allah~~~

    BalasPadam
  15. Itulah dia kuasa Allah...Dia yang Maha Berkuasa atas segala2nya..

    BalasPadam
  16. bagus hospital tu mak...

    mak dah getting better? :)

    BalasPadam
  17. Salam kakcik...

    minta maaf ya, lama saya tak jenguk kemari. Alhamdulillah dah selamat jalani pembedahan...moga cepat sembuh ya!

    BalasPadam
  18. sy selalu dengar orang kata, kesakitan boleh mendatangkan manusia kepada Allah swt.. namun, bila tiada kekuatan iman, kesakitan boleh menyebabkan manusia semakin jauh kepada Allah swt..

    BalasPadam
  19. insya allah. saya pernah baca, sakit itu menghapus dosa2, betulkah kakcik.

    BalasPadam
  20. teima kasih kakcik.. tak salah.. ingat mengingati.. =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com