Kawan-kawan kakcik

Selasa, 18 September 2012

Myvi hitam yang memberikan persoalan...

Dalam perjalanan ke Utara pada hari Jumaat (14/09/2012) lepas, kami tiga beranak melihat satu kejadian yang membuatkan kami memberikan andaian mengikut apa yang kami fikir.

Ianya berkaitan dengan sebuah Myvi hitam (ada tiga orang di dalamnya di mana kalau mengikut pandangan mata kakcik, tanggapan kakcik pemandunya adalah anak lelaki kepada sepasang suami isteri yang agak berusia di dalam kereta itu).  Yang kelakarnya, Myvi itu mengikut rapat di belakang sebuah bas ekspres Transnasinol.  Setiap kali bas itu bergerak ke kiri atau ke kanan, Myvi itu akan terus mengikut 'rentak' bas berkenaan.  Suami kakcik kata, kemungkinan pemandu Myvi itu anggota JPJ yang membuat pemantauan.  Bagi kakcik pula, lelaki yang memandu itu dinasihatkan oleh ibubapanya agar jangan memandu laju, ikut sahaja kenderaan di hadapan.  Atau mungkin juga dia (pemandu) mempunyai masalah penglihatan.  Jadi dia memerlukan 'panduan' dari kenderaan di hadapannya...

Lebih 15 minit kami mengekori di belakang 'mereka' hingga akhirnya
suami jadi tak sabar untuk 'memotong'.
Alih-alih, bila suami berjaya mendahului kedua-dua kenderaan itu, Budak Sepet terperasan yang Myvi itu telah mengekori di belakang kereta kami bagaikan ada besi berani pula!  Jauh juga mereka mengekori di belakang kami, dari Bukit Merah hingga hampir ke Tol Juru.

Sementara nak 'adjust' kamera untuk mengambil gambar kereta di
belakang, sempat kakcik ambil gambar ini.

Akhirnya kakcik berjaya merakam gambar kereta itu tanpa memusingkan kepala.
Semoga mereka selamat sampai ke destinasi yang mereka tuju.


Lain-lain gambar yang tiada kena mengena dengan kisah Myvi di atas...



19 ulasan:

  1. huhuhui.... curiga skit kalu dana ada kete ngekor gitu, tp nsblah siang2 hari kan... n tak suke bile ada kete yg mengekor rpt kete kami... tak selesa

    BalasPadam
  2. kgd2 sukar kita nak menjangka pemikiran pemandu2 lain ni. yg penting kita sendiri kena berhati2

    BalasPadam
  3. mcm misteri je kan kakcik..apapun syukur semua selamat.

    BalasPadam
  4. adeh mcm lawak lah pulak myvi tu, apapun mesti pemandunya ada sebab sendiri kan

    bestnya berjalan ke utara kakcik =)

    BalasPadam
  5. Pemandangan yg indah...
    Mungkin myvi tu rasa tak selamat bila hanya 'seorang' diri di lebuh raya... Tu yg dok mengekor buntut kereta org je :))

    BalasPadam
  6. hmm..puas pikir psl misteri ni.. agaknye, die takleh drive laju tak kak..mak ayah pantau..pastu penat ikut blkg bontot bas.. so die ikut lak blkg bontot kereta akak tak.. heheh..pandai jek andaian saya..:)

    BalasPadam
  7. Hmmm..macam cerita misteri ada, macam citer kelakor pun ada.

    best tak jln2 di penang kakcik? best kan.I lluv penang(walaupun sebenornya saya asal dari perak)

    BalasPadam
  8. Hahaaaaa ......ingatkan bila potong tak ada pemandunya ....

    BalasPadam
  9. Mungkin pemandu tu xtaw jln...dia ikut knderaan di depan dia...

    BalasPadam
  10. Macam2kan tanggapan tentang pemanduan di jlr raya nie,yg pasti sentiasa berhati2kan.

    BalasPadam
  11. eh misteri sungguh myvi tu kakcik..takut kalau saya..

    insya allah saya pergi ke jamuan blogger 23hb nanti..

    BalasPadam
  12. sy pun rasa dia taktau jalan tu...kalau nk merompak xkan la nak ikut bas? cr nahas tu...

    BalasPadam
  13. Sebenarnya dia nak elak kena spped trap kononnya kenderaan kat depan jelah yg kena...hehehee...

    BalasPadam
  14. memang misteri tapi kalau kena kat ai.. cuak gakler.. ;)

    BalasPadam
  15. Nak tau dia petugas jpj atau tak, cek no plate Nya kat jpj ;)

    BalasPadam
  16. owh ...tu name nye cucuk angin.aku selalu buat macm tuuu..apabila ikut belakang kenderaan berat atau pon kereta yang laju di highway..rintangan angin akan kurang maka...penggunaan minyak dpat dikurangkan kelajuan kereta akan meninggat serta pecutan..sebab tu kowang perasan kereta belakang lebih laju dri kreta hadapan...kesimpulan nya... pemandu kereta myvi itam tu sah terpengaruh tengok perlumbaan nascar dan F1 hehehe... tuu die nak test ikot konsep tuuu

    BalasPadam
  17. owh ...tu name nye cucuk angin.aku selalu buat macm tuuu..apabila ikut belakang kenderaan berat atau pon kereta yang laju di highway..rintangan angin akan kurang maka...penggunaan minyak dpat dikurangkan kelajuan kereta akan meninggat serta pecutan..sebab tu kowang perasan kereta belakang lebih laju dri kreta hadapan...kesimpulan nya... pemandu kereta myvi itam tu sah terpengaruh tengok perlumbaan nascar dan F1 hehehe... tuu die nak test ikot konsep tuuu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com