Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 September 2012

Jom kita berjumpa lagi...

 
Asalnya, pertemuan yang dirancang ini adalah pertemuan HARI RAYA.  Memandangkan tarikh yang telah dipersetujui iaitu pada 23 SEPTEMBER 2012 bersamaan 7 ZULKAEDAH 1433, adalah telah melewati bulan Syawal, kita namakan sahaja PERAYAAN BLOGGER.  Boleh macam itu? :)

Tempat yang telah dipilih dan dipersetujui oleh pemilik premis iaitu YBhg Dato' LF dan Datin adalah di Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi :



Kakcik ambil 'iklan' ini di blog Dato' LF
 
Perancangan asal pertemuan ini, telah dicetuskan oleh blogger peramah dan periang yang dikenali dan disukai ramai iaitu siapa lagi kalau bukan adik kakcik Azieazah :


Marilah beramai-ramai kita merapatkan ukhuwah sesama kita di majlis yang kita harapkan ada keberkatan dan manfaatnya ini. Majlis ini tetap berkonsepkan 'potluck'  ya kawan-kawan.  Bolehlah senaraikan apa makanan yang akan dibawa di ruang komen di bawah atau pun tinggalkan pesanan anda di blog Azieazah.

Kita bukan mencari kemewahan atau kerdipan labuci, tapi kita hanya ingin membina hubungan persahabatan yang suci dan diredho Illahi.  InsyaAllah.

Peta lokasi :

72 ulasan:

  1. sebenarnya kakcik, masa pegi umah dato sebelum puasa aritu dato dah cakap kt ida dan ana..minta tolong sampaikan pd kwn2 lebih2 lagi pd kakcik supaya buat majlis tu kt rumad dia...ida ada cakap mungkin takde sape yg perasan...:))

    BalasPadam
  2. insyaAllah acu join nanti
    bab bawa makanan nanti nak kena fikir dulu ek mak
    tak ada idea lagi :)

    BalasPadam
  3. As salam Kakcik,

    Semoga perjumpaan berjalan lancar seperti yg diharapkan... suka dgn ayat kakcik 'Kita bukan mencari kemewahan atau kerdipan labuci, tapi kita hanya ingin membina hubungan persahabatan yang suci dan diredho Illahi.' Itulah yg semoleknya :))

    BalasPadam
  4. bestnye.......nk kna check jadual dlu....klu free,bleh la pergi....

    BalasPadam
  5. seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeeee

    &

    jelessssssssssssssssssss x dpt ikut sama huhuh

    BalasPadam
  6. besntya hai.. kalau dekat boleh join tapi jauh ni :(

    BalasPadam
  7. kalau ada keizinan dariNya mesti sampai pada haritu... seronokkan jumpa bloggerni

    BalasPadam
  8. insyaAllah kakcik

    maybe nk bawa kek :)

    BalasPadam
  9. Bestnya. Dekat gak ngan umah. Teringin nak join tapi segan & malulah ☺☺

    BalasPadam
  10. tak dapekla den nak pegi..tgh sarat dah time tu..menghitung hari je..huhu

    BalasPadam
  11. teringin nyer dana nk join jmpa geng2 blogger nih... tp takpe ke yek... dana nih kenalan blogger kurang... malu pulak... lg lah tak di jemput

    BalasPadam
  12. waahhh....seronok nyer!
    semoga semua urusan & majlis berjalan dgn lancar nanti,amin ~

    BalasPadam
  13. Elok juga kita buat perjumpaan lepas bulan Syawal. Bukan apa takut pula ramai teman2 punya agenda sendiri setiap hujung minggu di bulan raya ini.

    Insyaallah, andai tiada aral melintang Aina akan hadzir. Menu akan mengikut kelapangan masa, kalau sibuk hanya ringan2 kalau lebih kelapangannya akan diusahakn untuk yang berat2.

    Semoga ikatan ukhwah antara kita semua akan terus erat. Pertama jumpa malu2, kedua kali berjumpa mula rasa seronok, berjumpa lagi terasa seperti keluarga sendiri.

    BalasPadam
  14. yes kakcik..bukan pakaian berlabuci tp persahabatan yg suci. Moga diberikan kelancaran segala urusan olehNYA. InsyaAllah jmp di sana.

    BalasPadam
  15. Insya-Allah! Sy kene war2kan pd suami sy dulu. Kali ni mmg meronta nak dtg sama. Heeee~

    BalasPadam
  16. 23hb september ye? insyaallah rasanya takde halangan untuk datang.. :)

    BalasPadam
  17. Fiza..mula2 memang malu tp bila dah lama2 ok je..kalau malu nnati cari akak ida nyanyisunyi ye hehehe

    BalasPadam
  18. Ins'allah.... kalu tiada aral melintang kami anak beranak nak join... rasa cam nak bawak laksa Perak ajerlah.. or apa ya?

    BalasPadam
  19. tiba2 sy rsa teruje le kakcik nk pegi
    tp x reti nk cari lokasi le
    klau2 ada blogger yg bleh sy follow ok gak
    tnggu kat mna2

    help me help me :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maiyah dr mana? Kalo dr Shah Alam leh berombongan...hihihih

      Padam
  20. best tu yer kak... emmmtak dapat nk juin

    BalasPadam
  21. menarik.. ;)
    lepas ni nak kena gedik manja kat en. suami.. harap2 dapatlah menghadirkan diri pada tarikh tersebut.. kalau jadi nanti saya akan bagitau..

    psstt: saya dah emel, nanti check ek..

    BalasPadam
  22. Bestnyer... teringin nak join tapi itula faktor lokasi menjadi halangan, susah nak konfem sekarang ni, tapi mana tau ada rezeki nanti ke kan ;D

    BalasPadam
  23. dah lama tak singgah blog kakcik nie....dah semakin cantik dan ceria, saya suka....sempat lg rasanya nk bg ucapan Selamat Hari Raya buat kakcik sekeluarga....tapi yg paling saya suka kata2 hikmah yg kat atas tu - pesanan suami kakcik.....mmg saya selalu pegang ayat tu sbb nak cari kawan yg sejati sekrg nie susah yg amat kan......peringatan utk diri saya sja

    BalasPadam
  24. wow bestnye kakcik..tp rasenye sy xdpt join sebab berpantang kat kg..heheh

    BalasPadam
  25. Teringinnya nak join Kak Cik. Tapi segannya. Saya ni pemalu orangnya. Heheh.

    *dah letakkan blog kak cik dlm bloglist. Supaya tak terlepas update baru kak cik. :D

    BalasPadam
  26. sgt teruja untuk join lagi.. semoga diberikan kelapangan masa dan rezeki untuk menyertainya lagi.. seronok dapat jumpa dgn teman2 blogger yg lebih byk berjumpa di alam maya..

    BalasPadam
  27. tema baju kaler apa.. hehehe...

    InsyaAllah saya pergi.. kalau tak dapat bwk pasukan, saya pg sorang...

    BalasPadam
  28. Menarik bunyinya... tak boleh nak janji takut janji tak ditepati ;)
    Jika diizinkan Allah Insyaallah sampai di lokasi..

    BalasPadam
  29. Wahh....bestnya. Pertemuan para blogger

    BalasPadam
  30. InsyaAllah Kakcik .. kalau free Ella dtg.

    BalasPadam
  31. selamat berkumpul2x sambil mengeratkan siratulrahim

    BalasPadam
  32. Mesti meriah nie kakcik......kalau dok dekat boleh la join...huhuhu...

    BalasPadam
  33. Bestnya berkumpul dan bertemu di alam nyata :)
    kalau dekat nak juga join

    BalasPadam
  34. kak chik...!!!!
    Kalo fit takde kelas time tu fit nak join

    BalasPadam
  35. Salam kakcik, maaf beberapa hari ni tak dapat ke blog kakcik, maaf yea..perjumpaan ni saya boleh datang juga ke kakcik?..n nak beritau kakcik, isnin ni saya n gEE ke udara di MHI TV3 dari jam 7-9am..ada masa kakcik tgk yea...

    BalasPadam
  36. Sayangnya tak dpt join. Tentu seronok & meriah dapt berkumpul ramai2 di alam nyata..

    BalasPadam
  37. Salam Aidilfitri Kak Cik,

    hurm... Putrajaya - Bangi kan jauh pun ye kak cik...
    tapi malu la kak nak join... mesti best kan dpt jumpe kak cik n bloggers glamour yg lain... hehehe...
    semoga berjaya la perjumpaan kali ini...

    BalasPadam
  38. wow... seronoknyer kakcik klu sy dpt join sama... blh kenal2 kan dgn blogger2 lain..

    BalasPadam
  39. selamat hari raya kakcik!!
    wah...nak join jugak la..buat kali ke 2... =)

    BalasPadam
  40. salam mak :)

    mak sihat ke? lama tak jenguk sini.tup2 dh ada blogger gathering, ni pun kak rai ourkizuna bgtau kt emel..klau tak melepas lg sy :p

    nak join boleh tak? rasanya xde hal 23sept..nnti kena pjuk2 si fendy dlu...klau confirm sy bgtau mak ye.. dh terbayang lasagne ni! wallahhh :D

    BalasPadam
  41. rasa mcm nk join, tapi segan sbb tak kenal sape2...

    BalasPadam
  42. huhu...dalam hati mmg nak join nih...
    gulp..segan..
    :)

    BalasPadam
  43. bestnye ada gathering macam ni...mesti meriah

    BalasPadam
  44. selamat hari raya akak..
    bagus nye.. jom kwn2 join.. :-)

    BalasPadam
  45. Sy dah usulkan rancangan ni pd suami sy. Tp sy sedih sbb terpaksa melupakan majlis raya ni. Suami sy keje Kakcik! Sedih betul. Melepas sy nak berkenalan dgn kwn2 blogger lain. Melepas sy nak jumpa Kakcik lagi. Uwaaaa!

    BalasPadam
  46. assalamualaikum kakcik...seronoknya dpt jumpa teman blogger semua sayangnya jauh n anak mama pun masih dlm pantang...:)

    BalasPadam
  47. Salam Syawal Kakcik. Bes juga idea ni. Tak pernah lagi jumpa sesiapapun sahabat maya kecuali chef hanieliza. Tingin gak nak jumpa kacik.

    BalasPadam
  48. Ala jauhlah kakcik.. Tumpang tengok gambo je nanti

    BalasPadam
  49. dah dekat ngan rumah saya ni..InsyaAllah.. kali ni nak ituut ar :)

    BalasPadam
  50. Kadangkala (acapkala!), bila ada "get-together" cantik begini, jadual menjadikan kita yang walaupun "so near, yet so far"! Alahai, rezeki.... Walau apa pun, "all the best".

    BalasPadam
  51. masti ramai yang join.... masa ni lah nak jumpe bloggerkan... kalau tade hal teringin nak join...

    BalasPadam
  52. wahh bestnya kakcik..klu dekat leh join nie kak:)

    BalasPadam
  53. assalamualaikum...

    saya di jemput oleh pcl utk perjumpaan ini...insyallah kalau tiada apa2 hal saya datang bersama keluarga...salam kenal

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com