Kawan-kawan kakcik

Selasa, 10 Julai 2012

Sudah puas 'berjalan', jom kita balik...

Acapkali kakcik mendengar amaran supaya tidak merakam gambar
di landasan.  Disebabkan takut ditegur sebagai 'orang tua yang tak
faham bahasa', kakcik ambil gambar sebelum keluar dari terminal.

Tengok langit...

... dan tengok sawah ...

... ada bangunan juga.  Sebenarnya itu bangunan Terminal Haji Kedah.
Kakcik percaya bahawa Haji Kedah itu bukan nama orang!

Awan pagi yang cantik.

Menghampiri LCCT.  Kelihatan kapalterbang kargo tersusun elok.

Lagi kapalterbang kargo. Rupa-rupanya, kapalterbang ini tidak mempunyai
tingkap.  Kalau ada pun, untuk apa kan?  Bukannya barang-barang itu tahu
menikmati pemandangan alam. :)


Bilalah agaknya kakcik nak 'merasa' naik Air Asia X ini?

Dari dalam kereta.  Kakcik tertarik melihat awan yang seperti asap itu.

34 ulasan:

  1. bestnye jln2...dh lama xnaik flight...hehehe

    BalasPadam
  2. hehehe...pernah gak kena sound tak boleh bergambar.

    BalasPadam
  3. saya selalu ambik gambar curik2 kat landasan...

    BalasPadam
  4. kakcik suka kumpul gambar awan yek?

    BalasPadam
  5. pg mane nie kak cik..huu..best dapat bejalan kan..

    BalasPadam
  6. ada sekali amik gambar dlm flight,siap bersama pramugari lg hehe...masa pertama kali naik flight..jakun nya masa tu...

    BalasPadam
  7. seronoknya kak
    saya masa ke jakarta , x sedar nak buka kemera diluar teminal nie ekeke ;) jakun sgt masa tuu

    BalasPadam
  8. kakcik saya pun suka memerhati corak2 awam dilangit tiap kali dalam perjalanan. Kdang2 mesti ada sesuatu yg sgt2 menarik terbentuk dari gumpalan dan arakan awan tu!

    BalasPadam
  9. tak pernah naik flight ...pernah naik fligh ringan je...

    BalasPadam
  10. tergelak saya baca tulisan kakcik "bukan barang2 boleh menikmati pemandangan" tu...

    BalasPadam
  11. uish...lama betul x naik flight ni..x sabar tunggu September..China...wait for me..

    BalasPadam
  12. chantek...kdg2 langit dipenuhi awan adalah lebih chantek dr langit membiru....

    BalasPadam
  13. kalau turun kat langkawi ada la peluang ambik gambar kat landasan.tapi kalau kat kota bharu kapal masuk terus kat pintu..tak merasalah nak posing berlatar belakangkan kapal
    hehe

    BalasPadam
  14. Saya plg takut bila kapal terbang berada di atas awan..putih je. Mcm berada di alam lain. Saya lbh selesa jika boleh nmpk laut atau tanah..huhu

    BalasPadam
  15. Kakcik, skg da ade amaran tak bg amik gamba kat landasan eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fara...

      dah lama juga arahan itu dikeluarkan. Setiap kali kapalterbang hendak mendarat, amaran akan diberi.

      Padam
  16. dah lama tak ambek gmbr kat landasan. Dulu2 penah sekali, tu pun curi2.

    BalasPadam
  17. samalah sy kakcik..org tak bg tulah nak sangattt yg stress suamilah sbb dia yg tukang snap pic sy kat landasan hehe.

    BalasPadam
  18. Pengalaman masam naik flight sewaktu balik dari Beijing tahun 2010, 6 jam terseksa. Akhirnya hilangkan boring dengan menghisap rokok dalam tandas.

    Tertangkap, dan kena tazkirah kow.. kow.. dengan Kapten (pilot), nasib baik tak kena dakwa... selamatttt...

    BalasPadam
  19. best nye, teringin nk tgk awan dari atas.. :)

    BalasPadam
  20. Tengok pemandangan dari tingkap tuh teringat masa naik kapalterbang gi umrah dulu.. bestnyaa..

    BalasPadam
  21. Bila nak naik flight lagi ni... Nantilah belum cukup rezeki lagi

    BalasPadam
  22. saya suka tgk awan dalam flight. :)

    BalasPadam
  23. salam..

    mmg suka scenery camni..

    BalasPadam
  24. melihat foto sayap kapal terbang dari dalam itu mengingatkan IM pada koleksi foto IM semasa di dalam kapal terbang ke Jepun tahun 80an.

    Kapal terbang apa IM dah lupa. yang ingat kena transit kat Hong Kong.

    BalasPadam
  25. Kihkihkih sungguh jugak Kakcik, kapai terbang kargo kalau ada tingkap "apa" benda pulak yg nak tengok pemandangan :D

    BalasPadam
  26. KAKCIK GI MANA NI?SEMUA GMBR VIEW TU OSEM SANGAT..^_^

    BalasPadam
  27. Makchaq suka tengok awan.. boleh nampak macam2 bentuk..

    Tapi makchaq tak suka naik kapalterbang.. makchaq suka naik kereta..

    BalasPadam
  28. Tunggu tony fernandes umum airasia X ke jeddah hopefully by this Ogos ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.