Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 Julai 2012

Sarapan pagi di Alor Setar pula...

Cawan yang menjadi 'lambang' kopitiam

Miloaiskurangmanis ini kakcik yang punya.  Berbaju hijau itu ialah
En. Aziz yang memandu kami ke tempat sarapan ini.

En. Suami sedang melawat kawasan untuk memilih apa yang dia berkenan.

Jemput-jemput pisang.  Sepiring ini berharga RM2.00.

Mee rebus pilihan  En. Suami. Harganya tak silap kakcik, RM3.00

Tosai ini asalnya Pn. Cyanamoose yang pesan.  Kemudian, baru dia
perasan bahawa dia keliru antara tosai dan capati.  Akhirnya tosai ini
masuk ke tekak dan perut kakcik. Harganya kalau tak silap juga RM1.30

Pulut bersama kelapa parut dan ikan kering.  Harganya kakcik tak pasti.

Popiah basah - pun kakcik terlupa nak tanya harganya.

Teman-teman sepejabat En. Suami - En. Serituah Ariff dan Pn. Cyanamoose

Inilah tempatnya.

Sempat juga kakcik menyemak talian internet di sini.  Takut terjadi
lagi peristiwa ini.

18 ulasan:

  1. pulut ikan kering tu mengancam selera

    BalasPadam
  2. yummy....banyak nyerr menu pagi erk....biasa pagi pagi, susah sket nak buat pilihan...

    BalasPadam
  3. cekodok pisang !..emm dah lama tak makan nih..sedap plk nampak kat sini.

    BalasPadam
  4. wah, ada mee rebus kat Alor Star...sedap tak kakcik?

    BalasPadam
  5. Sedap tu pulut dgn ikn kering... Kat mana ni yer? Mcm tk pernh singgh... Selalu ja pergi tk pasti dimana tmpt ni..

    BalasPadam
  6. cawan tu membangkitkan selera :)

    BalasPadam
  7. ala...cawan tu buat dayah teringat arwah opah la..
    (Pasal masa kecik pnh pecahkan cawan jenis cam gitu)
    hehe..

    rajin kak cik tangkap gambar satu-satu..

    (hehehe..bebetul blogger tegar nih..)

    BalasPadam
  8. wah kakcik kat kedah ke? pulut tu nampak sedapp

    BalasPadam
  9. Ke Kedah lagi kakcik ye.. Banyak sarapan pilihan yang best:)

    BalasPadam
  10. Kakcik, sdpnya pulut dgn kelapa parut tu. Fav sy. Dah lama tak mkn mcm tu.

    BalasPadam
  11. sedapnya pulut ngan ikan masin tu...lamanya tak makan..mee rebus tu pun best..wahh tetiba nak makan pasembur pulak..:)

    semoga kakcik ceria2 dalam pemusafiran..:)

    BalasPadam
  12. semua menu2 tu sedap paling suka minum dalam cawan camtu

    BalasPadam
  13. kak saya suka pulut kelapa tu kak :-)

    BalasPadam
  14. sedap tak miloaiskurangmanis tu kak???
    hik hik hik

    BalasPadam
  15. sedap2nyer kakcik... murah2 laktu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com