Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 Mei 2012

Walaupun anak sudah lebih besar dari mak dan ayah...

... dia tetap seorang anak

Tengoklah Along tu... senyap-senyap dia menyibuk
di belakang mak dan ayahnya.


Pasangan mak dan ayah yang serba-serbinya tidak sempurna namun
tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Sebenarnya, kakcik selalu hairan bila melihat pegawai-pegawai muda yang datang ke pejabat dengan penuh lagak terhadap pekerja bawahan mereka.  Seolah-olahnya pekerja bawahan itu tidak layak langsung untuk di'hormati' walaupun ada yang sebaya atau lebih tua dari ibubapa pegawai itu sendiri.  Mungkinkah kerana kedudukannya sebagai pegawai atasan membataskan mereka untuk ada rasa hormat?

Atau adakah mereka datang dari keluarga yang tak pernah kenal erti susah?  Ibubapa mereka berpangkat tinggikah juga?

Wallahhuaklam!


21 ulasan:

  1. hmm...walau apa pun pangkat kita, kita kena hormat orang lain. tak kira la tua muda even budak2 sekali pun.

    BalasPadam
  2. Mmm...klu ad eorg dtg opis sini, sesiapa yg ade pangkat datuk tu, mst nak perkenalkan diri dgn pangkat dulu. Mcm sy heran.

    Tp sy mmg heran. Kenapa bangga sgt dgn pangkat dunia nie?

    BalasPadam
  3. jgnlah pangkat & darjat dijadikan ukuran utk meninggi diri & mendabik dada...

    BalasPadam
  4. diorg jadi bongkak ngan ilmu dan kelulusan tinggi.. kunun diorg lg bagus dan pandai dr kita2 nih.. sedangkan kita semua sama jew dipandangan Allah.. kann kakcik...:)

    BalasPadam
  5. Saya pun lagi besar dari mak ayah saya kakcik! ahahaha..

    Eh, Abg Mus ni kecil aja org nya kan..:)

    Saya dulu suka bergaul dgn MA, dgn attendan hospital masa saya kerja di hospital..sebab bergaul dgn mereka ni, mereka lebih telus, ceria, tak menyombong diri, walaupun dari segi akademik mereka kurang. Cuma adalah mata mata yg pandang serong bila saya rapat dgn pakcik2 attendan tu...Bagi saya, kita ni manusia, semua sama aja. Pangkat, gelaran tu semua tak masuk dalam kubur pun :)

    BalasPadam
  6. Hehe...lbh kurg mcm n3 uncle Hamzah. Btul tu Kakcik. Mungkin saya pun salah seorang daripada org yg Kakcik maksudkan tapi skrg sudah lbh memahami situasi itu dan insyaAllah improve diri sendiri.

    BalasPadam
  7. mungkin bagi mereka - dengan berbuat begitu - staff bawahan akan hormat kat mereka...

    tak perlu lah terlalu mendongak ke langit biru... sampai lupa rumput nan hijau di bawah telapak kaki...
    selalu2 lah - rendahkan sikit pandangan mata - supaya boleh lihat 'keindahan ciptaan tuhan'...

    BalasPadam
  8. tak ruginya menghormati mereka yg lbh tua dari kita...walau setinggi mana pangkat ,darjat...tanpa rasa horemat terhadap org tua..tak kemananya pangkat tu...

    BalasPadam
  9. Tanpa orang bawah siapalah yang duduk kat atas tuh... itu prinsip saya, so saya memandang staff saya sebagai sama taraf sahaja, masing2 nak mencari rezeki yang halal, tp kalau staff yang bermasalah disiplin dan menyusahkan saya memang saya gerammm

    BalasPadam
  10. kadang2 saya rasa, bergaul dgn mereka yg ada di peringkat bawahan, lebih happening drp berkawan dgn orang yg setaraf :)
    tapi saya pun, pangkat idok ler tinggi pun.. hhihi

    BalasPadam
  11. Tengok macam saya... saya lagi suka berkawan dengan orang pangkat bawahan, walau pon saya ni kerabat diraja...

    haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf tunku tumpang komen kat sini ..!

      betullah kakcik, thema entri kita sama hari ini. kebetulan atau suratan ..

      Padam
  12. saya tak de pangkat pun..biasa2 jer...
    tapikan kalau ada pangkat perangai tak serupa org..
    lagi la org menyampahhhh...tak suka...

    BalasPadam
  13. kalau mereka sedar,taklah jadi mcm tu

    BalasPadam
  14. kakcik, saya selalu meminta pada Dia supaya dijauhi dari sifat sombong dan bongkak..dan mudah2an walau diberi pangkat minta2 saya masih kekal sifat rendah diri.

    pokok pangkal nya..terletak pada diri kita sendiri. nak kata salah asuhan, mana ada ibu bapa didik anak2 supaya tak hormat kan orang lain...kan.

    BalasPadam
  15. sy baca entry ni dgn muka yg serius mak, bila sampai ke komen uncle gedek, alahai mengekek sy ketawa sorg2!

    dulu lepas spm sy pnh keje sekejap kat kedai kain,isteri tuan kedai tu mmg nampak sgt 'ek' nye mak,bcakap pun taknak pandang org, asyik tarik muka je.dh lama kerja baru sy tahu dia sbnrnya pnh keje kat kedai tu jgk,jd tukang potong kain dan bos tu terbekenan pulak dgn dia. skrg bila 'diatas' berubah 360darjah. jauhkanlah sy jd mcm ni.nasib baik la tng sy tu kje kat kilang je...hik3

    *mak, nak minta alamat rumah boleh? sy nak pos kad jemputan dkt mak & keluarga.. email kat sy eh.. poca_hontas87@yahoo.com

    BalasPadam
  16. amboi2 dh bsr panjang pun nk menyelit gk yek along tuh... heheheh

    zmn skrg nih mmg camtu kak, pangkat lebih tinggi jd hormat tu jd kurang... kt opis ni pun dh biasa mcm tu...

    BalasPadam
  17. along anak mak dan abah.. ;)

    penggunaan pangkat tu memang tak dapat nak dielakkan bila berurusan dengan mereka.. apalah ada pada pangkat kalau di sisiNYA kita tidak sempurna mana..

    BalasPadam
  18. kak cik, kalau dah namanya anak tu
    bila di samping mak ayah, tetiba rasa nak jadi macam masa kekecik semula ;p

    BalasPadam
  19. Saya pernah marah orang bawah Tapi masa tu je la marah. Pastu trus kawan balik. Marah atas dasar keje bukan personal.

    Setakat ni saya rasa saya masih lagi boleh lagi melawak la ngan semua staf kat sini tak kira umur dan pangkat.

    BalasPadam
  20. Orang baru nak berdunia.. akal belum panjang, belum matang.

    Makchaq selalu buat donno je... selalunya bila depa dah lama kerja, dah matang sikit ok la.....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.