Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 19 Mei 2012

Hebat betul penyokong Kelantan...

Hari ini seawal jam 8.00 pagi kakcik dan suami telah berada di tengah Bandaraya Kuala Lumpur.  Kami menjemput seorang kawan suami yang akan balik ke Miri.  Seawal itu juga kami melihat penyokong pasukan bolasepak Kelantan yang sebahagiannya memakai baju merah putih.  Ada yang berjalan kaki menyusuri kotaraya (mungkin mereka meletak kenderaan di mana-mana), ada yang sedang duduk-duduk di kawasan Masjid Negara (ada bas yang membawa rombongan) dan ada kenderaan yang mengibar-ngibarkan bendera.  Tapi masa itu, kakcik tak teringat pun nak merakamkan gambar mereka.

Selepas keluar dari KLIA dan meneruskan perjalanan ke Banting kemudian balik ke Cheras, kereta kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas menghala Ampang (sebaliknya jalan menghala ke Bukit Jalil masih berada dalam keadaan selesa dan lancar).  Bila sudah terperangkap begitu, apalagi aktivitinya selain dari mengeluarkan kamera dan rakamlah apa sahaja yang disukai, kan?









Sama ada pasukan yang disokong menang atau kalah, para penyokong tidak akan mendapat hadiah berbanding dengan para pemain.  Saat kakcik menaip ini (jam 6.06 petang), hujan sedang turun dengan lebat.  Kakcik doakan segala yang sepatutnya berlangsung, akan berjalan dengan lancar dan semua yang datang dengan selamat akan pulang juga dengan selamat.  InsyaAllah.

8 ulasan:

  1. kakcik.. bley jadi pemberita lah.. nnt mlm baru akan ada cerita nie, kakcik ptg2 dah melapor dari tempat kejadian.. hehe

    BalasPadam
  2. hoyeahhhh! semangat kelate negeriku..haha

    kakcik tau dakkk...lengang gilerrr bandar KB hari ni...sumer pakat serbu SNBJ...hehe

    sampaikan wani yg tak suka bola pon buleh termakan pujukan geng2 listener nak join diorang tgok kt big screen malam ni ^_^

    Gomo kelate Gomo!

    BalasPadam
  3. Gomo Kelate Gomo !

    Neway Selamat berkelah esok ye kakcik..

    BalasPadam
  4. kakcik berkelah ke hari ni? kat taman tasik cempaka eh?

    kak cik tau dak, dlm ramai2 penyokong Kelantan tu, termasuk la serombongan adik ipar kak zana...ada yg dari Kelantan, dari Kl. semangat tu yg penting kakcik, kalah belakang cite....kakzana tak campur, kakzana Johor plus Selangor...hehe

    BalasPadam
  5. semalam memang jammed teruk kakcik. kat area wangsa maju pun sama..nak keluar ke MRR2 dari situ punyalah lama...nak dekat sejam.

    BalasPadam
  6. semasa sy menghala ke Sri Jaya sabtu pagi, hampir setiap minit kereta yang ada bendera kelantan akan lalu hampir setiap minit menghala ke bukit jalil drpd highway LPT, Bentong, Gombak,

    yg kelakarnya, ada sebiji kereta tu bukan sahaja ada mengibarkan lambang bendera kelantan, dan bendera bola sepak kelantan, tp ada bendera PAS dan UMNO serentak dikibarkan. Mujur diaorag tak kibarkan sekali bendera PKR, DAP dan BEBAS. hahahahaa. majmuk sungguh :-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com