Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Mei 2012

Bersinarlah duhai mentari...

sinarilah alam ini
bawalah bahang kehangatanmu
menyirami jiwa yang sedang sendu

cerahlah duhai pagi
bisikan semangat yang tinggi
buat jiwa yang kering dan gersang
dek keghairahan hidup yang kian hilang

Jumaat pergi Jumaat datang
kitaran masa yang berulang-ulang
namun waktu yang telah terbang
tak mungkin lagi datang bertandang

hari ini kita gembira
apa yang dirancang bertemu jaya
entah esok entah lusa
tak musatahil segalanya tinggal sisa

sudahkah kita benar-benar bersedia
menempuh lorong yang mungkin gelita
sudah cukupkah minyak pelita
agar cahayanya menerangi sentiasa

bersinarlah duhai mentari
menyuluh jalan yang masih dicari
andainya awan datang melindung
redupnya biarlah tidak membawa mendung




13 ulasan:

  1. masa silih berganti
    yg pergi x kan bertandang lagi

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kakcik..

    KL mendung? Nak hujan ke agaknya.? Samalah disini..belum cerah lagi.

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Hargailah masa, tak kira sesibuk mana. Buat yg wajib dan amalkan yg sunat, baru bercahaya hidup dunia dan akhirat!

    BalasPadam
  4. assalam KakCik

    Kat sini sang mentari sedang menghembuskan sinarannya.. Belum lagi jalankan kerja rumah, duduk mengadap skrin aje pun dah berpeluh2 nih.. alhamdulillah.

    Have a nice day :-)

    BalasPadam
  5. Mentari cemburu lama membisu
    dek amukan mendung tidak menentu
    walau mengharap mendung berlalu
    rawan hati siapa tahu
    samalah kakcik diJB pun begitu
    dalam cerah ada yang sendu...
    berserah pada yang satu
    mengharap sinar datang bertamu...

    BalasPadam
  6. Best baca info kakcik ni..
    semoga sentiasa menyinari mentari kebahagian utk kita semua..
    terima kasih..

    BalasPadam
  7. camne lah kalu mentari tak nak muncul lg ye kakcik?

    BalasPadam
  8. Salam Jumaat Mak!!!!!!
    Semoga wajah mak berseri macam matahari pagi nie :)

    BalasPadam
  9. mentari sentiasa ada walau kita tak nampak. :)

    BalasPadam
  10. ingat 5 sebelum 5...
    sayu je bila liat awan-awan tu

    BalasPadam
  11. Waalaikumsalam & selamat pagi mak =)

    mak sgt berbakat la buat pantun..sy kalau nak buat entry pantun macam ni mesti amik masa berejam2 sebelum publish :P

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak,
    salaam kenal :)

    BalasPadam
  13. Pagi td cerah. Tapi skg nie redup je....huhuhuhu!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.