Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Disember 2011

Pertanyaan kepada yang boleh memberikan jawapan...

Mungkin anda adalah seorang :

Pengarah Hospital

atau

Pakar Perubatan

atau

Pegawai Perubatan Bertauliah

Soalannya :

Benarkah seseorang pesakit yang mahu bertukar dari satu hospital kerajaan (katalah Hospital A) ke sebuah hospital kerajaan lain (Hospital B) perlu menguruskan segala-galanya sendiri termasuk :

- urusan kenderaan, kerana ambulan sama ada dari Hospital A mahupun Hospital B tidak boleh digunakan sama sekali,

- filem X-Ray yang telah diambil di Hospital A tidak boleh dibawa ke Hospital B,

- oleh kerana pesakit hendak sangat bertukar hospital, maka rawatan di Hospital A tidak perlu diberi dengan sebaik mungkin. Anggota yang patah hanya dibalut seadanya, dan daging yang luka tidak perlu dibersihkan - jauh sekali dijahit.


notahati : rupa-rupanya kalau kita hendak mendapatkan perkhidmatan ambulan hospital kerajaan, kita kena menelefon nombor 999 walaupun kita tahu nombor pusat khidmat ambulan hospital berkenaan.

Bukanlah hendak mengharap sesuatu yang berlebihan, tetapi
sekiranya badanku 'besar sedikit sahaja lagi' , pastinya aku
tidak dapat hendak menggunakan tandas ini. Jadi, akukah
yang kena mengecilkan badan atau pemilik tempat ini yang
kena peka dengan kehendak pengguna?



21 ulasan:

  1. kak cik...
    ada org ckp.. kalau kita tak mati, selagi tu lah tak dtg...
    ermm.. tah lah...
    kalau kita ni kaya.. dh lama antar swasta..
    sbb ada 1 isu.. perbezaan swasta dan kerajaan. berlaku di depan mata..
    cukup memberi pengajaran.

    tapi ada sesetangahnya. pihak kerajaan punya doktor lbh baik....

    BalasPadam
  2. konfem sy sendiri tak tahu coz sy cume pengangkat fail pejabat huhuhuhhh

    BalasPadam
  3. belom pernah mengalami nya..

    nanti kita tunggu jawapan DZ dan dr.singa..atau doctor lain yang mungkin kaklong belom mengenali....

    BalasPadam
  4. wak pon bukan doktor jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

    BalasPadam
  5. SALAM,
    LF AKAN CUBA TANYA2 ANAK LF. DIA TU BERTUGAS DI BAHAGIAN KECEMASAN HOSPITAL. LF AMAT MEMAHAMI APA YANG TELAH DILALUI.

    BalasPadam
  6. tak patut la macam tu..
    hospital pun nak dipolitik kan gamaknya..
    sebab tu jadi gitu kakcik..

    BalasPadam
  7. macam ada kecemasan je ni kakcik?

    *toilet tu tak ikut spec.

    BalasPadam
  8. iols musykil - kenapa ambulance hospital tu tak boleh digunakan???

    iols penah gak - menggunakan khidmat ambulance ni - not myself - but my father...

    my abah pindah dari hospital M ke hospital T.... (hospital kerajaan kedua-duanya)...
    hospital arrange semuanya - even file pesakit pun - depa hantar ke hospital lagi satu tu... thru the pembantu yg ikut sekali dalam ambulance tu...

    BalasPadam
  9. naper ni kakcik...?

    soalan2 kakcik bagus sekali..

    cuma, yg kita tau..kalau nak tukar hospital..nak guna ambulan hospital tu.. kena bayar mahal

    BalasPadam
  10. sapa sakit kakcik?
    saya pun xtau jawapan bg persoalan kakcik ni

    BalasPadam
  11. kalau rajin baca blog aina ya kak cik. pengalam berpindah hospital kerajaan ke hospital swasta...memang sedih tp kerajaan ke kerajaan tak pernah lagi...

    BalasPadam
  12. Kurang pasti plak pasal pertukaran hospital tuh..

    Adui cam na nak guna tandas kalau sempit gitu..

    BalasPadam
  13. bab ambulance tu betul memang kena go through 999, dan sgtlah leceh bila urgent

    BalasPadam
  14. memang penah terjadi..itulah hakikatnya.

    BalasPadam
  15. Dulu arwah mak kpah sakit dan mendapat rawatan awal di hospital serdang. memandangkan kurang memuaskan, kami mengambil keputusan bertukar ke pantai medical hospital. Memang pihak hospital tak sediakan ambulans. Kami terpaksa sewa ambulan bulan sabit merah dan uruskan sendiri.

    Itu dari kerajaan ke swasta. Mungkin kita boleh paham.
    Tapi kalau dari kerajaan ke kerajaan.. kakpah memang tak paham dan tak dapat menerima keadaan seperti itu.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum kakakku kakcik..
    saya agak biasa dgn hospital..saya kenal pengarah hospital di tempat saya.. ramai doktor dlm keluarga saya..[bukan utk riak insyaallah]

    jawapan saya bagi semua soalan itu : TIDAK..

    BalasPadam
  17. saya pernah menggunakan satu xray untuk lain-lain hospital, bagi tujuan survey....

    x ray tu hak kita, sebab kita bayar

    BalasPadam
  18. aik...masa den patah 8 kaki dulu...boleh jerk guna x ray utk lain2 hospital....sampai 3 hospital den guna.....tak de masalah pun....bergantung atas budi bicara kakitangan kot....

    Pasal ambulan den rasa mmg tak boleh kot kak....jika atas kehendak sendiri melainkan hospital tu sendiri suruh dapatkan rawatan ke hospital lain.

    BalasPadam
  19. Terima kasih kepada semua yang memberikan komen.

    Apa yang kakcik senaraikan di atas adalah apa yang sebenarnya kami alami beberapa hari lepas.

    Slogan 'rakyat didahulukan' telah diaplikasikan dengan jayanya...

    BalasPadam
  20. cik ina pernah guna x-ray swasta bawa ke kerajaan, dorang boleh terima, cuma untuk check pregnant tak boleh pergi sebarang klinik, sekiranya nak bersalin di hospital kerajaan, dorang takut laporan dari klinik biasa tak lengkap.

    BalasPadam
  21. kakcik kne 'vandalize' tandas itu? ihihihihhi...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com