Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 12 Ogos 2011

Tak sedap hati...



Pagi tadi sewaktu duduk dalam kereta bersama suami di hadapan rumah sementara menanti Angah masuk ke kereta, kami terlihat sebuah motorsikal yang dipandu laju dengan lampu tidak dipasang masuk ke lorong rumahku.

Mulanya kusangkakan anak jiranku.  Tapi bukan.  Kemudian masuk lagi dua buah motorsikal dengan setiap satunya dinaiki dua pemuda. Kedua-dua motorsikal itu juga tidak dipasang lampunya.  Aku jadi tak sedap hati.  Aku minta suami menelefon jiran kami yang merupakan Ketua Polis Daerah untuk memerhatikan pemuda-pemuda itu tetapi suamiku enggan.

Setelah Angah masuk ke kereta, kami meneruskan perjalanan.  Dari cermin pandang belakang kami dapat melihat pemuda-pemuda itu berkumpul di tempat letak kereta (terletak di sebelah kanan - tak nampak dalam gambar kedua di atas).  Entah apa yang difikirkan suami, beliau memusing stereng kereta berpatah balik ke arah rumah kami.  Dengan berani beliau turun dari kereta dan pergi ke arah pemuda-pemuda tersebut.  Sekejap sahaja, beliau kembali ke kereta.  Katanya, pemuda-pemuda itu adalah polis dari balai Ampang.  Mereka datang kononnya mendapat panggilan dari seseorang yang memberitahu ada penunggang motorsikal berlegar-legar di kawasan perumahan kami. Aku jadi sangat tidak puas hati.  Banyak persolan yang bermain di benak dan fikiranku.

Sewaktu kami berpusing balik, aku melihat dengan jelas salah seorang dari mereka sedang menyuluh-nyuluh ke dalam kereta (gambar pertama di atas) jiranku.  Takkan mencari orang dalam kereta!

Yang menjadi persoalan :

- Kalau betul mereka adalah anggota polis - kenapa tidak memakai pakaian seragam dan tidak menggunakan motorsikal/kereta peronda?  Lagipun katanya dari Balai Ampang.  Atau aku sudah ketinggalan - tidak mengetahui bahawa polis mempunyai pasukan risikan yang baru?

- Katanya menerima panggilan dari seseorang.  Mengapa mereka tidak berhenti bertanya kepada kami yang ada di luar rumah.  Mungkin kami yang membuat panggilan itu, kan?

- Mengapa mereka datang dari Balai Polis Ampang sedangkan balai polis yang paling dekat dengan rumahku adalah Balai Polis Pandan Indah?

- Mungkinkah mereka sebenarnya punya 'niat tersembunyi'.  Melakukan 'pemantauan' sebelum tindakan seterusnya diambil.  Maklumlah musim perayaan hampir tiba dan kebanyakan penghuni kota akan kembali ke desa atau ke mana sahaja.

- Tahun lepas jiranku (rumahnya turut disuluh-suluh oleh pemuda itu pagi tadi), kehilangan kereta Toyota Fortuner pada jam lebihkurang 5 pagi sedangkan kereta tersebut diletak di dalam pagar.  Mungkinkah peristiwa itu akan berulang lagi?

Aku sebenarnya agak sebal dan bungkam dengan sikap suami yang tidak mahu menelefon jiran-jiran agar mereka dapat mengawasi tindak tanduk pemuda-pemuda tersebut.  Aku telah menelefon Along yang masih berada di dalam rumah, tapi talian tidak bersambut kerana Along di dalam bilik air.  Harap-harapnya tiadalah kejadian yang tidak diingini terjadi nanti.  Haruskah agaknya aku membuat laporan di balai polis terdekat?


24 ulasan:

  1. kena ambil langkah berjaga2 nih... byk yg da guna taktik menyamar jadi polis tapi sebenarnya penyangak... ~

    BalasPadam
  2. Manje...

    itulah yang kakcik risaukan. :(

    BalasPadam
  3. kena hati2 ni kak...

    takut juga kan mereka tu menyamar saja sebagai polis.

    BalasPadam
  4. KakCik
    Buatlah apa yang patut. I dengar pun mcm tak best aje esp bila hati kita rasa tak senang maka mood pun haru.

    BalasPadam
  5. harus kakcik

    cuba tanya kat balai polis area umh kakcik

    betulkah ada perkara2 seperti yang kakcik fikirkan itu

    mereka boleh call cawangan ampang kan..

    ish.. bahaya.. nak2 raya ni kan

    BalasPadam
  6. kakcik
    setahu sya polis ada kawasan bawah jagaan mereka, kalau dari ampang, tak boleh masuk ke kawasan lain melainkan di pegawai kanan je.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum my dear sis..KakCikS:)

    Moga akak dianugerahkan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa!:)

    Memang rasa tak sedap hati apatah lagi jelas nampak cam mencurigakan...
    Hati2 ya sis...InsyaAllah..semoga akak sekeluarga dalam lindunganNya...Amin

    BalasPadam
  8. Kalau polis xkan ramai2 gitu pulak kan..hati2 kakcik, pesan kat anak2 risau pula kan..lagi molek kalau inform kat balai berdekatan, boleh diaorang buat pemantauan lbh kerap.

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik, kalau polis kenapa tak pasang lampu motosikal..Ishh akak pun rasa runsing kalau nampak macam tuh

    BalasPadam
  10. kakcik...macam sah2 je tu pencuri...huhu...

    BalasPadam
  11. Zack...

    suami kakcik tak 'jual-ikan'! Dia bertindak mengikut nalurinya sendiri.

    BalasPadam
  12. mak tak ambik no plet moto diorang?

    BalasPadam
  13. gedek!...

    kakcik akan berbincang dengan suami waktu balik nanti.

    BalasPadam
  14. bekbaik ye kakcik.. moge dilindungi Allah sentiase.. amiinn!

    BalasPadam
  15. bagus kak cik ni, prihatin...

    sikap mcm ni lah boleh elak perkara tak elok...

    semoga smeua nye baik2 aje, mesti risau kan...


    salam kenal :)

    BalasPadam
  16. ibu..

    hati hati..orang sekarang banyak menipu

    BalasPadam
  17. salam kak...
    ape2 pon mmg kena amik langkah berhati2.. sbb skrg ni org sibuk solat terawih.. pastu dh nk raya.. bkn nk tuduh, tp takut dorang ni spy dulu, tp esok baru buat pojek.. hehe take care kak

    BalasPadam
  18. buat report polis je kakcik.. minta dorang pantau rumah kakcik terutama waktu raya nanti..

    selamat berbuka kakakku kakcik..

    BalasPadam
  19. baca cerita kak chik pun dah rasa seram
    berani husband kak chik pegi tanya ekk

    BalasPadam