Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 Jun 2011

Padanan yang sangat tidak kena...

sanggul tinggi bonggol unta di sebalik tudung
kebaya ketat mengikut badan
batik sarung dijadikan kain ketat berbelah
kasut ala-ala kasut ballet berlabuci

ish! tak kena gaya sungguh

.
.
.
.
.

hmmmmmmm
.
.
.
.
.
.

seronok mengumpat, ya kakcik?
.
.
.
.
.
.

kau ingat cara kau berpakaian tu betul sangat???


Jadi macam Adik lagi senang - pakai t-shirt saja, janji tampan bergaya!

 


42 ulasan:

  1. bila kak chik tulis baru cik ina teringat, hari tu masa nak beli tudung, sipenjual siap suggest cik ina beli sanggul. barulah cik ina tahu selama ni yang menonjol tu bukan rambut sebenar. pelik betul ngan sanggul tu. kenapa ye nak bersanggul cam tu kalau pakai tudung. cik ina konpius ni.

    BalasPadam
  2. hmm...kita buat2 tak baca apa-apa..
    kita poce...lagipun kita pun bukannya pandai berpesen2, pun spesis suka main taram jer selagi tak menjolok mata hek3..

    BalasPadam
  3. saya suka je tengok perempuan baju ketat~~emm~~salah saya ke?he~~

    BalasPadam
  4. Kakak lagilah nak ketawa kakcik nak tahu bonjol-bonjol dlm tudung tu ada jual di kedai. Boleh anak kakak kata kenapa sarung tetek tu sebelah je mama? Sebenarnya itulah yg bonjol dlm tudung:)

    BalasPadam
  5. hehehe..
    suka tang kakcik tiak sarung unta..
    hahhaha..
    mujur kita nie ori...

    bujal.. nakal ko eik suka tengok ketat2

    BalasPadam
  6. Cik Ina...

    kakcik sampai rimas pulak melihat sanggul tu. Tambah2 kalau dipakai pengacara TV - macam ada yang tak kena!

    BalasPadam
  7. Q...

    kakcik lagilah tak pandai berfesyen. Lagipun apa nak difesyenkan dengan badan yang macam tong drum ni? ;-)

    BalasPadam
  8. bujal...

    kamu tak salah, tapi nafsu kamu yang salah! :)

    BalasPadam
  9. Kakzakie...

    eh! macamana budak2 tu boleh kata itu pakaian dalam? Kelakar betul. :)

    BalasPadam
  10. Ayu...

    sebenarnya memang kita (umat Islam) ditegah dari memakai 'bonggol unta' itu.

    BalasPadam
  11. kena lak dengan pin yg jenis berjurai2 tu...adussss....

    BalasPadam
  12. Bole pakai bonggol unta tu selagi anda belum baligh..;)

    Suka N3 Kak Cik ini. Suka jg komen2 di sini dan suka lagi jawapan2 Kak Cik.

    BalasPadam
  13. saya baru nampak bonggol unta palsu dijual kat giant KD. heheh!

    BalasPadam
  14. Acu...

    kita cakap banyak2, nanti orang kata tak mengikut peredaran fesyen pulak.

    BalasPadam
  15. Ate...

    budak2 mana nak pakai macam tu! :)

    BalasPadam
  16. tu sebabnya kakcik..dikatakan bahawa, masih ramai yang bertudung, tapi tak menutup aurat menurut syarak

    BalasPadam
  17. Dr DZ...

    betul tu. Makcik ada terbaca di satu blog - katanya 'ramai yang membungkus aurat, bukan menutup aurat'.

    BalasPadam
  18. Putu...

    sementara je tu - nanti2 muncul pulak fesyen lain. :)

    BalasPadam
  19. hemmm.... cara bertudung zaman sekarang...

    BalasPadam
  20. miloais...

    cara bertudung kakcik pun belum betul lagi... :(

    BalasPadam
  21. nak tergolek gelak baca komen kak zakie.. sarung tets tuh.. kah kah..
    ye kakcik, saya cuma boleh tegur adik jer, Alhamdulillah ler dia mendengar.. masa tu kata kat dia, dik, nabi kata sanggul kat atas kepala ko tu bak bonggol unta... bila dia interested nak tanya lelebih, baru saya tegur...

    BalasPadam
  22. Aanas...

    Alhamdulillah bila yang ditegur mahu menerima. Ada orang, kita tegur kita pula disembur!

    BalasPadam
  23. mengganggu pemandangan orang dibelakang sungguh bonggol unta itu

    BalasPadam
  24. Pn Dr...

    kalau dalam panggung, mahu dicabut saja rasanya, kan? ;-)

    BalasPadam
  25. Sekarang nie dah macam trend la kak , semua orang nak buat sanggul unta tue ,bukan kata muda mudi je malah orang yang dah berumur pun ada yang buat sanggul unta tue..pelik sungguh tang mana cantiknya pun x tau la..

    BalasPadam
  26. Sanggul original je kakcik..
    rimas nau mau pakai sanggul bagai nak bertudung hihi

    Muhasabah diri berpakaian betul & menutup aurat..insyaAllah.

    BalasPadam
  27. saya gak leper kat tudung sb xbersanggul pom..rambut pendek ajo..heehe

    tapi itulah kan..dorang jadikan tudung ini sbg fesyen sb tu jd gtu..anggap sbg trend dan bukan menutup aurat yg sbenar..

    BalasPadam
  28. trend zmn skrg kot kakcik? bertudung tp tk mnutup aurat.

    BalasPadam
  29. Amy...

    kalau kakcik pakai, mesti telinga kakcik sakit sebab terkepit! Tapi kakcik tak pernah cuba pakai pun.

    BalasPadam
  30. Qema...

    kakcik pun tak pernah ada sanggul. :)

    BalasPadam
  31. SN...

    cantikke bila pakai macam tu, ya?

    BalasPadam
  32. Ella...

    akhirnya mengundang pandangan yang negatif, kan?

    BalasPadam
  33. bila hati terhijab drp hidayah Allah inilah jdnya..

    BalasPadam
  34. saya pun pelik ..apanya yg cantik dengan kepala yg terjojol ke belakang tu

    BalasPadam
  35. ingat td pantun....ahakz....rupanya citer pasal pakaian.....ahakz....

    nampak hensem kot pakai mcm tu....

    BalasPadam
  36. pernah terbaca artikel pasal tudung bonggol unta tu..haram tu wei...
    Dia org yg pakai camtu tak tau kot.

    BalasPadam
  37. Hamizah...

    mudah2an hijab itu akan segera terbuka. InsyaAllah.

    BalasPadam
  38. ibuintan...

    lain orang, lain citarasanya. Mungkin juga ingin mencuba atau terikut2...

    BalasPadam
  39. jeBateja...

    hensem? Mungkin juga kot. :)

    BalasPadam
  40. hani...

    kalau mereka tak tahu, kita kena bagitahu. Tapi kalau mereka sengaja buat tak tahu, kakcik pun tak tahu nak kata apa! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com